SAPS - Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah
SAPS - Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan laman web yang sangat penting bagi guru dan ibu bapa di Malaysia. Sistem dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Bagaimana cara mudah semak status keputusan peperiksaan anak anda melalui semakan SAPS Ibu Bapa?

Ibubapa dan penjaga murid kini tidak perlu risau dalam mengetahui keputusan terkini peperiksaan anak mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu sistem semakan yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem semakan keputusan peperiksaan online adalah sistem yang membolehkan ibubapa/ penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian.

Sistem Semakan SAPS akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Kewujudan sistem ini sekaligus memudahkan ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing dan membuat penambahbaikan apa yang patut ke arah kejayaan cemerlang anak mereka.

Cara Login SAPS Ibu Bapa 2019 : Semakan Slip Peperiksaan Online

SAPS - Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah
SAPS – Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah

Ikuti Langkah Dibawah:-

  1. Klik sapsnkra.gov.my untuk terus ke portal semakan (jika terpapar “the site’s security certificate….”, klik sahaja “proceed” untuk teruskan dan tunggu sebentar sehingga portal rasmi semakan terpapar)
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir tanpa tanda – atau jarak contoh : 951202090028
  3. Pilih Negeri
  4. Pilih daerah
  5. Pilih nama sekolah
  6. Klik semak
  7. Pilih tahun (Apabila sudah masuk ke sistem, pilih tahun peperiksaan yang ingin disemak)
  8. Pilih salah satu jenis peperiksaan (jangan risau akan terpapar semua jenis peperiksaan sama ada ujian 1 atau peperiksaan pertengahan tahun)
  9. Papar markah peperiksaan
  10. Selesai

Diatas adalah contoh keputusan yang keluar. Semoga anda dapat memantau prestasi anak anda dengan baik. Sebagai perkongsian, gred permarkahan terkini sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut : 

HOT  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK): Menguji Pencapaian Pelajar dalam Pembelajaran Agama

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1-6)   

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)   

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (TINGKATAN 4-5)   

Selamat Mencuba dan Semoga anak anda Cemerlang di dalam pelajaran.

Baca : Cara Semak ASB