Advertisement

Artikel kali ini akan menerangkan langkah demi langkah untuk daftar atau cara membuka akaun Tabung Haji.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Lembaga Tabung Haji merupakan sebuah institusi Islam yang bertanggungjawab untuk menguruskan jemaah Haji Malaysia. Ia pernah dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).

Melalui Tabung Haji, umat Islam di negara ini tidak perlu risau mengenai proses mengerjakan ibadah haji.

Institusi ini juga memastikan wang simpanan jemaah diuruskan dengan baik dan efisien.

Aktiviti pelaburan juga dijalankan bagi menambah nilai simpanan wang jemaah.

Jangan risau, segala aktiviti dijalankan melalui saluran yang halal dan menjauhi perkara yang haram mahupun syubhah.

Demi memastikan anda layak untuk mengerjakan haji, anda perlu membuka akaun Tabung Haji. Kemudian, terdapat beberapa syarat yang membolehkan anda berdaftar untuk haji.

Sebelum itu, mari ketahui lebih lanjut mengenai sejarah Tabung Haji.

Sejarah Tabung Haji

lembaga tabung haji

Pada awalnya, tiada institusi kewangan Islam di Malaysia yang mampu menawarkan perkhidmatan pengurusan wang untuk menunaikan haji.

Ketika itu, umat Islam di Malaysia enggan untuk menyimpan wang di bank konvensional.

Ini kerana mereka mahu memastikan wang simpanan mereka bebas daripada sebarang unsur yang tidak halal, seperti riba.

Pada tahun 1959, seorang tokoh ekonomi Melayu yang tersohor, iaitu Professor Diraja Ungku Abdul Aziz telah mencadangkan agar sebuah institusi ditubuhkan.

Lalu, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) telah ditubuhkan pada Disember 1959. Ia bertujuan untuk mengurustadbir wang simpanan umat Islam bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji.

Pada 1963, PWSBH mula membuka kaunter untuk menerima tabungan daripada bakal haji.

Semenjak daripada itu, umat Islam di Malaysia telah dididik untuk membuat tabungan seawal usia muda sebagai persiapan menunaikan haji.

HOT  Sesungguhnya Versi Baharu. Raihan VS Alif Satar

Bagi memantapkan lagi peranannya dalam aktiviti penabungan dan pengurusan haji yang kian berkembang, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusal Hal Ehwal Haji.

Ia kemudian dinamakan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) dan ditukar kepada Lembaga Tabung Haji pada 1995.

Tugas Tabung Haji

tabung haji malaysia

Selain menguruskan wang simpanan umat Islam di Malaysia, Tabung Haji (TH) juga berperanan untuk memastikan semua urusan ibadah haji di Makkah mudah dan teratur.

Antara bidang tugas institusi ini:

  • Melabur dalam bidang pelaburan yang halal, berhemat dan selamat
  • Urusan berkaitan passport
  • Urusan berkenaan dengan visa haji
  • Pengangkutan sepanjang menunaikan haji
  • Penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah
  • Penjagaan kesihatan
  • Bimbingan ketika menunaikan ibadah haji

Cara Buka Membuka Akaun Tabung Haji

tabung haji

Sebelum anda boleh berdaftar untuk menunaikan haji, anda perlu membuka akaun simpanan Tabung Haji terlebih dahulu.

Proses membukaa akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua kaunter TH. Anda boleh lihat pejabat cawangan TH yang berdekatan dengan anda.

Sesiapa sahaja boleh membuka akaun jika memenuhi syarat ini:

  • Individu beragama Islam dan waras
  • Warganegara Malaysia

Terdapat dua kategori akaun:

1.Akaun dewasa

Sah untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Anda hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri iaitu MyKAD.

2. Akaun kanak-kanak

Khas buat mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Akaun kanak-kanak mesti didaftarkan oleh penjaga yang sah. Penjaga tersebut mesti merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai akaun TH.

Dokumen penting diperlukan ialah sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri (MyKID atau MyKAD).

Bagi akaun kanak-kanak, penjaga dinasihatkan agar menukar status akaun dari akaun kanak-kanak ke akaun dewasa jika telah melebihi usia 18 tahun.

HOT  Tempahan Kaligrafi Islamik Di Seni Jauhari

Pendaftaran Haji

Dengan sistem pendaftaran haji terbuka, institusi Islam ini telah memperkenalkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan”.

Ia bermaksud, peruntukan tahun untuk menunaikan haji adalah berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat. Oleh itu, anda perlu berdaftar haji dengan segera agar tidak perlu menunggu lama untuk giliran tahun menunaikan haji.

Terdapat beberapa syarat bagi melayakkan anda untuk mendaftar haji:

  • Mempunyai baki minimum dalam akaun TH berjumlah RM 1,300
  • Tidak pernah menunaikan ibadah haji
  • Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah

Pendaftaran haji boleh dilakukan melalui beberapa saluran:

1.Melalui KWSP

Saluran ini khas buat anda yang ingin berdaftar haji, tetapi tidak mempunyai jumlah minima simpanan di dalam akaun TH. Anda boleh berdaftar haji dengan menggunakan wang caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

2. Kaunter TH di semua cawangan

Bagi memudahkan urusan pendaftaran haji, kaunter-kaunter TH dibuka di semua cawangan seluruh Malaysia. Anda hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri ke cawangan Tabung Haji berdekatan anda.

3. Rakan strategik TH

Selain di kaunter-kaunter TH, anda juga boleh berdaftar haji di kaunter dan mesin ATM rakan strategik TH. Antaranya ialah:

Dividen Tabung Haji

tabung haji

Umum mengetahui bahawa status ekonomi Tabung Haji menghadapi pergolakan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Rawa, nilai aset TH telah mengalami defisit sebanyak RM 4.1 bilion pada tahun 2017.

Namun begitu, TH kembali bangkit dan memulakan pelan penstrukturan bagi menyelamatkan TH serta menjaga kepentingan 9.3 juta pendeposit.

HOT  3 Tips Yang Dikongsi Oleh Ustaz Ebit Lew Mengenai Hutang

Pada tahun kewangan 2018, TH telah mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25%. Ia merupakan agihan hibah terendah yang pernah diumumkan oleh TH sejak tahun 1995.

Hibah TH – Tidak Wajib Dibayar oleh TH

Untuk pengetahuan anda, hibah Tabung Haji adalah hadiah yang diisytihar oleh TH. Ia adalah berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah, iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Walaupun amalan pemberian hibah adalah dibenarkan, ia bukanlah amalan yang wajib.

Ia tidak boleh dijadikan amalan tetap bagi mengelakkan dari dikira sebagai ‘urf atau kebiasaan yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadi’ah.

Jika ia menjadi syarat pulangan, ia boleh menjerumuskan simpanan wang di TH ke dalam riba. Rata-rata mengetahui bahawa riba adalah diharamkan oleh syarak, dan pulangan dari riba akan menjadi tidak bersih.

Pemberian dan cara hibah TH dilakukan adalah mengikut Akta Tabung Haji 1995, Seksyen 22 (1) & (2):

  1. Mengikut budi bicara, TH boleh mengumumkan dividen yang diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH
  2. Harta dana melebihi jumlah hutang. Perkiraan ini dibuat dengan anggapan bahawa semua wang penyimpan mesti dipulangkan dengan serta merta
  3. TH mesti memiliki dan menyelenggarakan dana Rizab
  4. Dana Rizab mesti memiliki simpanan wang yang bersamaan atau lebih dari jumlah wang penyimpan + dividen yang diumumkan

Dana Rizab ≥ wang penyimpan + dividen

Diharapkan agar perkongsian ini boleh menjadi rujukan anda. Sedikit sebanyak, menjadi persediaan untuk menunaikan ibadah haji. Selamat beramal!