Ketika perut mendendangkan bunyi keroncong lapar, tapi anda pula sibuk dengan kerja di ofis dan tempat makan jauh 10 km…
Siapa yang anda panggil?
Bagi rakyat marhaen metropolitan atau yang baru nak up, capai sahaja smartfon canggih kat sebelah anda tu.
Buka dan cari gambar binatang ni.
Kalau jumpa, terus tekan app Foodpanda. Jumpa tak?
Mari baca review saya tentang app ini (saya tulis ni pun ketika lapar tunggu order Foodpanda Malaysia).
Foodpanda Yang Bukan Jual Panda
Foodpanda merupakan sebuah syarikat penghantaran bagi warga kota terutamanya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Melaka, Ipoh serta bandar besar yang lain.
Syarikat ini menawarkan khidmat penghantaran makanan yang pantas bagi warga kota yang tidak mempunyai masa untuk keluar membeli makanan.
Anda boleh pesan makanan melalui aplikasi mudah alih “Foodpanda” di smartfon anda. Pesanan yang diterima kemudiannya dihantar kepada kedai makanan untuk diproses sebelum riders mereka datang mengambil makanan tersebut dan menghantar makan tersebut kepada pembeli.
Tahukah anda bahawa Foodpanda ditubuhkan oleh Ralf Wenzel, Rohit Chadda, Ben Bauer dan Felix Plog pada tahun 2012? Syarikat ini berasal dari Berlin, Jerman yang kini berurusan di 10 buah negara:
- Bangladesh
- Bulgaria
- Filipina
- Hong Kong
- India
- Malaysia
- Pakistan
- Romania
- Singapura
- Taiwan
- Thailand
Foodpanda di Malaysia
Foodpanda Malaysia telah memulakan operasi mereka sejak tahun 2012 lagi.
Walaupun anda mungkin tidak pernah menggunakan perkhidmatan mereka, tetapi anda mungkin pernah terlihat sticker logo mereka di kedai makan atau restoran yang menjadi partner mereka.
Foodpanda Malaysia beroperasi dari 10 AM hingga 11 PM setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Walaupun semasa waktu tutup, anda boleh menyemak restoran dan melakukan pesanan untuk keesokkan hari.
Cara Nak Guna App Foodpanda Delivery
Dengan teknologi sekarang, memesan dan menempah makanan dari aplikasi Foodpanda Malaysia agak mudah.
Pertama sekali, anda perlu memilih kawasan tempat tinggal anda atau tempat yang anda mahu pesanan anda di hantar.
Kemudian aplikasi ini akan akan memaparkan senarai restoran yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Anda kemudian dapat memilih senarai restoren berdasarkan jenis masakan dan ciri restoran lain seperti halal, vegetarian, organik dan lain-lain.
Setelah anda memilih restoren yang anda ingin membuat pesanan, anda akan dibawa ke menu di mana anda boleh memilih hidangan yang anda ingin order.
Jika anda berminat untuk membuat pesanan, anda boleh menekan butang “add to cart” dan “place order” untuk pihak Foodpanda proses pesanan anda.
Cara Bayaran
Setiap pesanan boleh dikenakan caj penghantaran sebanyak RM3 dan servis tax sebanyak RM1.25.
Namun begitu, pihak Foodpanda Malaysia sentiasa membuat promosi penghantaran percuma bagi beberapa kedai pilihan mereka.
Jika perlu membayar, anda boleh membuat pembayaran secara tunai, kredit/debit kad atau Online Banking.
- Cash on Delivery
Pilih “Cash on Delivery” di halaman checkout dan bayar kepada penghantar apabila menerima makanan.
- Credit/Debit Card
Pilih “Credit Card” di halaman checkout. Selepas memesan makanan, anda akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran melalui kredit kad ataupun debit kad. Selepas pembayaran telah selesai, pesanan anda akan dihantar ke restoran tersebut.
- Online Banking
Pilih “Online Banking” di halaman checkout. Selepas memesan makanan, anda akan dibawa ke laman web bank pilihan anda untuk membuat pembayaran. Selepas pembayaran telah selesai, pesanan anda akan dihantar ke restoran tersebut.
Makanan anda biasanya akan sampai sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hingga 40 minit. Sebaik sahaja pesanan itu disahkan, anda akan menerima mesej teks pada telefon anda yang mengesahkan pesanan itu.
Pro’s & Con’s Foodpanda Malaysia
Pros
Antara kelebihan menggunakan Foodpanda ialah kuantiti kedai makan atau restoran yang ditawarkan adalah lebih banyak berbanding perkhidmatan penghantaran makanan mudah lain.
Ia mempunyai senarai restoran yang luas untuk dipilih yang boleh memenuhi keperluan ramai pelanggan.
Selain itu, anda boleh memesan makan bukan sahaja di aplikasi telefon, tetapi melalui komputer juga. Ini boleh membuat pesanan makanan lebih cepat jika anda memang bekerja di hadapan komputer.
Tambahan pula, anda tidak perlu mempunyai akaun Foodpanda untuk memesan makanan.
Walaupun terdapat beberapa faedah yang anda dapat untuk memiliki akaun seperti menyimpan alamat anda supaya tidak perlu diisikan lagi, menjejaki makanan anda, etc; Foodpanda membenarkan pelanggan untuk membuat pesanan sebagai “Guest”.
Ini boleh menjimatkan banyak masa untuk sesiapa yang ingin memesan makanan dengan cepat.
Cons
Walaupun Foodpanda mempunyai banyak kelebihan berbanding perkhidmatan penghantaran makanan mudah yang lain, ia juga terdapat beberapa kelemahan dari beberapa segi aspek.
Contohnya, berbanding dengan perkhidmatan penghantaran makanan mudah lain, Foodpanda jarang menawarkan kupon jika menggunakan perkhidmatan mereka.
Ini boleh menyebabkan orang ramai tertarik kepada perkhidmatan penghantaran makanan yang lain.
Seterusnya, kepada sesiapa yang memilih “Cash on Delivery” sebagai kaedah pembayaran, anda mungkin akan menghadapi masalah di mana penghantar makanan tidak mempunyai tunai cukup untuk memberi baki.
Ini terbukti menjadi menyusahkan jika anda hanya ada RM20, RM50 atau RM100 dan memaksa pelanggan untuk membayar lebih daripada yang sepatutnya.
Ulasan
Kesimpulannya, saya akan terus menggunakan Foodpanda dan mencadangkan rakan-rakan dan keluarga saya untuk menggunakannya.
Memesan makanan di laman webnya merupakan mudah dan sesuai untuk sesiapa ingin menjimatkan masa.
Jika anda hendak menggunakan Foodpanda, pastikan anda menyedari kelemahannya supaya tidak mengalami pengalaman yang agak buruk seperti kekurangan kupon.
Memang ada perkhidmatan penghantaran makanan mudah yang lain, dan menyediakan tunai kecil untuk membayar makanan anda jika memilih kaedah pembayaran “Cash on Delivery”.
Anda boleh melawat Foodpanda di https://www.foodpanda.my/
Jika anda menghadapi sebarang masalah, laman web Foodpanda mempunyai bahagian bantuan yang luas untuk memanggilnya.
Ok, order makanan saya dah sampai. Apa-apa pun, kita makan dulu!
Kredit Gambar & Info : Foodpanda, ecInsider, Branding Singapore, The Malaysian Reserve