Advertisement

Bagi memudahkan pengajar terutamanya pada waktu pandemik ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan sistem pengurusan latihan atas talian iaitu SPLKPM.

Namun, masih ramai guru yang tidak berdaftar dan ini sangat rugi bagi guru-guru kerana ini adalah sistem yang sangat penting untuk mereka.

Di dalam artikel ini, kami akan mengajar anda dan juga  memberi panduan lengkap kepada anda untuk mengisi Pembelajaran Kendiri iaitu SPLG.

Apa itu SPLKPM?

SPLKPM iaitu Sistem Pengurusan Latihan KPM adalah portal yang disediakan oleh KPM untuk memudahkan guru-guru untuk mengakses SPLG iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru.

Sistem ini memberi fokus kepada pelbagai perkara seperti latihan yang diterima guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, dan juga seminar. 

Dengan ini, ia akan membantu meningkatkan kemahiran guru dan boleh membantu mereka untuk menjadi tenaga pengajar yang lebih bagus.

Mereka boleh melihat kursus-kursus yang mereka boleh menyertai untuk mengasah kemahiran mereka dalam dunia pendidikan.

Ini boleh membantu guru untuk mencapai kouta kursus yang diperlukan pada setiap tahun kerana sistem ini membolehkan mereka untuk melihat senarai kursus yang telah disertai.

Sistem ini bukan sahaja membantu para guru tetapi juga membantu Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelbagai latihan disediakan oleh KPM seperti latihan pembelajaran kendiri dan juga latihan konvensional dan boleh dilihat di SPLKPM. 

Oleh itu, ia sangat rugi jika para guru tidak mengambil peluang ini. Semua latihan ini disediakan untuk meningkatkan prestasi bidang pendidikan di Malaysia.

Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Pada bahagian ini, kami akan memberi panduan untuk mengisi Sistem Pembelajaran Kendiri.

HOT  Pemakanan Optimum untuk Ibu Bakal: 10 Makanan Terbaik untuk Diet Kehamilan yang Sihat

Langkah-langkah di bawah sangat mudah untuk diikuti dan tidak mengambil masa yang lama.

  1. Melayari laman web RASMI KPM bagi SPLG di sini.
  1. Selepas anda di sini, sila pilih modul individu seperti di bawah.
  1. Apabila anda sampai ke halaman Log Masuk Modul Individu, masukkan ID pengguna iaitu Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Selepas itu klik hantar.
  1. Selepas anda berjaya masuk, ia akan menunjukkan menu-menu berikut:
  • Pengenalan

A. Pengurusan

B. Senarai Kursus Tawar

C. Kemaskini Permohonan Kursus

  • Latihan dan Sesi Pembelajaran

A. Senarai LDP Dihadiri/daftar KKL

B. Senarai Bimbingan & Pementoran

C. Senarai PLC

  • Pembelajaran Kendiri/Aktiviti lain PPB
  • Perekodan Latihan Lain
  • Analisis dan Pelaporan
  • Utiliti dan Pelaporan
  • E-profil

Selepas anda ke sini, sila pilih menu yang anda mencari dan teruskan proses.

Jika anda lupa kata laluan, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Anda boleh log masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM.
  2. Anda boleh klik ‘Lupa Kata Laluan’ dan seterusnya maklumkan kepada SULDP sekolah anda untuk tindakan yang seterusnya.

Modul individu yang digunakan ini dibangunkan untuk merekod aktiviti dan latihan yang dilakukan di luar KPM. 

Semua Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Bertersuan (PPB) telah disemak oleh KPM untuk memastikan ia sesuai untuk kegunaan para guru.

Ini adalah senarai LDP yang anda boleh menyertai sebagai guru dan boleh dilihat di SPLKPM:

  1. STEM Pendekatan Mudah Untuk Guru (Guru yang menggunakan pendekatan STEM)
  2. Latihan Pementoran Guru Mentor Bagi Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) – (Guru Mentor PPGB)
  3. AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja (Sasaran adalah warga KPM)
  4. IMPROVE – CPD for ELT Practitioners (Guru, Pensyarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Bahasa Inggeris)
  5. Program Transformasi Sekolah 2025 : Modul 8 – Redesigning Student’s Learning Experiences (Pensyarah IAB dan IPG & Pentadbir dan Guru Sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025)
  6. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) – (Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
HOT  Pokok Bunga: Langkah Penjagaan dan Tips Pembajaan

Jika ada yang berminat dengan mana-mana LDP, anda perlu kemaskini profil anda menerusi pangkalan data dalam modul:

  • Bahagian
  • JPN
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru
  • Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
  • PPD

*Bagi Pegawai & Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi. 

*Setiap individu juga diminta untuk menjawab TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi membolehkan pihak

pengurusan merancang LDP yang diperlukan.

Anda diingatkan untuk mengisi maklumat dan data yang tepat supaya tidak menimbulkan masalah dalam proses pendaftaran dan rekod.

Kesimpulannya, proses untuk melepasi SPLKPM Login sangat mudah dan mengambil masa yang sekejap sahaja.

Bagi para guru, ia sangat penting untuk mereka menggunakan sistem ini kerana sangat membazirkan jika mereka tidak tahu tentang kegunaannya.

Latihan-latihan dan program-program yang disediakan oleh KPM bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi bidang pendidikan di Malaysia.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang perkara ini , anda boleh hubungi: