uitm student portal

Anda pelajar UiTM? Ini adalah panduan tentang cara login UiTM Student Portal.

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada anda kerana telah diterima masuk ke universiti yang terbesar di Malaysia.

Anda merupakan di antara 170,000 pelajar yang akan menggunakan UiTM Student Portal.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) terdiri dari 34 kampus yang terletak di setiap negeri di Malaysia.

Tidak kira anda pelajar kampus di Selangor, Perak, Kedah, Melaka mahupun Terengganu, semuanya menggunakan sistem yang sama.

Bagi pelajar senior, anda mungkin dah biasa dengan UiTM Student Portal. Pelajar freshie pula mungkin masih lagi confuse dengan sistem ini.

Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai laman student portal ini.

Apa Itu UiTM Student Portal?

Image result for student portal"

Setiap universiti pasti menyediakan sistem laman portal untuk pelajar-pelajarnya. Ia bagi memudahkan proses pembelajaran dan medium interaktif antara pelajar dan pensyarah.

Selain itu, ia juga menjadi pusat maklumat berkaitan pengajian serta urusan lain seperti pembayaran yuran.

UiTM Student Portal adalah laman khas buat pelajar-pelajar UiTM.

Ia merupakan kemudahan yang disediakan oleh universiti ini di mana pelajar boleh mengakses pelbagai perkhidmatan secara online.

Antara perkhidmatan online yang boleh didapati di portal student ini adalah i-learn, i-cress, daftar subjek, timetable generator, konvokesyen dan pelbagai lagi.

Fungsi-Fungsi UiTM Student Portal

Ramai students yang tak perasan kewujudan fungsi menarik yang ada di UiTM Student Portal.

Sebelum itu, anda kena login dulu di sini.

1. i-Learn

uitm student portal

i-learn uitm

Di laman i-Learn, pelajar UiTM boleh view dan check rekod akademik dan study plan.

Selain itu, anda juga boleh register dan add subjek di sini.

Senang kan? Tak perlu susah-susah ke department atau pejabat semasa kelas berjalan.

HOT  Semakan Penyata KWSP i Akaun Bagi Pencarum EPF

Tambahan lagi, semua nya di hujung jari. Anda boleh update nombor telefon dan alamat emel di sini, dan dapat maklumat dan pengumuman secara terus.

2. UiTM Examination Result

Lepas musim final exam, waktu yang paling mendebarkan adalah ketika semakan keputusan peperiksaan.

Apabila tiba nya hari pengumuman, pasti semua pelajar buka dan akses laman portal ini serentak. Semua pun tidak sabar nak tahu keputusan.

Dengan teknologi terbaru, UiTM Student Portal kini boleh di akses dengan lebih mudah dan cepat.

3. Emel Pelajar

Ini adalah antara fungsi di laman portal yang ramai tidak tahu.

Dengan mengakses student portal ini, anda boleh dapatkan emel pelajar yang telah disediakan.

Emel yang disediakan adalah mengikut student ID.

[email protected]

Apa yang best nya email pelajar ini, anda akan dapat kuota sebanyak 10 GB untuk satu akaun.

4. UiTM Academic Calendar

Kalendar akademik tahunan adalah sangat penting bagi sesiapa sahaja yang berurusan dengan UiTM.

Terutama bagi pelajar-pelajar, pensyarah dan staff UiTM, semua perancangan mesti berpandukan kalendar ini.

Kini, anda boleh semak secara terus di laman portal student.

Cara-Cara Untuk Login UiTM Student Portal

Bagaimana nak login ke portal? Berikut adalah cara untuk login di portal untuk kali pertama.

1. Layari laman web UiTM Student Portal di sini

uitm student portal

2. Klik di “Clik Here to Recover” untuk login kali pertama

uitm student portal

3. Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan. Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.

uitm student portal

4. Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM

Anda juga boleh tonton video ini untuk tutorial lengkap:

HOT  SAPS : Login Semakan Ibu Bapa

Cara-Cara Daftar Kursus

Pada awal semester, pendaftaran kursus akan diadakan.

Sepanjang tempoh ini, proses add dan drop subjek akan dibuka. Jadi, pelajar boleh memilih kursus yang ingin diambil pada semester tersebut.

Untuk masuk ke portal pendaftaran kursus, anda boleh ke Student e-Course Registration System (ECR).

daftar kursus uitm

Anda hanya perlu masukkan student ID dan juga kata laluan dari portal student. Kemudian, klik “Login”.

Mudah kan? Diucapkan selamat maju jaya dan all the best kepada semua pelajar. Belajar rajin-rajin ya!