Advertisement

β€œCuti-cuti Malaysia, Cuti rehatkan diri dan serbu tempat makan best!” 

Eh?

Kami ubah sikit lirik tu, kerana selain daripada rehatkan minda, rakyat malaysia juga suka bercuti sambil menerokai tempat makan best. Betul, kan? 

Kalau anda berkunjung ke Alor Setar, kami dah cari hidden gems tempat makan best di Alor Setar yang anda wajib pergi!

Teruskan membaca.

  1. Iwan Shifudo Grill & Hot Pot – Alor Setar

Kami pilih tempat ini sebagai nombor pertama atas beberapa sebab.

Adakah kerana makanan yang sedap? Sudah tentu.

Dengan hanya RM34.90 anda boleh menikmati pelbagai makanan enak yang anda masak sendiri di atas grill atau steamboat

Tagline-nya β€œMakan sampai terlentang”, anda bayangkan kepelbagaian makanan di sana dengan harga cukup berbaloi. Kuah steamboat-nya yang sedap menambah perisa pada lauk yang anda isikan.

Paling khasnya di sini ada maskot yang boleh menghiburkan si kecil yang ikut bersama anda. Jadi bolehlah makan dengan tenang sambil melihat anak anda terhibur.

Bukan itu sahaja, kalau kena dengan masa, ada live band menemani anda. Ruang parking pun banyak, jadi jangan risau.

Disebabkan COVID ni, ramai takut untuk berkumpul dalam suasana tertutup, bukan?

Iwan Shifudo ini open air

Makanan sedap, suasana tenang dan harga berpatutan. Mana lagi nak cari di Alor Setar ni?

πŸ“ LOT PT9678, Jalan Lencong Barat, Taman Dahlia Iii, 05400 Alor Setar, Kedah

  1. Restoran Sri Pumpong

Adakah anda selalu cari nasi berlauk tengahari?

Kuah panas melimpahi nasi yang dihimpit sayuran dan ikan goreng yang baru digoreng dari kuali.

Sambal sedikit bersama ulaman dan lengkaplah makanan tengahari anda.

Kalau anda dah terliur dan mula membayangkan hidangan lazat itu, jangan terlepas untuk mencuba hidangan tempatan lauk pauk orang utara di sini.

HOT  Inisiatif Positif XM di Malaysia Menunjukkan Komitmen Kepada Prinsip Big.Fair.Human

Dari sayur goreng ke ayam dan ikan. Semuanya yang terhidang mampu mengecurkan air liur anda.

πŸ“ Kampung Suka Menanti, 05150 Alor Setar, Kedah

  1. Laksa Ikan Sekoq

Baca nama pun sudah tahu betapa β€˜beratnya’ mata memandang jika tak pergi ke sini. 

Ikan sekoq dalam laksa. Mana nak dapat? Banyak kedai kedekut ikan.

Tapi restoran ni tidak, semangkuk laksa yang anda pesan akan dihidangkan bersama seekor ikan.

Namanya pun Laksa Ikan Sekoq. Laksa yang cukup rasa tak terkurang masin, manis dan masam.

Pekena dengan Cendol atau ABC. Taknak Laksa tapi nak menu lain? Ada!

Char Kuey Teow dan Pasemboq, pun ada, tak sah anda tak cuba di Aloq Staq.

πŸ“ No 80 rumah kedai taman wira mergong Pekan, 05350 Alor Setar, Kedah

  1. Nasi Lemak Haji Ali

Nikmati Nasi Lemak panas-panas yang baru dikeluarkan dari periuk dengan lauk khas utara. Berbeza sangat dengan nasi lemak biasa. Nak tahu mengapa?

Ini kerana Nasi Lemak Haji Ali adalah campuran Nasi Minyak dan dimakan dengan lauk mereka yang tersendiri.

Anda boleh pilih dari Ayam Merican, Sotong Pedas atau Daging Rose. 

Ooff, lazat tak terkata!

πŸ“ Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar, Kedah

  1. Alor Setar Breakfast Station

Sarapan ala-ala Inggeris dengan Alor Setaq twist! Macam mana tu?

Anda boleh pilih antara set hidangan antarabangsa seperti french toast,  oletto – iaitu set sosej, keju dan telur yang dibalut dengan roti jala, roti telur meleleh dan banyak lagi menu lain yang boleh buat air liur anda yang meleleh!

Tak gemarkan sarapan Inggeris? Jangan risau.

Sarapan selera tempatan juga ada seperti nasi lemak dan lain-lain.

HOT  Weather Tomorrow: Your Essential Guide to Stay Ahead of the Forecast

πŸ“ 24, 3, K8, Taman Puspa Kencana, 05460 Alor Setar, Kedah

  1. Zakaria Laksa Teluk Kechai

Kami senaraikan lagi tempat makan laksa da bomb di Alor Setar.

Ingin tahu mengapa? 

Sebab orang Utara memang terkenal dengan laksa. Tanya sahaja orang tempatan di sana, 

β€œMana eh, nak makan laksa sedap?”, dan masing-masing akan ada jawapan mereka yang  tersendiri.

Tapi kami dah sediakan jawapan untuk anda. Di Zakaria Laksa Teluk Kechai, anda akan menghirup kuah laksa sambil menikmati angin sepoi bahasa di tepi sawah padi. 

Klasik gitu!

Pemilik restoran sendiri akui resipi turun temurun mereka menjadi kegemaran ramai. Ada bahan rahsia – sambal kelapa yang dicampur bersama kuah laksa yang dimasak pekat menambah kick.

Mi laksanya pula gebu, lembut kerana mi ini memang homemade. 

Unik, kan?

πŸ“ 250, Jalan Kuala Kedah, Kampung Klong Hoi, 06600 Alor Setar, Kedah

  1. Nasi Kandar Yasmeen

Tak sahlah perjalanan anda ke Alor Setar kalau tak cuba makan best di sini. 

Salah satunya, dan memang takkan terlepas dari senarai top  10, adalah Nasi Kandar Yasmeen.

Lauk pekat, terangkat!

Setiap suapan anda akan rasa rempah yang digunakan. 

Harga makanan di restoran ini juga sangat berbaloi. 

Kalau anda singgah ke sini untuk makan tengahari, silap-silap kenyang sampai ke petang. 

Terliurkan? Waze je Nasi Kandar Yasmeen bila anda ke Alor Setar.

πŸ“ No 7, Lorong Jati 1, Kompleks Perniagaan Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

  1. Restoran Gulai 7 Kawah

Kami teruskan senarai makanan menarik di Alor Setar dengan Restoran Gulai 7 Kawah.

Makanan dan lauk kampung yang enak di susun dalam 7 kawah. 

Pada pagi, tengahari dan malam anda akan dihidangkan dengan lauk yang berbeza-beza.  

Side dish-nya seperti pulut ayam, pulum pelam dan sebagainya juga menyelerakan.

HOT  Kontraktor Rumah Selangor : Pilih Yang Berkaliber

Harga juga tidak mengecewakan. 

Nak rasa keunikan lauk 7 kawah? Singgahlah ke sini.

πŸ“ 2, K2, Pantai Johor, 05150 Alor Setar, Kedah

  1. Singgah Rasa Cafe

Kadang-kadang bila travel rindu masakan mamak. Betul tak? 


Jom cuba ala mamak seperti Roti Nan Cheese yang dibakar sempurna dengan lelehan keju yang banyak. 

Anda cicah pula dengan kuah istimewa masakan Pakistan.

Silap-silap balik aje ke rumah anda, anda rindu Singgah Rasa Cafe Alor Setar pula!

Ada lain-lain lagi yang anda boleh cuba. Nasi Briyani Pakistan, pizza, qimma dan lain-lain. Sedap!

πŸ“ 219, Jalan Tandop, Titi Keliling, 05400 Alor Setar, Kedah

  1. Rumah AOR

Kami tamatkan senarai ini dengan tempat makan yang bukan sahaja menghidangkan makanan yang enak, tetapi juga tempat insta worthy boleh berswafoto bersama rakan-rakan anda.

Bukan itu sahaja, makanannya juga ada estetik yang sesuai untuk di-snap.

Jangan risaukan harganya. Sangat berpatutan dan berbaloi dengan pengalaman yang anda akan nikmati.

πŸ“  1968 B, Jalan Stadium, Taman Tunku Habsah, 05604 Alor Setar, Kedah

Macam mana? Dah pilih mana satu nak pergi dulu? 

Di Alor Setar ni memang banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi untuk makan. Jadi kami memang pilih yang top 10, tidaklah anda rambang mata.

Ambil peluang ini untuk merantau ke seluruh Alor Setar dan cuba hidangan di sini.

Kalau kami, kami pilih tempat yang senang parking, makanan sedap dan yang penting staf dan kru yang ramah.

Yang paling penting, stay safe. Kita masih belum menang tapi pasti menang!

Klik di sini untuk baca artikel lain yang berkaitan.