Artikel ini mengandungi segala yang anda ingin ketahui tentang solat dhuha serta pertanyaan lazim tentang cara mengerjakannya.
Sekiranya anda sedang mencari panduan solat serta doa dhuha yang betul, anda berada di tempat yang betul.
Teruskan membaca sehingga tamat.
Pukul Berapa Waktu Solat Dhuha?
Waktu yang sesuai adalah pada saat matahari naik lebih kurang setinggi batang galah iaitu kira-kira 20 ke 30 minit minit selepas terbit matahari.
Waktu dhuha berakhir adalah pada 10 minit sebelum masuk waktu Zohor, iaitu apabila matahari berada di tengah-tengah langit.
Untuk mengetahui dengan lebih tepat, anda boleh rujuk portal e-solat untuk mengetahui waktu solat negeri masing-masing.
Ini memudahkan anda merancang waktu untuk mengerjakan solat duha.
Kelebihan Mengerjakan Solat Dhuha
Solat dhuha amat elok diamalkan untuk membuktikan rasa syukur tak terhingga kepada Allah.
Nabi S.A.W menganjurkan kita untuk mengamalkan solat ini. Baginda mewasiatkan Abu Hurairah:
أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah
Ramai yang percaya mengamalkan solat ini dibukakan pintu-pintu rezeki. Berikut adalah beberapa kelebihan-kelebihan lain:
1. Sedekah Kepada Tulang Sendi Badan Kita
Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah
2. Dicukupkan Keperluan Seharian
Kelebihan ini yang selalu dikaitkan dengan dimurahkan rezeki bagi siapa yang mengamalkan solat duha.
Dalil daripada hadis Nabi: “Sesungguhnya Allah telah berfirman: wahai anak Adam, cukupkanlah bagiku 4 rakaat di awal siang hari, nescaya akan Aku cukupkan dengannya akhir harimu.” (HR. Ahmad)
Selain itu, di dalam kitab An-Nurain meriwayatkan Rasullullah SAW bersabda dengan maksudnya: “Dua rakaat dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Diampunkan Dosa (Selama Mana Tidak Melakukan Dosa Besar)
Kita digalakkan untuk mengerjakan amal-amal sunat untuk menambahkan pahala dan memohoan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita:
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Niat Solat Dhuha
“Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala”
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala
Berapa Rakaat Solat Dhuha?
Buat 2 rakaat, 1 salam.
Tiada syarat tertentu. Jika ingin afdal, boleh buat dalam urutan ulangan ganjil, 2 rakaat (ulangan pertama), 6 rakaat (ulangan ketiga) dan 10 rakaat (ulangan kelima).
Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Cara Solat Dhuha Dan Bacaan Surah
Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini kerana ia adalah solat sunat.
Namun begitu, terdapat bacaan surah tertentu yang digalakkan oleh para ulama’.
Pada rakaat pertama, selepas membaca Surah al-Fatihah, anda digalakkan untuk membaca surah as-Shams.
Klik sini untuk mendengar bacaan surah as-Shams beserta terjemahan.
Pada rakaat kedua, baca surah ad-Dhuha.
Klik sini untuk mendengar bacaan surah ad-Dhuha beserta terjemahan.
Namun, terserah kepada anda untuk membaca surah yang anda ingini.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha Dalam Rumi
Niat solat:
“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Pada rakaat pertama, baca Surah al-Fatihah dan Surah as-Shams (1 kali).
Pada rakaat kedua, baca Surah al-Fatihah dan Surah ad-Dhuha (1 kali).
Bacaan semasa sujud akhir:
wahab li yaa-wahhaa bu ‘il-man wa hikmatan, waarzuqniy, yaarazzaqu kun liy musahhalaa
Maksudnya: “Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberikan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, jadikan ia mudah bagiku.”
Baca sebanyak 40 kali.
Doa Selepas Solat Dhuha dan Doa Dhuha Rumi
Doa Dhuha
Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka,
walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka,
walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka.
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu,
wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu,
wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu,
bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.
Maksud: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Anda juga boleh mendengar alunan doa dhuha daripada kumpulan nasyid UNIC:
Bolehkah Solat Dhuha Dalam Bahasa Melayu?
Bacaan solat dhuha adalah seperti bacaan solat fardhu, iaitu perlu baca surah dalam bahasa Arab.
Bagaimana Nak Buat Solat Dhuha Kalau Saya Bekerja?
Sekiranya anda keluar awal pagi selepas Subuh, anda boleh mengerjakan solat sunat dhuha sesampai anda di tempat kerja.
Anda boleh minta kebenaran majikan untuk meluangkan dalam 4-5 minit untuk mengerjakannya.
Apa-apa pun, banyak manfaat dan kelebihan dengan mengamalkan solat sunat ini.
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk bersemangat melaksanakan solat dhuha. Selamat beramal.
Bacaan Lanjut: Doa Selepas Solat
Bacaan Lanjut: Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah