sotong bakar

Mudah dan lazat. Ada rasa pedas, masam, manis.. resepinya senang sangat. Jom la cuba!

Bahan Asas
Sotong besar 10-13 ekor – basuh bersih-bersih, toskan

Bahan Perap :
Air perahan lemon 2 sudu
Madu 3 sudu 
Secubit garam

Lumurkan semua bahan-bahan pada sotong dan biarkan selama 15 minit.

Kemudian bakar sotong hingga masak. (sebelum bakar lap-lap sotong dengan tisu untuk keringkan sotong)

Bahan Sos :
8 biji cili api merah*
8 biji cili api hijau*
7 ulas bawang putih dibakar sekejap*
3 sudu sos nampla (sos ikan)
2 sudu sos tiram
3 sudu gula
1 sudu madu 
5 sudu air perahan lemon

Tumbuk bahan-bahan bertanda *,bila dah lumat masukkan bahan-bahan lain..siram @ cicah atas sotong yang telah dibakar tadi.

Nyum.. nyum ! Selamat Mencuba!

Kredit Resepi dan Gambar: Syiera Shahar