Advertisement

Tahukah anda tentang Surah al Mulk?

Artikel ini mendedahkan intipati Surah al Mulk yang mengandungi kelebihan dan ganjaran yang diperolehi daripada mereka yang mengamalkannya.

Ketahui selanjutnya sehingga tamat.

Kelebihan Surah al Mulk

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadith Rasulullah saw, Allah SWT menggambarkan azab kubur sebagai seksaan yang sangat mengerikan. Dengan mengamalkan surah al-Mulk ini, kita boleh dilindungi daripada azab kubur. Insya-Allah.

Allah Taala menjanjikan ganjaran yang besar bagi hamba-Nya yang membaca al-Quran. Apatah lagi, menjadikan tilawah al-Quran sebagai amalan harian.

Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan dengan mengamalkan surah ini. Selain dari tilawah al-Quran, ia juga boleh dijadikan sebagai doa.

Sebelum itu, mari kenali surah ini dengan lebih mendalam.

Di sini juga kami akan kongsikan kelebihan serta tips mengamalkan surah ini. Semoga ia dapat menjadi panduan kita bersama.

Bacaan Surah Al-Mulk

Surah al-Mulk merupakan surah ke-67 dari 114 surah dalam al-Quran. Ia mengandungi 30 ayat, dan merupakan surah Makkiyah.

surah al-mulk
Kredit: Quran.com

Surah ini bermaksud kerajaan. Ia diambil dari perkataan al-Mulk yang terdapat pada ayat pertama. Ia juga dikenali dengan nama at-Tabaarak, yang bererti Maha Suci.

Secara umumnya, surah ini menceritakan mengenai kekuasaan Allah ke atas ciptaan-Nya.

Antaranya seperti penciptaan langit dan bumi. Ia juga mengisahkan tentang konsep hidup dan mati sebagai ujian kepada manusia.

Surah al-Mulk Rumi

Bagi mereka yang ingin membaca surah ini dalam tulisan rumi, berikut adalah pautan daripada Youtube Surah Al Mulk yang dibacakan oleh Sheikh Mishari Al Afasy.

3 Kebaikan Kepada Pembacanya

Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w, ternyata surah ini mengandungi banyak kelebihan dan manfaat bagi mereka yang mengamalkannya.

1. Dilindungi dari azab kubur

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, beliau telah berkata,

HOT  Doa Selepas Solat Ini Jangan Ditinggalkan!

“Barangsiapa membaca ‘Tabaarokalladzi bi yadihil mulk’ (surah al-Mulk) setiap malam, maka Allah Taala melindunginya dari azab kubur. Kami di zaman Rasulullah saw menamakan surah tersebut al-Mani’ah (penghalang dari azab kubur). Dia adalah salah satu surah dalam al-Quran. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah berbuat kebaikan.”

(Hadith riwayat an-Nasai dalam al-Kabir 6/179 dan al-Hakim)

2. Menjadi syafaat hingga diberi keampunan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw telah bersabda,

“Terdapat satu surah dalam al-Quran yang terdiri dari 30 ayat, yang akan memberi syafaat kepada orang yang selalu membacanya, sehingga Allah Taala mengampuni dosa-dosanya. Iaitu surah ‘Tabaarokalladzi bi yadihil mulk’ (surah al-Mulk).”

(Hadith riwayat at-Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibn Majah no. 3786)

3. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw telah bersabda,

“Terdapat surah dalam al-Quran yang mengandungi 30 ayat. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu at-Tabaarak (surah al-Mulk).”

(Fath al-Qadir 5/257, Sahihul Jamiea 1/680, Tabrani dalam al-Awsat dan Ibn Mardawaith, dihasankan oleh Syeikh al-Albani)

Fadhilat Surah al-Mulk

Sekarang kita telah mengetahui kelebihan dan manfaat surah ini. Amat rugi jika kita tidak jadikannya sebagai amalan harian.

Pada awalnya mungkin anda berasa agak berat untuk membacanya

Tetapi apabila ia telah menjadi sebahagian dari rutin harian, anda pasti rasa seronok dan teringin untuk melafazkan setiap ayatnya.

Kita amat digalakkan untuk membaca surah ini setiap malam sebelum tidur.

Jika anda berasa sukar, mulakan dengan membaca sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Jadikannya kebiasaan.

Perbanyakkan bacaan daripada dua atau tiga kali seminggu.

HOT  7 Amalan Untuk Di Murahkan Rezeki & Kehidupan Yang Berkat

Jika anda berhasrat untuk menghafaz surah ini, terdapat beberapa tips untuk anda:

  • Biasakan diri membaca surah ini dengan kerap. Jika diulang banyak kali, anda akan mula menghafaz ayat surah ini perlahan-lahan.
  • Surah al-Mulk mengandungi 30 ayat. Apa kata, anda hafaz satu ayat sehari. Selepas sebulan, inshaAllah anda pasti dapat menghafaz seluruh surah.
  • Banyakkan juga membaca makna ayat surah ini. Ia dapat membantu anda memahami dan menghafaz surah ini dengan lebih baik.

Selamat beramal!