Utama Info SEO Malaysia: Trafik Website Syarikat Insurans Ini Meningkat Lebih 2x Ganda Dalam...

SEO Malaysia: Trafik Website Syarikat Insurans Ini Meningkat Lebih 2x Ganda Dalam Masa Setahun!

Bagaimanakah caranya untuk melaksanakan kempen SEO yang berkesan di Malaysia? 

Mengapa anda perlu berada di page pertama di Google? 

Penting sangat ke ranking di Google ni? 

Setiap hari, prospek akan sentiasa mencari solusi kepada masalah mereka melalui Google.

Jadi, amatlah penting agar bisnes anda memiliki ranking tertinggi untuk menarik lebih ramai prospek masuk ke website dan dalam masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan trafik website anda.

Makin ramai orang yang pergi ke website anda, maka makin tinggi juga kebarangkalian anda untuk mendapat pelanggan baharu. 

Dalam erti kata lain, bisnes anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berkembang maju dengan bantuan SEO.

Berikut merupakan kisah klien kami. 

Lebih dari setahun yang lalu, klien kami ini merupakan sebuah syarikat insurans yang telah bertapak, yang giat berusaha untuk meningkatkan kehadiran jenamanya dengan meningkatkan trafik organik website.

Artikel ini bakal menyajikan anda dengan beberapa aturan STRATEGI LUAR BIASA yang telah kami laksanakan untuk membantu syarikat insurans, iaitu klien kami dalam mengukuhkan SEO mereka.

Tanpa melengahkan masa, ayuh telusuri artikel ini!

Klien Menyedari Kepentingan Dan Kelebihan SEO Di Malaysia

Anda orang Malaysia? 100% anda pasti mengenali syarikat insurans ini.

Daripada insurans kereta, perubatan, insurans hayat sehinggalah takaful, klien kami ini merupakan penyedia insurans terbaik di Malaysia pada masa ini.

Sekiranya anda mencari “insurans” atau yang berkaitan dengannya di Google, anda akan dapati syarikat insurans ini akan terpampang dengan jelas lagi nyata pada halaman pertama.

Hakikat ini merupakan salah satu faktor utama trafik website syarikat ini meningkat dengan ketara sepanjang tahun 2020.

Namun, kejayaan ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Walaupun kedengaran klise, Rom pastinya tak terbina dalam sehari.

SEO adalah proses yang berterusan. Untuk meletakkan bisnes anda pada halaman utama dah satu perkara, nak kekalkan ranking lagi? Haa, bukan mudah ya.

Dalam kes ini, kami berjaya merealisasikan sesuatu yang kelihatan mustahil! Trafik website klien kami meningkat dua kali ganda dalam masa kurang satu tahun!

Tahun 2020 juga merupakan tahun yang mana pandemik COVID-19 telah mengubah kehidupan kita secara drastik.

Melalui perspektif bisnes, perkara berikut menyumbang kepada masalah-masalah besar yang amat membingungkan.

Syukur, nafas lega dapat dihelakan kerana industri insurans tidak terlalu terjejas dek wabak global berikut. Kami berjaya mencecah target SEO yang luar biasa!

Berikutan kejayaan besar kami dalam membantu mereka, syarikat insurans berprestij ini telah memutuskan untuk terus mendapatkan bantuan perkhidmatan SEO dengan kami untuk 12 bulan akan datang!

Menangani Cabaran

Insurans sememangnya merupakan niche yang agak sukar untuk meraih ranking yang tinggi di Google, memandangkan terdapat banyak lagi syarikat insurans yang besar dan terkenal di Malaysia.

Klien kami merupakan syarikat kukuh yang memiliki klien-klien setia di seluruh negara.

Untuk tidak disenaraikan di halaman pertama Google adalah sesuatu yang tak boleh langsung diterima. Sayangnya jika syarikat ini tenggelam begitu sahaja dalam hasil carian di Google.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, syarikat berikut telah mengupah kami (Bomstart Media) dengan membawa satu harapan yang tinggi:

 Untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Saat itu kami sedar bahawa kami perlu atasi masalah ini dengan yakin demi meningkatkan strategi SEO secara drastik agar mencapai target yang ditetapkan.

Untuk itu, kami telah mengatur langkah agar trafik website klien kami kian meningkat dengan menarik klien-klien baharu dan akhirnya, bertambahlah hasil!

Mencari Jalan Penyelesaian

Seperti yang telah kami nyatakan, industri insurans merupakan industri yang sangat kompetitif. Kami juga sedar bahawa memang agak sukar untuk kami bantu klien supaya dapat meningkatkan trafik website mereka.

Kami mulakan dengan dua persoalan utama:

1. Bagaimanakah caranya untuk kita bersaing dengan agensi-agensi besar lain yang bereputasi tinggi?

Untuk menjawab soalan pertama ini, kami telah menjalankan analisis pesaing.

Untuk memastikan kempen SEO di Malaysia ini berkesan, seterusnya, agar anda mempunyai bisnes yang berjaya, anda harus menganalisis pesaing anda.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menjalankan analisis pesaing dengan efektif?

Kami telah melakukannya dengan tiga langkah mudah:

Pertama, kami kenal pasti pesaing terbesar klien kami melalui khalayak sasaran dan produk yang sama.

Seterusnya, kami periksa ciri-ciri luar biasa website klien kami dan juga keyword pesaing mereka yang memiliki ranking tertinggi.

Langkah ketiga dan terakhir, kami analisis kelemahan pesaing klien kami agar dapat menyumbang kepada peningkatan tahap kepuasan pelanggan.

Semua dapatan maklumat ini menjadi pemangkin dan penyumbang terbesar dalam meningkatkan trafik website klien kami.

2. Keyword manakah yang harus kita fokuskan untuk SEO?

Matlamat utama anda adalah untuk memastikan website anda tersenarai paling atas di halaman pertama.

Keyword yang kami fokuskan untuk klien kami sepanjang 2020 adalah berkaitan dengan insurans. Hal ini penting untuk memastikan kempen SEO klien kami ini berkesan di Malaysia.

Tetapi kami tidak hanya mencari keyword yang berkaitan. Kami turut menggunakan keyword SEO yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan trafik website.

Selain mempunyai website yang boleh dipercayai, apa lagi yang anda boleh lakukan untuk memantapkan keberkesanan kempen SEO?

Dua perkataan untuk anda: Blog Post!

Penulisan artikel-artikel di website dapat meningkatkan peluang untuk menentukan ranking keyword ideal yang berkaitan dengan bisnes anda.

Sebab itulah langkah pertama adalah yang paling penting dalam SEO.

Dalam usaha melicinkan kempen search marketing sehingga berjaya, keyword dan SEO mempunyai hubungan langsung, yakni, penting. 

SEO anda tidak lengkap tanpa link building.

Team SEO kami sangat hebat (seperti biasa) dalam mengenal pasti keyword dan sering meraih ranking yang tinggi dengan jayanya.

Kami yakin dengan kepakaran kami ini akan mendorong lebih ramai prospek klien dari Google yang mencari perlindungan melalui insurans perubatan, kereta, nyawa dan lain-lain ke website klien kami.

Hasil SEO Selepas Setahun

seo malaysia

Kurang dari setahun, Bomstart Media dengan bangganya ingin membentangkan data klien kami sebelum dan selepas SEO.

Sebelum SEO diaplikasikan, trafik organik klien kami adalah kurang dari 100K.

Jika dibandingkan dengan para pesaingnya yang memiliki trafik menjangkau 100K, jumlah ini tidak begitu memberangsangkan.

Jadi kami menetapkan sasaran kami dan berjaya mencapainya dalam masa kurang dari 12 bulan.

Selepas setahun Bomstart Media dilantik untuk membantu klien kami iaitu syarikat insurans ini, bukan sahaja pesaing mereka dapat ditandingi, klien kami juga berjaya melepasi nombor trafik organik mereka!

Ini terhasil daripada backlink berkualiti tinggi dan kekerapan frekuensi keyword berkaitan insurans yang meraih ranking di halaman pertama hasil carian Google.

Kami telah mencapai lebih 200K trafik organik website. Hasil diluar jangkaan yang cukup luar biasa!

Selamat untuk kami katakan bahawa klien kami kini merupakan syarikat insurans terkemuka nombor SATU di Malaysia!

Di Mana Anda Boleh Dapatkan Servis SEO Terbaik Di Malaysia?

Kempen SEO yang gempak di Malaysia sudah pasti merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Tak dinafikan ia tugas berat yang memerlukan banyak masa untuk mencapai sasaran.

Namun, dengan pendekatan dan strategi yang tepat, bisnes anda juga boleh berada di halaman pertama.

Mari gandakan trafik website anda dan tingkatkan peluang untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan baharu.

Bomstart Media boleh bantu bawa content marketing anda ke tahap yang lebih tinggi dengan kepakaran kami memfokuskan SEO.

Ketahui cara kami bantu olah content anda untuk meraih ranking yang lebih tinggi dan merealisasikan perubahan prospek klien terus menjadi pelanggan setia anda!

Klik sini untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang servis SEO kami di Malaysia. Cari kami di Facebook!

Perlukan bantuan SEO? Hubungi Kami Sekarang Untuk Konsultasi Percuma

Exit mobile version