forex trading

Bila bercakap mengenai forex trading, ramai yang dah terbayangkan kemanisan dalam trade Forex ini. Ditambah pula dengan post-post dari media sosial mengenai kebebasan wang ringgit dan masa melalui platform forex, ia membuatkan ramai yang teringin mencubanya.

Namun untuk pengetahuan anda sebenarnya seramai 95% akan gagal dalam forex pada fasa 6 bulan pertama.

Ini membuktikan sebenarnya ramai orang yang gagal dalam forex. Apa yang anda perhatikan di media sosial itu hanya 5% sahaja yang berjaya buat duit dengan pelaburan ini.

Berikut adalah 5 sebab yang membuatkan trader yang baru bermula dalam forex ini gagal dalam trading mereka:

1. Modal Yang Tidak Sesuai

Sebenarnya pemilihan modal yang sesuai sangat penting dan memberikan kesan dalam trading anda.

Sekiranya anda tersilap meletakkan modal yang sesuai, anda akan cepat kerugian.

Modal bergantung kepada sebanyak mana anda sanggup menghadapi risiko kerugian. Lagi besar modal, lagi tinggi risiko menanggung rugi.

2. Pemilihan Teknik Yang Salah

Di antara kunci kejayaan dalam forex trading ni adalah strategi dan teknik. Sekiranya tersalah memilih teknik yang sesuai dengan diri anda, anda berisiko untuk menghadapi kegagalan dalam forex.

Selain itu, masalah trader di luar sana adalah tidak fokus dengan satu teknik. Mereka terlalu mengejar bermacam-macam teknik yang boleh cepat dapat keuntungan.

Hakikatnya, semua teknik forex ini ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi anda perlu luangkan sedikit masa untuk mengenalpasti apakah kekuatan dan kelemahan teknik yang anda gunakan.

3. Menggunakan Khidmat Broker Yang Tidak ‘Regulated’

Memilih broker yang tidak dikawal selia oleh peraturan boleh mengundang masalah kepada anda.

Dari segi maksud, broker adalah orang tengah yang membantu anda untuk melakukan pelaburan forex. Ia ibarat kereta yang membawa pemandu (trader) untuk mencapai kejayaan dalam forex.

Apabila anda memilih broker yang sesuai, wang anda sudah selamat untuk urusan deposit wang yang diperlukan untuk memulakan pelaburan.

Sebaliknya kalau anda menggunakan khidmat broker yang diragui dan tidak dikawal selia, ia akan menyusahkan anda; wang susah untuk deposit, akaun lambat buat dan sebagainya.

Sedangkan ketika trade ini, emosi perlu dikawal dan fikiran tenang.

4. Ada Sikap Tamak

Anda perlu mengelak daripada mempunyai sikap tamak sekiranya anda ingin menjadi pelabur yang bagus. Sikap tamak merupakan antara punca yang menyebabkan anda gagal dalam forex dan menghadapi ‘loss’ yang berpanjangan.

Apabila tamak menguasai diri, anda akan hilang pertimbangan diri.

Contohnya anda sudah dapat banyak keuntungan dalam beberapa minit. Namun oleh kerana anda ternampak ada trade lain yang baru dibuka dan ingin membuat trading, anda tiba-tiba rugi.

Situasi lain:

Anda masuk trade tapi semua lot-lot trading besar-besar.

Akibatnya? Mungkin anda akan untung besar atau akaun margin call jika nasib tidak menyebelahi anda.

5. Gagal Dalam Mengawal Emosi

Seperti yang diperkatakan tadi, hukum untuk trading forex bukannya teknik dan strategi: ianya adalah pengawalan emosi.

Ini 70% keputusan untuk masuk ‘entry’ adalah bergantung kepada emosi anda.

Bayangkan kalau anda trade dalam keadaan stres dan penuh dengan masalah, pastinya anda akan membuat keputusan yang terburu-buru.

Walaupun hari ini anda masih menghadapi ‘loss’ atau rugi, ianya tidak akan selamanya begitu sekiranya anda ingin membuat perubahan dalam diri.

Jadikan kegagalan anda sebagai pendorong untuk anda mencapai kejayaan manis dalam forex. Pergilah menimba ilmu berkaitan forex trading ini. Bila ada ilmu yang betul, baru anda lebih yakin untuk trade! Tiada lagi asyik langgar dinding sahaja1

Oh ya! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Forex serta ingin mendapatkan khidmat broker, saya cadangkan anda menggunakan khidmat Weltrade Secure Broker ini. Sangat dicadangkan dan dipercayai!

 Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada anda. Didoakan anda dapat konsisten dalam trade dan mampu menjana keuntungan yang konsisten. Selamat berjaya!