spr

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai hak untuk memilih wakil kita di kawasan ADUN dan Parlimen melalui proses pilihan raya yang dikelolakan oleh SPR.

Kini, rakyat Malaysia seawal 18 tahun layak untuk mengundi dengan membuat permohonan melalui website SPR iaitu MySPR Daftar.

Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan dengan kaedah permohonan dan cara-cara daftar MySPR Daftar.

Sebelum itu…

Apa Itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia?

spr

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan pada 4 September 1957.

Di antara tugas yang digalas oleh SPR adalah menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. 

Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’

Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Di antara fungsi-fungsi SPR adalah:

spr
  • Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri pada setiap lapan tahun.
  • Mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil rakyat.
  • Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
  • Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan yang ditetapkan,
  • Selain itu, SPR juga mengemudi dan menjalankan tugas pada hari pengundian, serta proses pengiraan undi.

Elemen-elemen Penting Dalam Pilihan Raya

daftar spr

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau elemen-elemen yang wajib ada setiap pilihan raya

Antaranya ialah

  • Bahagian pilihan raya, iaitu tempat atau kawasan mengundi.
  • Pemilih, iaitu anda untuk memilih wakil dalam kawasan anda.
  • Calon, wakil rakyat untuk berbakti pada setiap kawasan yang dipilih.
  • Proses pilihan raya.

Kenapa Anda Perlu Daftar MySPR Daftar Online?

myspr daftar

Sebelum ini, para pemilih atau pengundi baru perlu membuat pendaftaran secara manual iaitu dengan menghadiri pusat-pusat pendaftaran dan melengkapkan borang fizikal.

Mujur kini ada MySPR Daftar. Dengan adanya sistem SPR daftar online ini, ia memudahkan pemilih baru untuk mendaftar dan juga membantu menukarkan alamat untuk mengundi.

Sekaligus cara spr online ini dapat menjimatkan masa serta mudah berbanding cara konvensional.

Cara-cara Daftar MySPR Daftar dan Syarat-syaratnya

Sebelum login ke sistem MySPR Daftar, pemilih perlu membuka akaun terlebih dahulu. Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Bagi membuka akaun MySPR Daftar, pemilih wajib sediakan beberapa maklumat seperti berikut

  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan
C:\Users\AIMAN\Desktop\spr\images1_400x250.png

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mengisi borang permohonan melalui https://mysprdaftar.spr.gov.my/ 

Klik pada butang “Permohonan Akaun Baru” dan isikan maklumat yang diperlukan. Anda perlu memberi maklumat yang pentig ketika mengisi iaitu

  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan

Waktu permohonan adalah pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari waktu bekerja. 

Namun jika pemilih mengisi selepas jam 12.00 tengah hari waktu bekerja ianya akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Pegawai SPR akan menyemak pendaftaran anda. Apabila sudah disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda bagi pengesahan.

Pendaftaran Pemilih Untuk Pengundi Online

C:\Users\AIMAN\Desktop\spr\Emel-Pengaktifan-MySPR.png

Sebaik disahkan, anda boleh klik pada pautan pengaktifan yang telah diberikan dalam emel, masukkan No. MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.

Klik pada “Mohon TAC” dan SMS akan dihantarkan pada nombor telefon anda, masukkan TAC dan klik butang “Hantar”.

Masukkan No. Kad pengenalan, kata laluan dan klik pada “Log Masuk”.

Selepas login, akan terpapar paparan dashboard seperti di bawah, kemudian klik Status Saya.

C:\Users\AIMAN\Desktop\spr\borang-a-daftar-pemilih-1024x870.png

Klik pada borang A dan anda perlu menyimpan serta cetak borang A ini.

C:\Users\AIMAN\Desktop\spr\cara-daftar-pengundi-online-1024x532.png

Tuntasnya di sini, kerajaan Malaysia telah membantu rakyat untuk memudahkan pemilih bagi mendaftar untuk memilih calon atau wakil rakyat di kawasan anda.

Ianya begitu penting untuk anda memilih calon agar dapat memastikan ekonomi negara lancar dan kesejahteraan untuk kita bersama.

Semoga artikel kali ini dapat membantu anda untuk mendaftar sebagai pengundi baru.

>>> Bacaan Lanjut: Proses Jual Rumah