semakan ptptn
Advertisement

Semua yang anda perlu tahu tentang semakan PTPTN ada di sini.

Ia merupakan panduan lengkap bagi anda yang telah membuat permohonan pinjaman pelajaran dan ingin membuat semakan PTPTN.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk membuat semakan secara online.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Sebelum itu…

Apa Itu PTPTN?

PTPTN merupakan pinjaman pelajaran yang disediakan bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran.

Ia bagi lepasan persekolahan, sama ada di peringkat  diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana (master) atau PHD.

Mengikut perjanjian, peminjam perlu membuat pembayaran balik setelah tamat pengajian.

Terdapat kaedah bayaran balik kepada peminjam dengan penjadualan semula Jadual Bayaran Balik.

Ini bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

PTPTN Blacklist

Jabatan Imigresin telah mengeluarkan senarai hitam bagi peminjam yang mempunyai tunggakan PTPTN.

Sekatan ini dilihat menghalang individu itu untuk memperbaharui passport dan ke luar negara.

Namun, sekatan ini telah ditarik balik oleh kerajaan baru Pakatan Harapan.

Mereka telah memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam-peminjam ini.

Namun, hutang tetap perlu dibayar juga.

Sekiranya anda tidak tahu berapa jumlah tunggakan yang tinggal dan jumlah pembayaran semula, anda boleh melayari PTPTN online.

Di dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan cara-cara untuk buat semakan PTPTN dengan betul.

Ada 2 bahagian; semakan status permohonan dan semakan penyata baki pinjaman.

Bagi mereka yang belum membuat permohonan, anda boleh memohon pinjam PTPTN di sini: Permohonan Online PTPTN.

1. Semakan Status Permohonan Pinjaman

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan PTPTN – “status permohonan” secara atas talian (online).

  1. Klik Masuk ke portal PTPTN di sini: Status Permohonan Pinjaman
  2. Masukkan no. kad pengenalan serta kata laluan.
Semakan PTPTN: Login Check Status Permohonan PTPN

Status permohonan akan di paparkan selepas login details di atas.

HOT  Beli Kereta Recond Toyota Vellfire dan Alphard

Pemohon yang telah berjaya boleh terus memohon Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

WPP adalah wang pendahuluan sebanyak RM1500 yang diberikan PTPTN kepada pemohon sebagai bantuan untuk menyediakan kelengkapan untuk memasuki pusat pengajian mereka.

2. Semakan PTPTN: Penyata Baki Pinjaman

Bagi mereka yang ingin membuat semakan PTPTN – “penyata baki pinjaman”, terdapat dua cara yang boleh di lakukan:

Semakan di atas talian atau melalui system pesanan ringkas (SMS).

  1. Log masuk di link ini: Baki Penyata Peminjam PTPTN. Masukkan no. kad pengenalan serta kata laluan.
  2. Klik di pautan (link) sebelah kiri yang bertulis pernyata baki. Statistik baki pinjaman anda akan di paparkan untuk anda semak.
Semak Penyata Baki PTPTN

Untuk semakan baki penyata pinjaman melalui sms, anda boleh mengikuti langkah ini:

Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN dan hantarkan 15888. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20

Bagi para peminjam yang menghadapi masalah blacklist PTPTN (CCRIS dan Imegresen) akibat tidak melakukan pembayaran atau terlewat melakukan pembayaran, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk menyelesaikan masalah blacklist PTPN di dalam artikel seterusnya.

Follow OnTrenz untuk artikel yang trending dan bermaanfaat.

Sila share artikel ini di wall Facebook anda jika anda rasa ia bermanfaat dan boleh membantu anda, kawan-kawan atau keluarga anda.

Dah graduate? Nak belajar cara hasilkan resume yang berkesan?

Check link ini: Contoh Resume Yang Power Untuk Dapatkan Kerja.