belajar luar negara
Advertisement

Adakah anda mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor dan dapat belajar di luar negara? Terdapat banyak laluan untuk anda sambung belajar selepas SPM di dalam bidang perubatan universiti luar negara.

Namun, sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat di universiti pilihan anda, jangan risau. Sebenarnya terdapat cara tertentu yang anda boleh ikuti untuk belajar di luar negara di dalam bidang perubatan. 

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang laluan menjadi doktor di luar negara serta agensi yang dapat membantu merealisasikan impian anda ini.

Teruskan membaca.

Kelebihan Belajar Di Luar Negara

belajar luar negara

Belajar bidang perubatan di luar negara merupakan impian bagi kebanyakan pelajar di luar sana. 

Tahukah anda negara seperti Mesir dan Bangladesh merupakan pilihan ramai pelajar perubatan?

Mari kita lihat kelebihan-kelebihan belajar oversea.

  1. Yuran Rendah

Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan negara yang menawarkan bidang perubatan menelan kos yang besar.

Namun sesetengah negara seperti Mesir dan Bangladesh menawarkan kos yang rendah untuk pelajar belajar bidang perubatan.

Jika nak dibandingkan dengan IPTS tempatan, kos pengajiannya adalah sangat berpatutan.

  1. Kos Sara Hidup Rendah

Kita sering dengar pelajar terpaksa membuat kerja sambilan untuk menyara kos sara hidup sahaja di negara Eropah seperti di United Kingdom.

Namun, kos hidup di negara-negara seperti Mesir dan Bangladesh adalah murah berbanding tempat-tempat lain.

  1. Negara Islam

Sebagai pelajar Muslim, belajar di luar negara terutama di negara-negara Barat boleh menjadi sukar.

Antara cabaran yang perlu dilalui adalah soal makanan halal dan juga gaya hidup masyarakat di sana.

Oleh itu, pemilihan negara Islam sebagai tempat belajar jurusan perubatan adalah merupakan pilihan yang tepat dan bijak. 

  1. Ramai Rakyat Malaysia
HOT  Perbezaan Di Antara Insurans Nyawa dan Insurans Kesihatan Yang Anda Perlu Ketahui

Anda tidak perlu risau jika menghadapi kesukaran dengan kehidupan di sana.

Di negara seperti Mesir, Indonesia, dan Brunei, terdapat ramai pelajar dari negara kita.

Anda boleh berkenal-kenalan dengan mereka dan juga berkongsi kesukaran semasa di sana. 

  1. Bahasa Ketiga

Berminat untuk belajar bahasa baharu? Inilah peluang terbaik untuk anda melakukannnya.

Bukan itu sahaja, anda akan dapat menggunakan dan praktis bahasa baharu yang anda pelajari untuk bertutur dengan penduduk tempatan negara itu.

Laluan Untuk Menjadi Doktor Dengan Belajar Ke Luar Negara

Sebelum anda berfikir untuk menyambung pengajian di luar negara, terdapat laluan yang harus anda lalui. Antaranya ialah:

  1. Matrikulasi

Jika anda berazam untuk belajar di luar negara, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya keputusan minimum seperti dibawah:

CGPA 3.0 dalam Fizik, Kimia, dan Biologi.

Anda juga perlu dapat minimum band 3 untuk MUET.

  1. Asasi Sains

Jika anda mengambil kursus ini, anda perlu mendapat keputusan minimum iaitu:

CGPA 3.0 dalam Kimia, Biologi, Fizik/Matematik.

Untuk MUET pula, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya band 3.

  1. STPM

Anda perlu berada dalam aliran Sains jika hendak mengambil bidang perubatan nanti.

Anda perlu mendapat sekurang-kurangnya mendapat gred BBB, ABC atau AAC.

Subjek-subjeknya adalah Biologi, Kimia, Fizik/Matematik. Untuk Pengajian Am, gred C sudah memadai.

Band 3 merupakan minimum untuk MUET.

  1. A-Level

Matapelajaran yang harus anda beri perhatian ialah Kimia, Biologi dan Fizik/Matematik. Selain itu, terdapat juga subjek sokongan iaitu Psikologi.

Gred minimum adalah BBB, ABC atau AAC.

  1. Diploma

Mengambil diploma juga merupakan salah satu pilihan yang anda boleh ambil.

Anda hanya perlu cemerlang dalam subjek Kimia, Biologi, Matematik, dan Psikologi.

Tips Untuk Belajar di Negara Luar

Belajar di luar negara memerlukan persediaaan yang rapi supaya anda tidak menghadapi kesukaran kelak.

HOT  Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebas atau Kesemutan (Paresthesia)?

Berikut merupakan tips-tips kami untuk anda:

  1. Memastikan dokumen-dokumen disediakan

Anda kena pastikan pasport, visa, dan dokumen-dokumen yang mustahak telah tersedia.

Simpan di tempat yang anda boleh ingat. Ini merupakan keutamaan anda di sana.

  1. Wang

Untuk ke luar negara, anda perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk menampung diri anda di sana.

Pastikan anda menukar kepada mata wang yang anda tuju.

  1. Keselamatan

Ini merupakan aspek yang sangat penting terutama di negara luar.

Sebagai penuntut di luar negara, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti:

  • Tambah kenalan ICE
  • Mengetahui nombor kecemasan tuan rumah
  • Dapatkan insurans

Bolehkah Ke Luar Negara Untuk Sambung Belajar?

Pada waktu sekarang, pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu mengemukakan bukti seperti kad pelajar dan surat tawaran. 

Tambah beliau, pelajar dan pengiring yang pulang ke Malaysia pula perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Cara Sambung Belajar Jurusan Perubatan dan Pergigian Menggunakan Keputusan SPM

Tahukah anda dengan keputusan SPM sahaja, anda boleh sambung belajar ijazah sarjana muda?

Di IPTA di Mesir, anda boleh ambil jurusan perubatan dan pergigian di Alexandria University di Mesir.

Tempoh pengajian 5 tahun termasuk teori dan klinikal.

Jika anda berminat untuk menjadi doktor sebaik sahaja SPM tamat, Alexandria University inilah pilihan terbaik untuk anda.

Kesimpulannya, ramai pelajar berkeinginan untuk sambung belajar di luar negara.

Namun, banyak perkara yang anda harus pertimbangkan sebelum membuat keputusan tersebut.

Berminat untuk belajar di luar negara? Zara Zakiah adalah agensi yang menguruskan pendaftaran dan penempatan pelajar yang ingin menyambung pengajian lepasan SPM di luar negara.

HOT  Doktor Veterinar Malaysia: Peluang Kerjaya Lumayan Sebagai Doktor Haiwan

Kami menawarkan program di 4 buah negara iaitu Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Rusia.

Bidang-bidang yang kami tawarkan:

  • Perubatan
  • Veterinar
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Farmasi
  • Pengajian Islam

Dengan harga yang sangat berpatutan, anda boleh memenuhi impian anda untuk belajar medic di luar negara.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.