mudah

Antara sedar atau tidak, kita sedang berada dalam 4 bulan terakhir untuk tahun 2021. Tetapi isu penipuan dalam dunia perniagaan masih lagi terjadi. Isu ini acap kali terjadi di sebuah platform perniagaan iaitu Mudah.com.

Platform perniagaan tersebut memberi peluang kepada kita untuk melakukan aktiviti perniagaan. Segala urusan jual beli boleh diselesaikan dengan menggunakan platform yang sama sahaja.

Namun, terdapat pihak yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang telah disediakan. Siapa lagi kalau bukan scammer?

Buat anda yang suka membeli-belah atau baru berniaga secara dalam talian, pastikan anda bukan mangsa yang terjerat dengan penipuan dalam platform itu!

Ramai pengguna Mudah.com yang terjerat dalam penipuan atau scam ketika berurusan untuk berjual-beli. Seperti yang dinyatakan di atas, penipuan ini boleh terjadi samada kepada penjual atau pembeli.

mudah

Agak sukar untuk anda tentukan sama ada anda berurusan dengan orang yang betul atau seorang scammer di Mudah.. Bagaimana alasan lemah seperti itu boleh dijadikan sebagai tipu helah?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik-teknik penipuan yang sering dilakukan oleh scammer.

Teknik Scammer Mudah Menjerat Mangsa

mudah

Tahukah anda, ada scammer yang menggunakan emosi untuk menipu mangsa?

Anda mungkin berasa hairan, bagaimana emosi digunakan dalam situasi berurusan jual beli ini?

Sedikit penjelasan akan dihuraikan dalam artikel ini i supaya anda lebih berhati-hati  berurusan di Mudah.com.

Scammer Yang Menyamar Sebagai Penjual

Dalam situasi biasa, penjual selalunya akan meletakkan gambar menarik beserta butiran penting berkenaan item tersebut.

Pembeli yang berminat untuk membeli akan menghubungi penjual, kemudian apabila pembayaran sudah dibuat, penjual akan menghantar item berikut.

Malangnya, jika pembeli berurusan dengan scammer, setelah membuat pembayaran, barang tersebut tidak akan sampai pun!

Pertama sekali, mengapa iklan item scammer nampak lebih menarik untuk dibeli mungkin kerana harga yang ditawarkan ‘lebih berbaloi’.

HOT  Cara Mudah Guna Touch N Go E-Wallet

Tetapi lepas membuat pembayaran, bukan sahaja barang tak sampai, malah pembeli sudah di-block.

Sahlah, pembeli sudah ditipu!

mudah

Scammer telah memanipulasi pembeli dari segi emosi untuk mendapatkan item berikut dengan harga yang lebih ‘murah’.

Scammer Yang Menyamar Sebagai Pembeli

Selalunya penjual menjual barang untuk mendapatkan wang sebagai pulangan.

Datang pula scammer yang menyamar sebagai pembeli.

Si scammer akan menghubungi si penjual seperti pelanggan yang lain. Pada awalnya, ia nampak normal.

Scammer kadang-kadang akan membeli dalam kuantiti yang besar atau membelli barang dengan harga yang mahal untuk memanipulasi pembeli.

Bagaimana?

Siapa sahaja sebagai penjual akan melihat jumlah pembelian itu sebagai untung. Betul kan?

Kemudian scammer akan meminta maklumat email seller untuk tujuan memberikan resit.

Tapi apa yang seller akan dapat? Email seakan auto-generated message daripada bank internasional.

Mereka akan memberikan alasan yang mereka menggunakan bank internasional kerana mereka ‘out-station’.

Kandungan mesej tersebut selalunya mengatakan duit yang dihantarkan tersekat di bank. Untuk mengeluarkan duit itu, penjual perlu menghantar beberapa jumlah kepada bank itu.

Ataupun ‘pihak bank’ akan meminta beberapa maklumat daripada penjual.

Maklumat seperti gambar IC, kad bank dan sebagainya.

Scammer akan mengatakan ini adalah prosedur yang perlu dilakukan kerana transaksi wang tersebut kononnya transaksi internasional.

Disebabkan itu, ‘status bayaran’ daripada pihak scammer akan dikenal pasti sebagai tidak lengkap (pending).

Ada juga scammer yang ‘membayar’ lebih daripada harga sebenar dan meminta penjual untuk membayar kembali wang lebihan tersebut.

Sedangkan, scammer tidak menghantar langsung wang. Kemudian dia akan terus mendesak untuk mendapatkan wang baki. Malah menuduh penjual sebagai scammer pula.

Tuduhan tersebut ditambah dengan ugutan seperti membuat laporan ke pihak polis atau akan menularkan perniagaan penjual.

HOT  SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Penjual yang panik pasti akan mengikut sahaja arahan scammer. Tahu-tahu saja, duit mereka sendiri lesap dari akaun bank!

Scammer boleh menjadi sangat licik untuk menipu.

Jelas dalam situasi ini, scammer memanipulasi emosi penjual untuk mendapatkan untung dan emosi takut penjual apabila kononnya berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Cara Semak Skim Scammer

mudah

Sekiranya anda berdepan situasi sebegini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah simpan maklumat yang diberikan oleh scammer.

Maklumat penting seperti nombor telefon, auto-generated message dan nombor akaun bank scammer.

Kemudian anda boleh buat semakan di laman portal CCID. CCID ialah portal rasmi Skim Penipuan Secara Online di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat seperti nombor telefon atau nombor akaun untuk pengesahan identiti si scammer.

Seterusnya, anda perlu block nombor telefon scammer sebagai langkah berjaga-jaga. Anda juga boleh membuat laporan di aplikasi Mudah.com atau pihak berkuasa tentang penipuan ini.

Sekiranya anda membuat laporan kepada pihak berkuasa, tunjukkan segala maklumat yang anda telah simpan sebagai bukti utama.

Apakah Yang Anda Perlu Buat Jika Ditipu Scammer Mudah?

mudah

Selepas anda mengenal pasti bahawa penjual atau pembeli di Mudah.com ialah scammer, anda boleh membuat laporan di laman web Pusat Bantuan Cyber999.

Pusat Bantuan Cyber999 ialah portal yang dikendali oleh MyCERT (Malaysia Computer Emergency Response Team). Ia adalah pusat untuk memastikan keselamatan mereka yang terkena dalam kes penipuan di alam maya.

Di portal ini anda boleh buat secara:

  1. Mengisi borang secara dalam talian
  2. Email ([email protected])
  3. Menerusi telefon (1-300-88-2999/ 019 2665850)
  4. Aplikasi Cyber999

Ingat.

Penipuan di alam maya juga merupakan satu jenayah. Ia dipanggil sebagai jenayah siber. Jadi, jangan teragak-agak untuk membuat sebarang laporan jenayah siber kepada pihak berkuasa.

HOT  Review Caliburn Pod dan NanoSTIX Pod di Malaysia

Tips Elakkan Diri Anda Dari Ditipu Di Mudah

Sebagai pengguna Internet, pastinya anda ada menerima iklan atau link Mudah.com. Tidak dinafikan ada sesetengah iklan dan link Mudah.com nampak mencurigakan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak menekan iklan ataupun link tersebut. Terutamanya, apabila anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi seperti nombor akaun bank.

Untuk ini, anda boleh rujuk secara langsung ke bank anda dan bukannya iklan atau link yang tiada pengesahan.

Selain itu, elakkan daripada menekan email yang mencurigakan diberi oleh scammer. Ini kerana mereka boleh mendapat akses kepada nombor bank, kad pengenalan dan sebagainya.

Mereka juga akan menggunakan virus untuk menggodam komputer atau alat elektronik anda. Maka pastikan peralatan elektronik anda mempunyai aplikasi anti-virus software.

Meskipun kita sekarang hidup pada tahun 2021, kita perlu lebih peka dan berhati-hati akan jenayah siber. Ini kerana jenayah siber agak sukar dikesan dan berkemungkinan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Semakin canggih teknologi dan aplikasi, semakin tinggi peluang scammer menggunakan tipu helah untuk mengenakan si mangsa.

Mereka boleh mendapatkan maklumat peribadi serta akses kepada peralatan elektronik anda melalui aplikasi, link dan email yang anda gunakan.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan sebarang pengiklanan yang anda terima di telefon pintar mahupun di Internet.

Pastikan anti-virus software anda sentiasa dikemas kini pada setiap masa. Anda boleh dapatkannya di Apps Store; Play Store dan iOS.

Anda juga boleh mendapatkan saranan platform membeli-belah yang lebih baik dan selamat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Anda juga boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan info lain berkenaan platform beli-belah atas talian:

  1. https://www.setiagroceronline.com/8-online-shopping-platform-terbaik-di-malaysia/
  2. https://www.imoney.my/articles/online-shopping-guide-malaysia/best-online-shopping-sites