tanaman sesuai untuk fertigasi
Advertisement

Jika anda berminat untuk mengetahui 5 tanaman sesuai untuk fertigasi, anda berada di artikel yang betul.

Kami amat memahami mengapa tanaman teknik ini amat popular; lebih-lebih individu seperti suri rumah.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan sistem fertigasi diminati ramai seperti ia bantu untuk mengurangkan kos operasi dan tenaga buruh.

Tanaman sesuai untuk fertigasi ini sering dilakukan atas faktor geografi, cuaca dan iklim di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Jadi, buat anda yang berminat untuk tahu 5 tanaman sesuai untuk fertigasi, teruskan membaca artikel ini.

Apa Itu Fertigasi?

Sebelum kami beri cadangan tanaman sesuai untuk fertigasi, kami akan menerangkan maksud kaedah penanaman ini terlebih dahulu. 

Fertigasi merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengaliran pembajaan yang rapi. 

Larutan baja dalam air akan dibekalkan ke zon pengakaran secara serentak dengan menggunakan sistem pengairan titis. 

Media tanaman seperti cocopeat atau sekam padi digunakan bagi menggantikan tanah.

Dalam pada itu, tahukah anda bahawa sistem fertigasi ini terbahagi kepada 2 jenis penanaman? 

2 jenis penanaman fertigasi itu merujuk kepada penanaman struktur pelindungan hujan (SPH) dan juga penanaman tanpa struktur pelindungan hujan. 

Kami serta info ringkas dan padat mengenai kedua-dua jenis penanaman fertigasi di bawah ini: 

  • Penanaman Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
tanaman sesuai untuk fertigasi

Seperti namanya, jenis penanaman fertigasi ini boleh ditakrifkan sebagai melindungi tanaman daripada hujan lebat dan matahari terik. 

Meskipun begitu, ini tidak bermakna tanaman anda tidak perlu dikenakan cahaya matahari. Bukan, ya. 

Sebenarnya, setiap tanaman hijau, terutamanya, masih memerlukan cahaya matahari bagi menjalani proses fotosintesis. 

Jadi, pastikan tanaman anda menerima sekurang-kurangnya 70% hingga 80% cahaya matahari dan kawasan tertutup itu mempunyai ruang pengudaraan yang baik.

Selain itu, pastikan “rumah pelindung” tanaman fertigasi ini mempunyai ketinggian, jejaring dan keluasan yang sesuai yang bersesuaian dengan tanaman agar memudahkan pertumbuhan tanaman. 

Dengan menggunakan kaedah pelindungan hujan ini, ia bermanfaat kepada tanaman kerana dapat mengelakkan tanaman daripada cepat layu, serangan penyakit kulat, dan mengurangkan penggunaan racun perosak.

  • Penanaman Tanpa Struktur Perlindungan Hujan
tanaman sesuai untuk fertigasi

Cara penanaman tanpa struktur perlindungan hujan akan dilakukan di tempat yang terbuka tanpa bumbung. Tanaman fertigasi anda akan menerima cahaya dan hujan secara terus. 

HOT  Benefits of Facial Treatment

Bagusnya kaedah ini, kos yang perlu dibelanja lebih rendah kerana tidak terlibat dalam penyediaan barang seperti SPH. 

Dengan tanah yang luas, tanaman dapat dilakukan secara bergilir dan mengikut musim yang sesuai seperti jagung, tebu, ubi kayu, dan betik. 

Namun, jika berlakunya hujan lebat, baja akan menjadi cair. Jadi, petani atau pekebun perlu cakna akan cuaca semasa di Malaysia bagi mengelakkan pembaziran penggunaan baja. 

Di samping itu, mereka juga menggunakan racun kulat dan racun serangga bagi mengelakkan tanaman mereka diserang penyakit. 

Ini kerana tanaman tersebut tidak mempunyai pelindung seperti SPH. 

Jadi, ada perbezaan tujuan ke kedua-dua jenis penanaman fertigasi ini?

Jawapannya, tidak

Tidak kisah anda memilih jenis yang mana, tujuan fertigasi adalah masih sama iaitu: 

  • Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kulat seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia, dan penyakit layu bakteria.
  • Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman.
  • Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman. 

5 Tanaman Sesuai Untuk Fertigasi

Apabila anda sudah mengetahui jenis-jenis penanaman fertigasi, perkara seterusnya yang anda perlu tahu ialah 5 tanaman sesuai untuk fertigasi. 

Mari teruskan membaca!

  • Cili
tanaman sesuai untuk fertigasi

Penggunaan cili dalam masakan di Malaysia sememangnya sudah tidak asing lagi. Tampak seperti mudah, tetapi jika anda tidak tahu penjagaan yang rapi, tanaman cili anda akan rosak!

Antara penjagaan cili yang perlu tahu adalah tahap keasidan (pH) pada kualiti air perlulah diperiksa dengan menggunakan kertas litmus. 

Nilai pH yang sesuai bagi tanaman cili adalah antara 5.5 hingga 6.5.

Selain itu, anda juga perlu mengawal tanaman cili daripada makhluk perosak. Serangan ini boleh menyebabkan penyakit pada anak benih, pucuk, kelayuan, dan banyak lagi.

  • Kangkung
HOT  Cara Tanam Pokok Durian Mudah Untuk Lebat Berbuah

Kangkung ialah tanaman yang sering ditanam dan komersialkan. 

Bagi penjagaan kangkung pula, anda digalakkan untuk mencabut anak-anak rumput yang tumbuh bagi mengelakkan ia memakan baja yang diberikan pada kangkung.

Sekiranya anda ingin tahu tempoh matang bagi kangkung, anda perlu perhatikan “pergerakannya”. Ia akan mula menjalar dan memanjang. 

Apabila kangkung sudah boleh dituai, anda perlu mencabut sayur itu bersama akarnya sekaligus.

  • Anggur
tanaman sesuai untuk fertigasi

Untuk pengetahuan semua, pokok anggur agak sukar untuk dijaga. 

Hal ini kerana pokok anggur memerlukan elemen-elemen seperti berikut agar ia dapat tumbuh dengan subur:

  • Pemilihan biji benih yang tahan dengan hujan dan cuaca yang lembab serta panas.
  • Terdedah dengan cahaya matahari 80% hingga 100%.
  • Peredaran udara yang bagus.
  • Teknik pembajaan yang betul.

Selain itu, anggur memerlukan saliran air yang baik kerana ia tidak mampu hidup dengan air yang bertakung. 

Ini disebabkan akarnya yang jenis serabut dan hanya sesuai di tanah yang berpasir. 

  • Kubis
tanaman sesuai untuk fertigasi

Kubis bunga secara fertigasi terbuka akan menggunakan sistem pengairan titis bagi membekalkan larutan nutrient yang berpanjangan. 

Oleh itu, anda perlu menggunakan polibeg bersaiz 1616’ dan jenis tegak bagi menampung kubis. 

Kubis tidak dapat “lari” daripada serangan perosak seperti ulat Plutella, ulat pangkas, ulat ratus dan webworm kubis (Hellula undalis F). 

Selain daripada serangan haiwan perosak, ia juga akan diserang oleh penyakit yang berpunca daripada tanah seperti layu Fusarium, penyakit ‘downy mildew’, dan reput hitam yang menyebabkan kerosakkan pada pembentukan bunga kubis.

Penuaian hasil kubis hanya dapat dilakukan 90-120 hari selepas memindahkan anak benih ke polybag. 

  • Terung
tanaman sesuai untuk fertigasi

Bagi penanaman terung, anda perlukan polybag jenis agar dapat menyokong pertumbuhan batang dan daun tanaman yang besar. 

Jadi, jika anda ingin mencari polybag yang bersesuaian dengan tanaman terung, anda perlu memilih polybag yang bersaiz 16×16. 

HOT  Memahami Strok: Punca, Gejala dan Pencegahan

Selain daripada penyediaan polybag, anda juga perlu memastikan tapak projek penanaman terung mempunyai sumber air yang bersih. 

Ini disebabkan pH yang bersesuaian untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 6.5 sahaja. 

Buat pengetahuan anda, tanaman terung ini lebih sesuai ditanam melalui kaedah fertigasi secara terbuka

Jadi, anda perlu membuat pantauan secara kerap agar ia tidak dijangkiti penyakit ataupun serangan serangga. 

Kesimpulan bagi artikel ini adalah meskipun kaedah fertigasi ini lebih mudah untuk diuruskan, namun sebagai seorang petani, anda perlu memiliki ilmu pertanian yang betul. 

Hal ini disebabkan, tanaman anda masih lagi berisiko untuk menghidap penyakit dan serangan serangga. Jadi, anda perlu tahu jenis-jenis penyakit agar boleh bertindak cepat. 

Di samping itu, tanaman fertigasi juga memerlukan baja yang berkualiti bagi memastikan tanaman anda mekar dan tumbuh dengan subur. 

Jadi, kami amat syorkan anda untuk mendapatkan baja bakteria lokal dan terbaik iaitu PowerGRO! 

tanaman sesuai untuk fertigasi

Baja bakteria ini telah membantu ribuan petani dalam memastikan tumbesaran tanaman dalam keadaan yang optimum. 

Mana tidaknya, baja ini merupakan pilihan no.1 petani-petani di Malaysia kerana kualitinya yang terjaga dan terbaik! 

Baja PowerGRO diperbuat daripada 100% bahan-bahan organik dan bebas daripada sisa haiwan dan campuran kimia. 

Selain daripada sifatnya yang organik, baja ini didatangi dalam 3 saiz iaitu 500ml, 1 liter, dan juga 4 liter. 

Dengan menggunakan kaedah bancuhan air bebas klorin (mengikut ukuran yang sudah ditetapkan), penggunaan baja ini dapat menjimatkan wang perbelanjaan anda. 

Berikut merupakan 5 kebaikan jika anda menggunakan baja PowerGRO: 

  • Memperbaiki komposisi biologi dan struktur tanah. 
  • Menggandakan kadar serapan baja 
  • Meningkatkan hasil tanaman anda jadi berganda banyaknya! 
  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar pokok yang sihat. 
  • Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman anda. 

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom tingkatkan hasil penanaman fertigasi anda dengan menggunakan baja PowerGRO. Klik pautan di bawah ini untuk mendapatkannya! 

Jom dapatkan PowerGRO Sekarang!