kesemutan
Advertisement

Pernahkah anda mengalami situasi di mana kaki anda berasa kebas setelah duduk di dalam sesuatu posisi dalam tempoh yang agak lama? 

Sudah pasti keadaan itu berterusan untuk beberapa minit sebelum ianya hilang dan ianya kembali kepada keadaan asal?

Situasi ini dikenali sebagai kesemutan ataupun dalam bahasa saintifiknya ialah paresthesia. Apa kata kita kenali apa itu kesemutan dengan lebih lanjut.

Apa Itu Paresthesia?

Paresthesia atau pun kesemutan merupakan situasi di mana kaki, tangan atau mana-mana bahagian tubuh berasa seperti dicucuk jarum ataupun merasa kebas.

Lazimnya kesakitan dialami pada tangan atau kaki akibat duduk terlalu lama dan tidak menukar posisi.

Saraf di bahagian anggota badan tersebut berada di dalam sesuatu tekanan. Namun begitu, keadaan ini hanya berlaku untuk tempoh masa yang pendek.

Mari kita lihat simptom-simptom yang menyebabkan kesemutan ni.

Simptom-Simptom Kesemutan

Simptom-simptom Paresthesia adalah seperti di bawah:

  • Rasa seperti dicucuk jarum
  • Rasa kebas di bahagian tersebut
  • Rasa bahagian anggota badan tersebut seperti “tidur”
  • Kulit akan berasa panas atau sejuk

Selalunya apabila keadaan ini terjadi di bahagian kaki, ianya akan membuatkan seseorang itu berasa susah untuk berjalan. Ia biasanya disebabkan oleh aliran darah yang tidak lancar dan hanya berlaku dalam tempoh sementara.

Namun jika ianya berlaku semakin kerap dan dalam tempoh jangka masa yang lama, pesakit mungkin mengalami kesemutan yang kronik dan perlu mendapatkan nasihat doktor.

Punca-Punca Terjadinya Semut-Semut Pada Kaki

Keadaan ini disebabkan saraf di bahagian anggota badan tersebut telah rosak. Terdapat dua jenis kerosakan saraf iaitu Radiculopathy dan Neuropathy.

Radiculopathy merupakan satu situasi di mana saraf tunjang itu termampat atau mengalami keradangan.

HOT  Cara Belajar Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu

Ia dapat dibahagikan kepada dua kerosakan iaitu:

  • Kerosakan saraf lumbar – memberikan tekanan pada bahagian betis atau kaki.
  • Kerosakan saraf serviks – menyebabkan keadaan-keadaan seperti sakit belakang yang kronik dan tangan dan lengan yang lemah.

Neuropathy pula ialah keadaan di mana saraf seseorang itu rosak dengan teruk.

Ia berpunca oleh paras gula dalam darah yang tinggi disebabkan oleh kencing manis. Namun begitu terdapat beberapa sebab lain yang menyebabkan Neuropathy iaitu:

  • Kegagalan buah pinggang
  • Kegagalan hati 
  • Mempunyai tumor otak
  • Trauma
  • Strok
  • Vitamin D yang berlebihan
  • Jangkitan penyakit seperti HIV

Siapa Yang Berisiko Menghidap Paresthesia?

Differences Between Paresthesia and Peripheral Neuropathy | | Chronic Body  Pain

Berikut adalah golongan yang terdedah dengan risiko paresthesia:

  • Wanita Hamil

Ini disebabkan oleh kandungan air di dalam badan yang menyebabkan tekanan kepada urat saraf.

  • Penghidap Kencing Manis

Ia berlaku apabila kandungan gula dalam darah yang tinggi sehingga boleh menyebabkan sel saraf lemas dan akan menyebabkan kaki kebas.

  • Pesakit Tiroid

Berisiko untuk mendapat carpal tunnel syndrome.

  • Jantina

Kaum wanita lebih berisiko untuk mendapat paresthesia berbanding lelaki disebabkan saluran saraf yang lebih sempit.

  • Penagih alkohol

Pengambilan minuman keras secara berlebihan akan menyebabkan badan kekurangan vitamin terutamanya folat dan vitamin B12.

  • Obes

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan tekanan pada anggota badan.

  • Pesakit Arthritis Rheumatoid

Ini akan menyebabkan keradangan yang boleh memampatkan saraf di sendi-sendi.

  • Penggunaan anggota badan dengan lama

Individu yang mempunyai pekerjaan atau hobi yang memerlukan pergerakan yang sama untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan saraf.

  • Umur

Paresthesia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berumur. 

Bahaya Kesemutan/ Kebas Kaki dan Kaitannya Dengan Kencing Manis

Paresthesia adalah sinonim dengan mereka yang menghidap penyakit kencing manis.

HOT  Tanda Awal Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Tahu.

Individu yang menghidap diabetes selalunya akan berasa nyilu, kebas, rasa tajam, rasa panas terbakar dan rasa sesemut seperti terkena renjatan elektrik.

Ia bukan sahaja akan memberi kesan kepada anggota badan seperti tangan dan kaki, ianya juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf lain seperti saraf otak dan mata.

Di antara penyebab berlakunya rasa kebas adalah kerana salur darah yang tersumbat sehingga menyebabkan darah tidak mengalir dengan baik ke seluruh badan.

Keadaan ini menyebabkan oksigen tidak sampai sepenuhnya kepada sel-sel badan dan menyebabkan sel badan lemas dan mula mati. 

Malah, aliran darah yang tidak lancar juga menyebabkan penyembuhan luka akan menjadi lambat disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan oksigen dari sel darah merah. 

Ditambah dengan keadaan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan sistem ketahanan badan mula lemah dan tidak dapat berkerja dengan baik.

Jika keadaan luka semakin teruk, ia boleh menyebabkan ulser seterusnya membawa kepada masalah kaki gangren.

Kesimpulannya, pesakit Diabetes perlulah sentiasa memeriksa bahagian kaki dan elakkan daripada faktor yang menyebabkan luka di bahagian kaki. 

Kawalan paras gula darah yang baik juga membantu mengelakkan penyumbatan salur darah dan membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.

Jika penghidap Diabetes mengalami luka, pastikan mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. Rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku sebarang komplikasi buruk. 

Kunyit Hitam Plus

Bagi mengurangkan kesemutan atau rasa kebas-kebas di kaki, pengambilan makanan tambahan seperti Kunyit Hitam Plus dapat membantu anda mengawal masalah anda.

Dengarkan kata pengguna Kunyit Hitam Plus:

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Kunyit Hitam Plus?