tips kurus
Advertisement

Anda boleh terus berangan nak dapat badan yang langsing melainkan anda mengamalkan tips kurus yang betul.

Sekiranya anda benar-benar nak mendapatkan benbuk badan ideal, ini adalah tips kurus yang anda patut baca.

Teruskan membaca sehingga tamat (No. 9 tu yang digeruni!)

Apa Yang Best Sangat Tentang Cara Nak Kurus?

Pernah tak anda alami situasi beria-ia menghabiskan masa dengan berzumba, jogging, pantang larang makan itu ini, tapi hasilnya masih tidak memberangsangkan?

Sekadar turun sekilo dua sahaja.

Kenapa degil sangat lemak-lemak ni nak hilang kan?

Sebenarnya kalau anda ada ilmu dan mengikuti tips untuk kurus yang betul, perjalanan proses kurus anda akan jadi lebih mudah.

Kalau diikutkan, ada banyak sebab-sebab lain yang membuatkan susah nak kurus dengan cepat.

Terdapat penjelasan mudah tentang sukarnya turunkan berat badan.

Semuanya adalah tentang sains.

Mari kita tengok video ini untuk memahaminya:

Tapi ada orang mahu cara kurus dengan cepat!

Apa yang menjadi trend zaman sekarang ini adalah suka ambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil pil kurus.

Biarpun Kementerian Kesihatan Malaysia telah menekankan bahaya pengambilan pil kurus ini, namun ianya seperti tidak diendahkan.

Hal ini kerana keghairahan kita untuk cepat kurus demi mendapatkan berat badan yang ideal.

Sebenarnya ada cara yang anda boleh amalkan bagi mengurangkan berat badan tanpa pengambilan pil kurus. Jom kita sama-sama ikuti tips-tips ini:

Tips Kuruskan Badan

1. Jangan Biarkan Diri Berlapar

cara kuruskan badan

Ramai orang salah faham dan mempunyai mind set yang salah di mana kalau ingin menurunkan berat badan anda kena berlapar.

Perkara ini perlu dibetulkan kerana disebabkan suka berlapar ini membuatkan ramai yang gagal dalam rutin diet untuk kurus.

HOT  Coway Water Filter : Pilihan Kesejahteraan Keluarga

Akhirnya anda akan jadi stress dan mula makan lebih banyak.

Anda boleh amalkan cara pengambilan makanan seperti ini:

  • Satu saiz tapak tangan protein (ikan, daging dan ayam)
  • Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, kubis, bayam)
  • Separuh genggam karbohidrat
  • Dua ibu jari lemak sihat seperti almond, cashew dan kekacang.

2. Minum Green Tea & Banyakkan Minum Air Kosong

cara diet yang betul

Tips kurus yang kedua adalah elakkan diri daripada meminum air berkarbonat dan yang bergula.

Sebaliknya banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 litre sehari.

Ini merupakan teknik hidrasi bagi menurunkan berat badan dan juga untuk mengoptimumkan fungsi sel, tisu dan otot.

Selain itu anda juga boleh amalkan minum green tea. Tapi jangan tambahkan gula pulak ya.

Kalau rasa tidak boleh telan green tea tu, anda boleh campurkan sedikit perahan lemon bagi mengurangkan rasa pahitnya.

Green tea atau teh hijau ni sarat dengan kandungan nutrien dan antioksida semula jadi yang dikenali sebagai polifenol.

Antioksida ini diperlukan bagi meningkat fungsi otak, mengurangkan berat badan dan bagi mengelakkan risiko menghidapi kanser.

3. Katakan “TIDAK” kepada Fast Food

cara nak kurus dalam masa seminggu

Ketika anda bercita-cita untuk menurunkan berat badan dan dalam proses berdiet, anda seharusnya mengelakkan diri daripada memakan fast food.

Sememangnya susah pada permulaannya untuk tidak mengambil fast food ni.

Tapi sekiranya anda sudah setkan pada minda untuk fokus dengan menu diet yang sihat, insya-Allah anda akan berjaya melepasi ujian ini.

4. Bersenam 30 Minit Sehari

senaman kuruskan badan

Sehari kita ada 24 jam, takkan sehari nak luangkan masa selama 30 minit demi kesihatan badan sendiri pun tak bolehkan?

Sekiranya anda sibuk dengan urusan kerja sekurang-kurangnya banyakkan bergerak seperti gunakan tangga dan berjalan kaki. Banyak kalori dapat dibakar dengan hanya menaiki tangga tau.

HOT  Ikuti beberapa tips ini untuk kurangkan risiko kanser payudara!

Senaman merupakan satu aspek penting bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Sekiranya anda telah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman dapat membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Ini merupakan antara tips kurus yang diketahui umum.

Macam Mana Nak Kurus? Ikut Petua Kevin Zahri

Kenal Kevin Zahri?

kevin zahri

Beliau merupakan sebuah nama yang cukup berpengaruh dalam memberikan tips-tips kesihatan dan kecergasan di Malaysia.

Selain itu beliau juga memenangi pingat pengiktirafan daripada US sebagai jurulatih peribadi dan pakar pemakanan yang berpengalaman melebihi 15 tahun.

Beliau juga merupakan speaker yang selalu memberikan taklimat berbentuk santai dan menyeronokkan tentang kesihatan dan kecergasan untuk sektor korporat dan sektor awam.

Kevin ada tips kuruskan badan yang mungkin dapat membantu anda.

Jom kita lihat antara tips-tips kurus yang Kevin Zahri tak dedahkan secara terbuka.

kurus dengan cepat

5. Mulakan Seawal Mungkin

Sekiranya anda mempunyai azam untuk menurunkan berat badan, mulakan sekarang!

Mulakan seawal mungkin.

Jangan suka bertangguh-tangguh. Jika dibiarkan, nanti lama-lama azam anda untuk kurus dan mendapatkan berat badan yang ideal pudar.

6. Kenapa Anda Nak Kurus

Pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh kenapa anda hendak menurunkan berat badan.

Bila anda jelas sebab dan kenapa anda hendak kurus dan sihat, pastinya anda akan lebih bersemangat untuk merealisasikan impian anda.

7. Ketahui Cara Nak Kurus (Know-How)

Anda perlu menggabungkan semangat dengan ilmu cara nak kurus yang betul (know-how).

Ilmu + Kaedah = Kurus

supaya lebih memudahkan anda mengawal perjalanan dan proses untuk kurus.

Tidak mustahil untuk anda mencapai matlamat dan impian anda!

8. Jangan Terlalu Drastik

Apabila anda berazam untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu drastik ambil keputusan tak nak makan itu, tak nak makan ini.

HOT  Young Living Malaysia: 5 Essential Oil yang paling laris.

Banyak pantang larang yang anda buat.

Tidak mengikut step yang betul.

Jangan terus nak pecut ke gear lima sebab nak cepat kurus.

Hal ini kerana kebarangkalian untuk anda “burn out” dan menyerah kalah adalah tinggi.

Anda sepatutnya perlahan-lahan sesuaikan diri dengan gaya hidup dan corak pemakanan yang betul.

Konsisten adalah kunci kejayaan.

Cara Nak Kuruskan Badan Yang Ramai Tak Nak Buat.

Ini yang terakhir. Ini juga yang paling susah nak dibuat.

9. Jangan Mudah Berputus Asa dan Selalu Positifkan Diri Untuk Diet

Sememangnya diakui sangat mencabar pada permulaan proses diet.

Bila hendak membiasakan diri dengan satu gaya hidup yang baru pasti ada cabarannya.

Yang penting jiwa anda kena kental.

Anda kena fokus pada matlamat anda untuk mendapatkan berat yang ideal.

Jangan mudah berputus asa dan mengalah.

Selalu positifkan diri dengan cara cari “circle” yang boleh memberi sokongan pada anda.

Sokongan dan kata semangat dari orang sekeliling dapat menjadi pembakar semangat bagi meneruskan misi menguruskan badan.

Akhir kata, anda kena disiplinkan diri sewaktu berdiet.

Jangan suka bergantung kepada pil kurus semata-mata.

Anda hanya menempah bahaya!

Amalkan gaya hidup yang sihat dan corak cara pemakanan yang seimbang.

Ingat, tiada jalan mudah untuk kurus. Semuanya perlukan masa dan ianya merupakan sebuah proses. Biarlah kurus secara selamat.

Anda juga boleh mencuba tips kurus yang telah dikongsikan ini.