Pada 6 Oktober yang lepas, FIFA 21 telah secara rasminya dikeluarkan dengan beberapa pembaharuan.
Game ini sangat popular di serata dunia terutama sekali dalam kalangan kaki-kaki bola.
Di Malaysia, anda boleh mendapatkan game ini sekitar RM200 untuk PS4, Xbox One dan PC.
Namun, ramai masih tertanya-tanya sama ada berbaloi ataupun tidak untuk membelinya.
Dalam artikel ini, saya akan memberi ulasan mengenai siri FIFA pada tahun ini setelah hampir dua bulan bermain.
Apa Kelainan FIFA 21?
Dari segi gameplay, permainan di atas padang nampak semakin realistik. Jika anda pernah main FIFA 20 dan siri-siri yang sebelumnya, anda akan perasan beberapa perubahan.
Untuk melakukan hantaran, anda perlu memastikan posisi pemain anda berada di tempat yang betul.
Perkara seperti keadaan padang disebabkan cuaca memainkan peranan yang besar dalam menentukan pergerakan bola.
Contohnya, kalau cuaca hujan, pergerakan bola akan menjadi sedikit perlahan daripada cuaca yang biasa.
Hal ini kerana EA telah pun mengemaskini fizik bola dan menjadikan ia lebih realistik seperti perlawanan bola yang kita tengok di TV.
Namun, untuk hal-hal yang melibatkan pertahanan, saya dapati ia sangat mencabar.
Posisi dan pergerakan pemain pertahanan saya ketika diserang pemain lawan sangat meragukan. Jadi ini memaksa kita untuk melakukan defending secara manual hampir 100%.
Sekarang kita lihat pembaharuan kepada mod-mod yang ada di dalam game ini.
- FIFA 21 Career Mode
Ini merupakan single player mode yang sangat popular dalam kalangan pemain FIFA.
Anda boleh memilih karier sebagai manager ataupun player. Matlamat anda adalah untuk menjadi yang terbaik dalam industri bola sepak.
Sebagai seorang pengurus, anda boleh menguruskan perpindahan pemain, penetapan falsafah permainan serta juga taktikal pasukan.
Dengan manager mode, anda kini boleh jadi seorang jurulatih terkemuka seperti Pep Guardiola, Jurgen Klopp atau Jose Mourinho.
Di antara feature baharu yang menarik adalah paparan 2-D grafik perlawanan semasa bermain ala-ala game Football Manager.
Yang menariknya anda juga boleh mengawal pemain pada bila-bila masa sahaja semasa perlawanan dengan menekan butang ‘jump in’.
Anda juga diberikan kebebasan untuk menetapkan training pasukan serta, set piece, free kick dan sebagainya.
Untuk player mode pula, anda boleh menggunakan pemain sedia ada di dalam game ataupun mencipta pemain sendiri dengan menggunakan ‘create your own player’.
Yang menariknya, siri game pada tahun ini terdapat pemain yang mewakili Malaysia iaitu Luqman Hakim.
- Volta Football
Mod ini baru sahaja diperkenalkan pada FIFA 20 dan ini merupakan tahun keduanya.
Anda boleh bermain permainan seperti futsal dan 5v5 dan street football dalam mod ini.
Berdasarkan pemerhatian, Volta pada tahun ini terdapat perubahan yang positif dan menjadikan pengalaman bermain lebih seronok.
- FIFA Ultimate Team
Juga dikenali sebagi FUT, anda boleh lawan dengan pemain-pemain yang sebenar secara online.
Di sinilah anda boleh mencuba kebolehan dan keupayaan anda yang sebenar sebagai pemain FIFA.
Anda boleh membina skuad anda sendiri dengan bermain dan mendapat reward seperti kad-kad FUT pemain yang berkualiti.
Mod ini seringkali dilihat sebagai keutamaan EA kerana jumlah pemainnya yang ramai dan juga melibatkan ‘in-game purchase’.
Berbaloi Ke Nak Beli FIFA 21?
Setelah bermain hampir dua bulan, saya berpendapat memang anda patut membeli game ini jika anda merupakan pemain FIFA yang tegar.
Pembaharuannya mungkin tidaklah begitu besar namun ia memberi impak terhadap pengalaman bermain yang lebih realistik.
Selain itu, terdapat pembaharuan yang sangat menarik di dalam Mod-mod seperti career mode, volta dan FUT
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan console next-gen seperti PS5 dan Xbox Series X untuk bermain game ini.
Kalau anda dah lama tidak beli FIFA, ini merupakan masa yang terbaik untuk upgrade.
Namun, jika anda merupakan pemain kasual dan mempunyai FIFA 20 atau FIFA 19, simpanlah duit anda untuk perkara-perkara lain.
Tidak ada faktor ‘WOW’ tentang game ini pada tahun ini kerana ia seperti apa yang orang ramai jangkakan.
Jadi, secara keseluruhannya, pilihan ada di dalam tangan anda sama ada mahu membeli ataupun tidak.
Pada pandangan peribadi saya memberi rating 7/10 untuk FIFA 21.
Saya berharap siri yang akan datang akan memberi kejutan dan pembaharuan yang lebih menarik. Klik di sini untuk trailer FIFA 21.
Anda sedang mencari susu tepung penuh krim yang terbaik untuk bayi anda..? Boleh cuba ikhtiar jenama Puremil, ianya merupakan 100% susu tepung penuh krim dari New Zealand. Pilihan ibu bapa diluar sana.