Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik ini sebenarnya ada banyak versi yang anda boleh jumpa di internet. Tapi kali ini saya share versi yang mudah dan cepat yang anda boleh cuba. Silap-silap anda boleh buat bisnes kek batik pula.

Resepi Kek Batik ini adalah asas sahaja, tapi anda boleh pelbagaikan resepi kek batik ini menjadi kek batik cheese, kek batik oreo, kek batik nutela dan pelbagai lagi dengan menambah topping diatas kek ini. Mudah kan?

Jom kita buat.

Resepi Kek Batik Biskut Marie

Resepi Kek Batik

Bahan-Bahan :

  • 1 Pek Biskut Marie
  • 250g Mentega/Butter
  • 200g Serbuk Milo
  • 3 Sudu Besar Serbuk Koko (Diayak)
  • 3/4 Tin Susu Pekat

Cara Penyediaan :

#1 Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Saya guna loyang berukuran 8″x8″.

#2 Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.

#3 Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.

#4 Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.

#5 Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.

#6 Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips :

Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Saya gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

Jika anda ingin menjadikan kek batik cheese, kek batik oreo dan kek batik nutela. Anda hanya perlu tambahkan diatas kek batik ini sahaja, maka jadilah kek batik idaman anda dan sedia untuk dihidangkan. Jika anda berjaya membuat dengan enak. Anda boleh cuba ambil gambar dan jual di dalam group whatsapp. Mana tau ada yang ingin order dan boleh bantu anda tambah pendapatan juga.

HOT  5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Roadtax & Insurans Kenderaan

Saya mohon anda share resepi ini di Facebook anda. Kita kongsi kepada orang lain untuk mencuba juga. 🙂


Anda ingin dapatkan santan pekat ? Sila layari SantanDepot.com