sakit telinga

Seiring dengan keperluan telefon pintar di arus teknologi hari ini, penggunaan earphone telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian, terutamanya dalam kalangan golongan muda. Ia boleh didapati dalam bentuk berwayar dan tanpa wayar (wireless) yang mana sering digunakan sama ada untuk mendengar muzik, menonton video, atau berbual melalui telefon. Namun, pemakaian earphone terlalu lama boleh membawa pelbagai keburukan kepada telinga dan kesihatan pendengaran.

5 Kesan Buruk Penggunaan Earphone Terlalu Lama

1. Risiko Kehilangan Pendengaran

Salah satu keburukan utama memakai earphone terlalu lama ialah risiko kehilangan pendengaran. Bunyi yang terlalu kuat dan diperdengarkan secara langsung ke dalam telinga boleh merosakkan sel-sel rambut halus dalam koklea, bahagian dalam telinga yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat bunyi ke otak. Kerosakan ini sering kali tidak dapat dipulihkan dan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran secara kekal. Menurut pakar, mendengar muzik pada volume lebih dari 85 desibel untuk tempoh yang lama boleh meningkatkan risiko ini.

2. Jangkitan Telinga

Pemakaian earphone yang berterusan juga boleh menyebabkan jangkitan telinga. Ini kerana earphone boleh memerangkap kotoran dan bakteria di dalam telinga. Tambahan pula, jika earphone digunakan oleh lebih dari satu orang tanpa dibersihkan, risiko penyebaran bakteria dan jangkitan telinga adalah lebih tinggi. Jangkitan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan, sakit telinga, dan dalam kes yang serius, masalah pendengaran yang berpanjangan.

3. Tinnitus

Tinnitus adalah keadaan di mana seseorang mengalami bunyi berdengung atau berdesing di dalam telinga tanpa adanya sumber bunyi dari luar. Penggunaan earphone dengan bunyi yang kuat untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan tinnitus. Keadaan ini boleh mengganggu kualiti hidup seseorang kerana bunyi berdengung yang berterusan boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur, menumpukan perhatian, dan menyebabkan tekanan mental.

HOT  Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Petak Di Selangor?

4. Kehilangan Kepekaan Bunyi

Penggunaan earphone yang berlebihan juga boleh mengurangkan kepekaan telinga terhadap bunyi-bunyi halus. Ini bermakna seseorang mungkin akan mengalami kesukaran untuk mendengar bunyi-bunyi yang rendah atau berbicara dalam nada yang perlahan. Kehilangan kepekaan ini boleh menjejaskan komunikasi harian dan kualiti hidup secara keseluruhan.

5. Masalah Keseimbangan

Telinga dalam juga berfungsi untuk membantu keseimbangan tubuh. Penggunaan earphone yang berterusan dengan bunyi yang kuat boleh menjejaskan fungsi ini, menyebabkan seseorang merasa pening atau mengalami masalah keseimbangan. Ini boleh meningkatkan risiko terjatuh dan kecederaan, terutamanya dalam kalangan orang yang berumur.

Cara Mencegah Keburukan Ini

Untuk mengelakkan keburukan ini, beberapa langkah pencegahan boleh diambil:

1. Bataskan Masa Penggunaan: Hadkan penggunaan earphone kepada tidak lebih daripada satu jam pada satu-satu masa dan beri rehat kepada telinga selepas itu.

2. Kurangkan Volume: Pastikan ia tidak terlalu kuat. Gunakan “rule 60/60”, iaitu mendengar muzik pada 60% daripada volume maksimum selama tidak lebih daripada 60 minit.

3. Gunakan Earphone Berkualiti: Pilih earphone yang berkualiti tinggi dengan ciri pembatalan bunyi seperti ANC (Active Noise Cancellation) untuk mengurangkan keperluan mendengar pada volume yang tinggi.

4. Bersihkan Earphone: Kerap membersihkan earphone untuk mengelakkan pengumpulan kotoran dan bakteria.

BACA ARTIKEL SETERUSNYA

Kesimpulannya, sementara penggunaan earphone memberikan banyak kemudahan, penting untuk menggunakannya dengan bijak dan berhemah. Membuat pemeriksaan telinga dan cuci telinga di klinik merupakan langkah maksimal yang membantu melindungi kesihatan pendengaran dan mencegah kesan buruk jangka panjang kepada telinga.