Sony Playstation 5

Playstation 4 (PS4) tidak dinafikan bahawa ia merupakan konsol gaming yang sangat bagus yang pernah di perkenalkan oleh Sony. Setelah hampir sedekad, iaitu lebih kurang 7 tahun berada di pasaran, kini Sony sudah bersedia untuk konsol generasi pengganti PS4 iaitu playstation 5 (PS5).

Konsol generasi seterusnya dari Sony ini dijangka akan menawarkan perbezaan yang besar dan ketara berbanding playstation 4 sekarang. Ia bakal hadir dengan processor AMD CPU Ryzen 8-core 7nm Zen 2. Cip processor ini bakal menawarkan pelbagai kelebihan seperti resolusi grafik setinggi 8K serta audio 3D.

Yang lebih menarik, PS5 dikatakan bakal menyokong “cross-generational play” di mana game dari PS4 boleh dimain menggunakan PS5. Sony juga menjanjikan prestasi konsol yang lebih laju berdasarkan teknologi SSD yang akan digunakan