Top 10 Baby Car Seat Malaysia
Advertisement

Artikel ini ditulis khas untuk para ibu bapa yang sedang mencari baby car seat yang sesuai untuk anak anda dan kami telah menyenaraikan top 10 Baby Car Seat Malaysia 2021 di dalam julat harga mampu milik.

Mungkin di dalam senarai yang kami buat ini tiada model yang anda rasa patut di dalam senarai tetapi kami senaraikan berdasarkan kualiti dan harga yang mampu milik. Semua model dibawah telah mendapat sijil dibawah MIROS.

1. HUGObaby 360 Twist (ISOFIX)

HUGO Baby 360 Twist

Dalam 10 model baby car seat. Saya meletakkan model HUGObaby 360 Twist di ranking pertama. Ini kerana HUGObaby 360 Twist ini sangat berkualiti dan harganya sangat murah jika dibandingkan fungsi dan kualiti yang diberikan. Model ini banyak terjual di pasaran Malaysia dan merupakan model paling laris pada tahun 2020 dan saya jangka akan masih kekalkan pada tahun 2021.

Mempunyai 6 tahun warranty dan “1 to 1 Crashed Exchange” antara penyebab keyakinan pembeli membelinya. Program “1 to 1 Crash Exchange” bermaksud jika kereta ada berlaku kemalangan dan car seat tersebut mengalami kerosakkan, anda boleh tukar kepada unit yang baru secara PERCUMA.

HUGObaby 360 Twist ini sesuai untuk dari Newborn hingga anak berumur 12 tahun atau berat anak 36kg. Fungsi paling menawan adalah baby carseat ini boleh berputar 360◦ sama ada anda ingin bayi anda forward facing atau rearward facing. Terdapat juga fungsi ISOFIX.

Harga Asal          : RM800

Harga Promosi : RM599


2. Crolla Alpha Baby Car Seat

Crolla Alpha

Crolla Alpha adalah model baby car seat yang paling mampu milik bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad. Selain model HUGObaby 360 Twist, model Crolla Alpha juga antara yang paling laris kerana harganya yang amat mampu milik. Sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga anak berumur 7 tahun (25kg). Fabrik baby car seat ini boleh ditanggalkan dan dibasuh.

HOT  Tanda Sakit Jantung Yang Anda Perlu Tahu

Crolla Alpha juga menawarkan program “1-to-1 Crashed Exchange”

Harga Asal          : RM499

Harga Promosi : RM299


3. Crolla Nexus Baby Car Seat

Crolla Nexus

Model Crolla Nexus juga antara model pilihan jika anda mempunyai budget tambahan sedikit. Dengan tambahan RM100 dari Crolla Alpha, anda boleh dapatkan model ini dan boleh gunakan baby car seat ini lebih lama kerana Crolla Nexus boleh digunakan dari newborn hingga anak berumur 12 tahun atau berat anak 36kg. Mempunyai fungsi “Side Impact Protection” (SIPS).

Crolla Nexus juga menawarkan program “1-to-1 Crashed Exchange” dan mempunyai 3 tahun warranty.

Harga Asal          : RM699

Harga Promosi : RM399


4. HUGObaby Sicuro Baby Car Seat

HUGObaby Sicuro Review

Selain model HUGObaby 360 Twist, Model Sicuro juga menjadi pilihan ibu bapa bagi mereka yang mempunyai bajet terhad tetapi mahukan spesifikasi yang boleh capai berat anak hingga 36kg. HUGObaby Sicuro ini mempunyai 4 laras kedudukan dimana ianya sesuai digunakan dari Newborn sehingga anak berumur 12 tahun.

Model ini juga menawarkan program “1-to-1 Crashed Exchange”.

Harga Asal          : RM499

Harga Promosi : RM399


5. Joie Every Stage

Joie Every Stage

Joie adalah jenama antarabangsa dan setaraf dengan jenama Quinny, Graco dan Chicco. Joie disenaraikan di sini disebabkan ianya adalah jenama yang mampu milik bagi kategori jenama antarabangsa. Jika dibandingkan harga dengan jenama HUGObaby, Crolla dan Koopers, harga JOIE ada sedikit tinggi tetapi masih murah jika dibandingkan dengan jenama antarabangsa yang lain.

Model Joie every stage ini boleh digunakan dari newborn sehinggalah 36kg. Mempunyai 1 tahun warranty.

Harga Asal          : RM1499

Harga Promosi : RM1099


6. Crolla S+ 360 ISOFIX

Crolla S+ 360 Isofix Rose Gold

Crolla S+ 360 Isofix adalah model Isofix pilihan jika kereta anda mempunyai sistem Isofix. Varian warna paling menjadi pilihan ibu bapa jika membeli model ini adalah Rose Gold. Sesuai dengan bayi yang baru lahir sehingga anak berumur 25kg. Mempunyai sistem Isofix yang mudah dipasang.

HOT  KlikBCA Individual : Panduan Registrasi dan Transaksi Online.

Harga Asal          : RM699

Harga Promosi : RM599


7. Joie Steadi

Joie Steadi

Joie Steadi adalah model yang murah sedikit berbanding model Joie Every Stage. Cuma Steadi hanya boleh digunakan sehingga 18kg sahaja. Mempunyai fungsi side impact protection dan mempuntai inserts untuk menambah keselesaan anak anda. Jika anda mempunyai masalah ruang di kereta, Joie Steadi adalah baby car seat yang sesuai kerana ianya jenis slim dan tidak makan ruang.

Harga Asal          : RM899

Harga Promosi : RM699


8. Koopers Lambada

Koopers Lambada

Jenama Koopers adalah antara jenama yang terkenal di dalam Malaysia. Sebelum ini model-model Koopers banyak mendominasi carta teratas, akan tetapi pada tahun 2020 jenama HUGObaby dan Crolla banyak mengambil alih carta teratas bagi jenama mampu milik baby car seat di Malaysia. Walaubagaimanapun, model Koopers Lambada masih lagi tersenarai antara 10 baby car seat terbaik. Sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga anak berumur 12 tahun (36kg) dan mempunyai 3 laras posisi. Headrest juga boleh dilaraskan mengikut kesesuaian.

Harga Asal          : RM599

Harga Promosi : RM399


9. Koopers Ruvafix

Koopers Ruvafix

Koopers Ruvafix antara boleh baharu dari Koopers. Mempunyai 6 tahun warranty dan jenis Dua-Fix installation system dimana ianya boleh dipakai apa jenis kereta sama ada ISOFIX dan tiada ISOFIX. Koopers Ruvafix juga mempunyai fungsi 360 seperti HUGObaby 360 Twist. Cuma HUGObaby 360 Twist lebih lebar sedikit berbanding Koopers Ruvafix dan fabrik HUGObaby 360 Twist lagi selesa. Mungkin anda boleh singgah ke butik bayi dan rasai perbezaannya.

Harga Asal          : RM1099

Harga Promosi : RM599


10. Cosco Scenera NEXT

Cosco Scenera NEXT Review

Cosco Scenera NEXT adalah rekaan yang paling minimalist. Mempunyai Side Impact Protection dan sesuai dibawa naik atas kapal terbang dan ringan dibawa. Jika anda mempunyai anak yang ramai, Cosco Scenera NEXT adalah pilihan tepat kerana ianya dalam kategori slim dan boleh susun 3 buah car seat di seat belakang kereta anda.

HOT  Jenis Sayur Mudah Ditanam

Harga Asal          : RM759

Harga Promosi : RM499


Diatas adalah Top 10 Baby Car Seat Malaysia untuk anda sebagai rujukan. Berdasar pengalaman saya, saya sarankan anda untuk kunjungi ke butik berdekatan untuk membeli baby car seat berbanding membeli online. Kelebihan membeli secara offline adalah anda dapat mencuba sendiri car seat yang sesuai dengan kereta anda. Ada kes rakan saya tidak dapat pasang car seat di kereta kerana panjang seat belt kereta tidak mencukupi. Anda juga dapat merasai sendiri fabrik kain dan ketebalan fabrik car seat tersebut demi keselesaan anak anda.

Jika anda tinggal di area Lembah Klang. Saya sarankan anda ke Butik The Baby Store, Seksyen 22 Shah Alam. Di sana ada pelbagai jenama baby car seat yang anda boleh cuba. Kalau anda ambil masa yang lama, ada ruangan solat disediakan.

Beli baby car seat ini anda perlu cuba betul-betul kerana anda akan pakai baby car seat ini lebih 5 tahun dan juga demi keselamatan anak anda juga. Dapatkan khidmat nasihat dengan tepat.