Bercucuk tanam tidak lagi dilihat sebagai aktiviti jika sudah bersara, tetapi ramai anak muda kini mula menanam pokok di dalam rumah!
Tetapi, tidak semua orang gemar “bermain” dengan tanah; bagaimana pula dengan menanam pokok? Anda boleh mencuba menanam menggunakan sistem hidroponik asas dan selamat, jadi jangan risau!
Apa itu Hidroponik?
Hidroponik adalah sistem penanaman tanpa tanah. Kombinasi perkataan hidro + ponik itu sendiri bermaksud air yang bekerja menurut Bahasa Latin.
“Kalau tiada tanah, macam mana pokok nak dapatkan nutrien?”
Jawapannya daripada air lah! Dengan syarat, air tersebut mesti dilarutkan dengan nutrien sumber daripada baja.
Tips Penjagaan Tanaman Hidroponik
- Pastikan tanaman diletakkan di kawasan yang boleh ditembusi cahaya matahari.
- Pastikan suhu larutan nutrien antara 25c – 29c.
- Berikan ruang antara akar dengan larutan air nutrien supaya akar mendapat pengudaraan yang secukupnya.
- Seimbangkan susunan tanaman hidroponik di dalam pot.
- Jika ada bahagian tanaman yang rosak dimakan serangga, buang segera untuk mengelakkan merebak ke bahagian yang lain.
- Sembur racun serangga jika keadaan semakin teruk.
- Basuh dan bersihkan bekas setiap kali penanaman baru.
BACA ARTIKEL SETERUSNYA
- 7 Kelebihan Menanam Pokok: Kenapa Anda Perlu Mulainya Hari Ini
- DIY Kebun Sayur di Rumah: Idea Kreatif untuk Transformasi Halaman Anda
- 15 Alat Pertanian Asas yang Wajib Dimiliki oleh Pekebun
Anda mencari baja nutrien terbaik untuk tanaman hidroponik? Jangan risau! Layari laman web teknoganik hijau untuk mendapatkan Baja Organik PowerGRO terbaik untuk tanaman hidroponik anda!