spa8i
Advertisement

Sedang mencari cara untuk mendaftar, membuat permohonan dan menyemak SPA Jawatan Kerajaan?

Anda berada di tempat yang betul.

Menjadi penjawat awam menjamin kestabilan pekerjaan dan pendapatan.

Mungkin ada yang mahu menjawat jawatan kerajaan tapi tidak tahu bagaimana. 

Di sini kami kongsikan panduan langkah-langkah mendaftar, memohon dan menyemak Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i):

Pendaftaran Akaun Baru SPA8i

  • Layari laman web pendaftaran SPA8i

Klik di sini atau layari http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i untuk pautan langsung ke sistem pendaftaran.

  • Pilih Server 1 atau 2
suruhanjaya perkhidmatan awam spa8i

Pastikan anda menggunakan Google Chrome atau Internet Explorer 10 ke atas untuk membuat pendaftaran SPA8i.

  • Tekan ‘Daftar Akaun Baru’
spa8i login masuk
  • Masukkan maklumat anda yang diperlukan dan tekan ‘DAFTAR’
  • Tekan ‘OK’ sekiranya maklumat anda telah diisi dengan betul
  • Akaun anda berjaya didaftarkan.

Permohonan Jawatan Kerajaan SPA8i

  • Log masuk ke sistem SPA8i

Selepas berjaya mendaftarkan diri di sistem SPA8i, anda perlu log masuk ke sistem tersebut untuk memulakan pendaftaran. 

Masukkan MyID dan kata laluan anda dan tekan ‘Log Masuk’.

Terlupa kata laluan?

Klik ‘Lupa Kata Laluan’.

Masukkan MyID anda dan tekan ‘Reset Kata Laluan’

Jawab soalan-soalan mengenai butiran peribadi anda untuk mengakses.

Tetapkan kata laluan baru dan tekan ‘Set Semula Kata Laluan’

Kata laluan anda berjaya dikemaskini. 

  • Isikan maklumat di bawah tab MAKLUMAT PEMOHON dan tekan ‘SIMPAN’
  • Seterusnya, isi MAKLUMAT AKADEMIK anda dan tekan ‘ SIMPAN’
  • Isi MAKLUMAT KO-KURIKULUM anda dan tekan ‘SIMPAN’

Sekiranya tiada maklumat, sila pilih ‘Tiada Ko-kurikulum’.

  • Masukkan MAKLUMAT TAMBAHAN dan tekan ‘SIMPAN’

Sekiranya tiada maklumat, sila pilih ‘Tiada Maklumat Tambahan’.

  • Tekan tab JAWATAN DIPOHON dan pilih jawatan yang ingin dipohon

Senarai jawatan yang boleh dimohon telah disediakan. Jawatan yang anda pilih perlulah berada di dalam kotak di sebelah kanan.

HOT  Tadarus di Ramadan: Sambungan Istimewa Sepanjang Bulan Suci

Anda boleh memilih maksima 5 jawatan sahaja atau kurang dari 5.

  • Pilih Pusat dan Sesi Temuduga yang boleh dihadiri oleh anda dan tekan ‘SIMPAN’
  • Tekan tab PENGAKUAN PEMOHON
  • Semak semula maklumat peribadi yang telah anda isi sebelum menghantar maklumat kepada SPA.

Semakan ini penting bagi memastikan anda tidak menghantar maklumat yang salah dan meningkatkan peluang permohonan anda diterima.

  • Tandakan kotak ‘Saya setuju’ sebelum menekan butang ‘HANTAR’

Kotak ini harus ditanda. Jika tidak, pendaftaran dan permohonan anda tidak diterima. 

  • Slip Akuan Pendaftaran Permohonan dipaparkan

Jika anda dapat melihat paparan ini, tahniah! Anda berjaya memohon jawatan kerajaan yang anda idamkan. 

Seterusnya?

Cara Menyemak Maklumat Permohonan Jawatan Kerajaan SPA

  • Selepas semua langkah tersebut, pilih ‘Resume’ di bawah tab ‘PENGAKUAN PEMOHON’.
spa8i semakan temuduga
  • Semak semula maklumat-maklumat yang telah dihantar kepada SPA.

Jika anda mendapati ada maklumat yang salah di dalam resume tersebut, hubungi SPA di hotline mereka:

Hotline SPA : 03 – 8885 6000

  • Untuk keluar dari sistem, tekan ‘Keluar’
spa8i soalan lazy

(Sumber gambar-gambar: Youtube SPAJPM)

Pendaftaran dan permohonan SPA8i yang berjaya

Selesai semuanya, kini anda hanya perlu menunggu keputusan permohonan anda. 

Perlu diingatkan bahawa tempoh sah laku pendaftaran calon adalah terhad kepada satu tahun sahaja. 

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat di sini. Anda boleh mengemaskini atau menyemak SPA8i anda pada bila-bila masa sahaja melalui sistem automatik 24 jam ini.

Anda juga akan dihubungi oleh SPA untuk lain-lain urusan yang berkenaan.

Calon yang terbaik dan melepasi syarat akan dipanggil untuk temuduga. 

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa memohon, sila rujuk manual pengguna ini.

Semoga berjaya mendapatkan jawatan yang diidamkan! 

Baca: 3 Langkah Mudah Cetak Penyata KWSP

HOT  Pemeriksaan Kesihatan: Menggalakkan Gaya Hidup Sihat