Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang agensi kerajaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau LHDN.
Teruskan membaca sehingga tamat.
Secara umumnya semua warga Malaysia telah mengenali LHDN ini sebagai agensi untuk mengutip cukai sahaja, namun anda perlu tahu bahawa LHDN mempunyai pelbagai peranan yang banyak memberi manfaat untuk kita semua dan negara.
Mari kita kenali lebih lanjut tentang LHDN dan Peranannya.
Apa Itu LHDN?
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertanggungjawab untuk memungut dan mentadbir cukai langsung negara Malaysia. Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM).
Antara tanggungjawab LHDN bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :
- Akta Cukai Pendapatan 1967.
- Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
- Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
- Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
- Akta Setem 1949.
- Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.
Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri
LHDN berfungsi dalam mengendalikan cukai-cukai kerajaan seperti berikut :
- LHDN menjadi agensi kerajaan untuk memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan.
- Agensi ini juga berfungsi untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian.
Bersesuaian dengan Objektif yang dilaksanakan LHDN iaitu Melaksanakan Sistem Percukaian Yang Berkesan, Adil Dan Saksama, kini agensi kerajaan ini telah banyak memperkenalkan perkhidmatan secara online di laman web http://www.hasil.gov.my/#
Antara Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama di Laman Web LHDN adalah :
1. ByrHasil
ByrHASiL adalah aplikasi elektronik untuk pembayaran cukai pendapatan melalui bank-bank yang dilantik. Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai. Anda boleh layari https://byrhasil.hasil.gov.my/ untuk membuat pembayaran terus.
2. Bantuan Sara Hidup (BSH)
BSH adalah salah satu inisiatif oleh kerajaan yang dikeluarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membantu rakyat Malaysia khusus untuk belia B40, permohonan dan semakan boleh dilakukan di laman https://bsh.hasil.gov.my/Default.aspx
3. E-Filling
E-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet, ianya mudah, cepat dan selamat.
Untuk lhdn login kali pertama anda perlu mendapatkan no. pin dari cawangan LHDNM yang berhampiran.
4. Borang-Borang
Di dalam pautan https://ez.hasil.gov.my/ anda boleh memilih borang-borang online yang telah dikeluarkan oleh LHDN.
5. Program Memfail Borang Nyata (BN) Tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuat Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2020 sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata mereka pada tahun ini.
Kepada pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata mereka boleh didapati melalui link ini http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_1.pdf
Tuntasnya, jika kita melihat cukai adalah salah satu sumber pendapatan negara untuk memajukan sesuatu negara dan rakyat itu sendiri, oleh yang demikian anda haruslah melaksanakan kewajipan anda untuk membayar cukai kerana setiap sen dapat membantu menambahbaik ekonomi negara Malaysia.
Bacaan Lebih Lanjut: Cara Akses ezHasil