Jika anda baca artikel ini, saya anggap anda sudah mempunyai minat untuk memulakan bisnes sendiri. Di sini saya share penulisan dari salah satu usahawan bumiputera yang amat hebat dimana beliau bersama isterinya mengusahakan butik bayi Tateh dari satu cawangan kini sudah mempunyai 17 cawangan dalam masa beberapa tahun sahaja. Saya juga rekemen anda mengikuti akaun Facebook beliau Haiqal Murad untuk mendapat lebih banyak tips perniagaan.

Tuan Sheikh Ahmad Haiqal & Puan Siti Shafurah Abas

Dibawah adalah salah satu posting beliau yang anda boleh ikuti.


“Kalau aku plan nak start bisnes lagi setahun, apa perlu aku buat?”

Semakin tua ni semakin ramai kawan-kawan aku yang mula minat nak berniaga. 2 minggu lepas pun ada kawan aku engineer yang gaji sekarang lumayan tapi dah nak mula buat bisnes sendiri.

Bila dia tanya aku apa patut dia buat untuk bersedia, aku bagi la nasihat sikit berdasarkan pengalaman aku. Untung dia ada masa nak buat persediaan, ramai juga yang terpaksarela terjun berbisnes bila di buang kerja dsb.

1. Rancang Kewangan Peribadi

Kalau sekarang bekerja kau laki bini mampu bawak kereta mewah, aku cadangkan kau kecikkan kereta sikit. Kurangkan komitmen bulanan dengan bank.

Kalau rumah sekarang semi D harga 1.6 juta bayar bulan-bulan je dah 7 ribu, maka jual lah dulu rumah tu. Sewa rumah kecik sikit. Rumah yang selesa kalau kat bangi ni pun dapat dalam rm1500.

Jangan sentimental sangat dengan harta sekarang. Bila bisnes dah ok esok, kau boleh beli semua segala harta yang kau ada sekarang, atau mungkin lebih baik.

Jangan sibuk nak terasa “jatuh maruah” dengan orang sekeliling. Diorang pon ada masalah masing-masing. So janganlah perasan kau orang penting sangat sampai semua orang nak amik tau pasal kau. Kau susah nanti bukan orang-orang ini pon yang akan tolong kau

2. Bersedia Bekerja Secara Percuma

Wujudkan simpanan sebanyak setahun gaji. Ada orang kata 6 bulan, tapi aku prefer 1 tahun terus. Maknanya kalau gaji kau sekarang RM 5,000 , at least kau ada simpanan RM 60,000. Ini bukannya duit untuk modal bisnes kau ye. Ini memang semata-mata untuk cover makan minum dan keperluan keluarga kau je.

Bila berbisnes dah tak sama dengan zaman bekerja. Kalau bekerja, setelah penat lelah sebulan, akhir bulan kau dah tau gaji kau berapa. Dalam bisnes mungkin tahun pertama kau akan berpenat lelah tanpa hari cuti, tapi hujung bulan mungkin kau langsung tak bergaji. Jadi simpanan ini sangatlah berguna supaya kau tak stress.

Bila stress nanti satu benda pon tak guna. Kerja tak jalan, hubungan kau dengan keluarga pon terjejas. Mana nak dapat duit ni? Mulalah menyimpan. Postpone dulu niat bercuti luar negara. Atau duit ni boleh datang dari hasil jual rumah tadi.

Itu je lah dulu. Ada lagi 4 point penting. Tapi kalau aku bagi semua nanti macammana nak jadi kaya jual seminar? Sekarang orang gemuk pon dah kecut sikit tau jual seminar puluh -puluh ribu.

Selamat beramal.