Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sentiasa dinanti-nantikan oleh semua, terutama dalam pemilihan baju yang akan dipakai. Setiap tahun, warna-warna yang trending memainkan peranan penting dalam menentukan gaya dan penampilan kita. Untuk tahun 2025, pelbagai warna menarik dijangka akan menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berikut adalah tema warna baju raya yang trending bagi tahun 2025.

1. Coklat Muda

Coklat muda adalah salah satu warna yang dijangka menjadi pilihan ramai pada tahun ini. Warna ini melambangkan kesederhanaan dan kehangatan, memberikan aura tenang kepada si pemakai. Coklat muda sangat sesuai dipadankan dengan aksesori berwarna silver, dan tudung cerah untuk menyerlahkan penampilan. Kombinasi ini tidak hanya memberikan kesan elegan tetapi juga menonjolkan keanggunan si pemakai.

2. Dusty Blue

Dusty blue merupakan warna yang menyejukkan dan elegan. Ia memberi kesan damai serta sesuai untuk pelbagai acara, menjadikannya pilihan ideal untuk Hari Raya. Untuk menyerlahkan pemakaian dusty blue, anda boleh memadankannya dengan aksesori emas dan tudung bercorak. Gabungan ini akan memberikan sentuhan glamour yang sempurna.

3. Champagne/Nude

Warna champagne atau nude melambangkan kesopanan dan keanggunan. Ia memberikan rupa yang bersih dan sederhana, sesuai untuk mereka yang ingin tampil dengan gaya minimalis tetapi tetap menawan. Aksesori emas seperti gelang atau anting-anting dapat menambah kilauan pada penampilan anda.

4. Golden Olive

Golden olive adalah pilihan warna yang unik dan berani, sesuai untuk individu yang ingin tampil lebih elegan. Warna ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai tona kulit sawo matang atau gelap, kerana ia memberikan kontras yang menonjol. Menggabungkan aksesori silver dan emas dengan tudung bercorak cerah akan melengkapkan penampilan anda dengan gaya yang segar.

HOT  JUBAH

5. Burgundy

Burgundy adalah warna klasik yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia mencerminkan keanggunan dan keberanian, menjadikannya pilihan yang tepat untuk mereka yang ingin tampil berani pada Hari Raya. Dengan gabungan potongan baju tradisional seperti baju kurung atau kebaya, burgundy pasti akan menarik perhatian.

6. Royal Blue

Royal blue muncul sebagai salah satu warna paling popular di kalangan pengguna media sosial seperti TikTok. Warna ini melambangkan keanggunan dan kekayaan, memberikan sentuhan sofistikated kepada p112. Memadankan royal blue dengan aksesori emas akan menjadikan gaya anda lebih memukau.

7. Hijau Olive

Hijau olive juga dijangka menjadi tema warna baju raya 2025 yang popular, terutamanya selepas pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini memperkenalkan rekaan busana berwarna hijau olive untuk atlet Malaysia di Olimpik Paris 2024. Warna ini memberikan sentuhan segar dan trendy bagi mereka yang ingin tampil berbeza.

8. Mantis Green dan Emerald Green

Mantis green dan emerald green adalah pilihan lain yang menyegarkan, mencerminkan cinta terhadap alam semula jadi. Warna-warna ini sesuai bagi mereka yang ingin tampil berani tetapi tetap elegan pada Hari Raya.

Dah fikir ke mana nak beli baju raya untuk tahun ni? jemput tengok koleksi raya dari dreamyza.com.my