Utama Kesihatan Tips “Diet” ke Rumah Terbuka agar berat tidak naik mendadak selepas puasa

Tips “Diet” ke Rumah Terbuka agar berat tidak naik mendadak selepas puasa

kevin zahri

Masih beraya sakan lagi ke tu? Sudah masuk minggu kedua Syawal, hujung minggu lepas sahaja jalan di KL semakin sesak dengan kenduri kahwin bersama rumah terbuka Hari Raya. Saya kira perkara yang sama ditempat lain.30 hari berpuasa berat turun 3kg, selepas raya naik semula 3kg. Tepuk dahi!

Tidak mengapa, jangan risau. Anda masih boleh menikmati hidangan lazat di rumah terbuka dan berhari raya dengan meriahnya dengan ikuti 7 tips dari ikon coach kesihatan terkenal Malaysia kita, Kezin Zahri. Berikut merupakan tips yang beliau kongsikan:

Berikut adalah 7 tip diet elak makan banyak semasa hari raya yang penuh dengan pelbagai jemputan rumah terbuka, free-flow makanan yang lazat dan berkalori tinggi:

1. Jangan Tak Beraya!

Dont be a party pooper. Cuma tak perlu go over-board. Beza hari raya dengan perayaan yang lain? Kita beraya sebulan! Di sini perlu lah ada keseimbangan. My advice: Beraya pada hujung minggu tapi seimbangkan makanan berlebihan hujung minggu dengan diet pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat pada hari biasa.

2. Start Balanced.

Sentiada bermula dengan hidangan seimbang. Kalau tidak mahir mengawal nafsu makan memang susah untuk elak makan banyak. Jadi bermula lah dengan hidangan yang mengandungi protein (rendang, ayam etc) dan berserat (sayur) etc. Jangan bermula dengan kuih atau manis-manisan yang sememangnya tidak membantu kawal nafsu.

3. Plan Ahead I.

Nak tak nak, anda memang kena makan. Mungkin 5-7x sehari. Jadikan kenapa tidak jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai 1x hidangan. Dah lah ia percuma dan penuh dengan makanan yang mempunyai pelbagai zat.

4. Plan Ahead II.

Apabila tiba di satu rumah terbuba, survey segala jamuan makana yang disediakan. Ini membolehkan anda merancang, mengawal dan elak makan banyak kerana ia boleh plan ahead.

5. 20minit rule.

Ingat dari suapan pertama hingga kenjang, ambil masa 20 minit. Jadi makan ikut kuantiti yang sederhana dan sedar bahawa rasa kenyang akan datang kemudian.

6. Sunnah Nabi: “Berhenti makan sebelum kenyang”

Ramai yang familiar dengan sunnah Nabi s.a.w itu tapi pernah terfikir kenapa? Ini berbalik kepada “20minit rule”. Disebabkan rasa kenyang hanya datang selepas 20 minit, maka akalu anda makan sepanjang 20 minit, kebarangkalian tinggi anda makan terlalu banyak.

“Disebabkan rasa kenyang hanya datang selepas 20 minit, maka akalu anda makan sepanjang 20 minit, kebarangkalian tinggi anda makan terlalu banyak”

7. Kurang Kalori Air.

Saay yakin bahawa semua pembaca di sini senyum lebar apabila bayangkan rendang, lemang dan lain-lain pada setiap musim perayaan. Minuman tak lah tumpuan atau hero semasa rumah terbuka pun jadi untuk kurangkan kalori cuba kurangkan pengambilan kalori dari minuman. Kalau boleh lah.

Sumber: kevinzahri.com

Exit mobile version