Caliburn pod atau NanoSTIX pod?
Rokok elektronik direka sebagai salah satu alternatif yang lebih baik kepada perokok-perokok di luar sana. Antaranya adalah vape, pod caliburn, nanoSTIX dan lain-lain lagi.
Bukan sahaja ianya merupakan alternatif terbaik, ia juga lebih selamat dan jimat berbanding dengan rokok. Tambahan lagi, ia nya mempunyai pelbagai perasa yang ringan dan kuat.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pod caliburn dan perbezaannya dengan jenis yang lain, mari baca penulisan ini sehingga akhir.
Caliburn Pod
Caliburn pod adalah salah satu jenis e-cigarette kecil yang diciptakan untuk beroperasi pada kuasa rendah dengan gegelung rintangan yang tinggi.
Selain itu, caliburn pod direka untuk digunakan dengan e-liquid yang mengandungi kandungan nikotin yang lebih tinggi bagi mereka yang ingin mempunyai sensasi seperti merokok.
Tambahan lagi, bateri pod caliburn ini mempunyai 520mAh yang boleh di cas semula dengan port Mikro USB.
Selain itu, terdapat lampu penunjuk bateri menunjukkan level bateri yang tinggal supaya anda lebih peka untuk mengecas pod tersebut.
Akhir sekali, gegelung pod mempunyai ketahanan 1.4ohm yang seharusnya berfungsi dengan baik untuk e-liquid nikotin dan garam nikotin yang tinggi.
NanoSTIX
Seterusnya, nanoSTIX juga merupakan salah satu jenis rokok elektronik yang sering digunakan ramai perokok-perokok di luar sana sebagai alternatif untuk berhenti merokok.
Antara perisa-perisa yang sering menjadi pilihan ramai pengguna nanoSTIX adalah perisa-perisa manis seperti buah-buahan yang terdiri dari mangga, honeydew, dan lain-lain.
Terdapat dua jenis nanoSTIX yang boleh didapati iaitu perisa yang diperbuat dari propylene glycol (PG) dan vegetable glycerin (VG).
Bukan itu sahaja, dengan nanoSTIX, anda juga boleh mengawal kandungan nikotin yang diambil.
Sekiranya anda seorang perokok tegar dan ingin berhenti merokok, maka anda boleh mula dengan level nikotin yang tinggi dan kurangkan kandungan nikotin secara berperingkat.
Selain itu, nanoSTIX mempunyai jangka hayat bateri 350mAH yang boleh bertahan sekitar satu hingga satu setengah hari. bergantung kepada penggunaan anda.
Seterusnya, port pengecasannya juga boleh diakses oleh mana-mana USB mikro yang mudah diakses. Jadi, anda boleh mendapatkan port pengecasannya di mana-mana sahaja.
Ia juga mengambil masa selama satu jam sahaja untuk dicas dengan sepenuhnya.
Khuatir NanoSTIX pod anda akan meletup sekiranya dicaj terlalu lama? Jangan Risau!
NanoSTIX pod dilengkapi dengan pemotongan arus litar pintar yang mengahalangnya daripada meletup.
Selain itu, dengan setiap pembelian kotak permulaan NanoStix, anda akan mendapat sebatang NanoSTIX, pengecas USB, 3 NanoPods, buku panduan dan juga kad jaminan.
NanoSTIX juga boleh didapati dalam 4 bungkusan dengan kapasiti 1.5ml pada setiap katrij yang bersamaan dengan 30 batang rokok.
Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Anda?
Sekiranya anda masih keliru untuk memilih rokok elektronik yang terbaik untuk anda, usah bimbang, kedua-dua e-cigarette ini merupakan alternatif rokok yang bagus.
Walaupun fungsi kedua-duanya ada, terdapat kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.
Sekiranya anda menginginkan throat hit yang lebih kurang sama seperti ketika anda merokok, anda boleh mencuba nanoSTIX.
Ini disebabkan untuk mendapatkan throat hit dengan pod hanya bergantung kepada jenis flavournya. Jika flavour tersebut kuat, baru anda akan mendapat rasa throat hit tersebut.
Bukan itu sahaja, jika anda tidak gemar membawa flavour pod kemana-mana, kami sarankan untuk anda menggunakan nanoSTIX kerana anda tidak perlu tambah flavour dengan kerap.
Namun, sekiranya anda ingin mencuba pelbagai flavour, pod caliburn adalah pilihan yang sesuai bagi anda. Hal ini kerana, flavour nanoSTIX hanya terhad kepada 15 flavour sahaja.
Oleh itu, sebelum anda membuat pembelian, adalah disarankan untuk anda membuat kajian agar anda tidak menyesal di kemudian hari.
Pod caliburn atau nanoSTIX? Pilihan tersebut adalah di dalam tangan anda.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis rokok elektronik yang terdapat di dalam pasaran kini. Namun, yang sering menjadi pilihan ramai tentulah nanoSTIX dan caliburn pod.
Namun, sekiranya anda masih keliru dan tidak tahu sama ada anda menginginkan pod ataupun nanoSTIX, kami mencadangkan nanoSTIX.
NanoSTIX merupakan salah satu syarikat yang telah membekalkan rokok elektronik bukan sahaja di pasaran Malaysia, tetapi termasuk juga negara luar.
Anda boleh membuat pembelian secara langsung di kedai mereka yang terletak di Shah Alam ataupun anda boleh membuat pembelian secara online.
Mereka membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Jadi, anda tidak perlu risau tentang lokasi anda.
Bukan itu sahaja, NanoSTIX menawarkan pelbagai flavour yang menarik untuk anda pilih.
Berikut adalah senarai Flavour NanoSTIX kami:
- NanoPOD Mix Pod
- NanoPOD Tabac Classic
- NanoPOD Tabac Menthol
- NanoPOD Jackfruit Freezi
- NanoPOD Lychee Freezi
- NanoPOD Guava Freezi
- NanoPOD Coffee
- NanoPOD Coffee Hazelnut
- NanoPOD Graple
- NanoPOD Honeydew
- NanoPOD Strawberry Apple
- NanoPOD Strawberry Vanilla
- NanoPOD Banana Vanilla
- NanoPOD Bubblegum
- NanoPOD Apple Ice
- NanoPOD Grape Ice
- NanoPOD Orange Ice
- NanoPOD Lemonade Ice
Bagi mereka yang tidak pernah mengguna vape atau rokok elektronik, anda boleh dapatkan Starter Pack NanoSTIX kami yang harga serendah RM94.00!
Selain dari peranti NanoSTIX, kami juga akan memberi anda flavour Mix Pod Regular / Light untuk anda. Terdapat 8 pilihan warna NanoSTIX untuk anda iaitu:
- NanoSTIX Starter Pack Rainbow
- NanoSTIX Starter Pack Red
- NanoSTIX Starter Pack Purple
- NanoSTIX Starter Pack Aquamarine
- NanoSTIX Starter Pack Blue
- NanoSTIX Starter Pack Pink
- NanoSTIX Starter Pack Grey
- NanoSTIX Starter Pack Black
Selain itu, mereka juga menawarkan pakej permulaan bagi mereka yang masih lagi baru dan ingin mencuba nanoSTIX ini bagi memudahkan anda.
Tambahan lagi, peranti nanoSTIX mempunyai bateri dengan kapasiti 350mAh dengan penunjuk daya LED sehingga anda tidak perlu sentiasa mengecas nanoSTIX tersebut.
Selanjutnya, katrij nanoSTIX adalah bersamaan dengan 30 batang rokok dan mempunyai kapasiti cecair 1.5ml. Oleh itu, anda dapat mengurangkan lebih banyak kos berbanding rokok.
Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan nanoSTIX kerana anda boleh mendaftar sebagai ejen nanoSTIX dengan hanya RM521.
Selain itu, nanoSTIX mempunyai jaminan selama 1 tahun dan anda akan mendapat penghantaran percuma sekiranya anda membuat pembelian melebihi RM50 dengan nanoSTIX.
Jom Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!