Advertisement

Apakah resepi ayam goreng yang paling sedap? Kami ada resepi ayam goreng MCD yang anda boleh cuba hari ini.

Ayam goreng merupakan makanan kegemeran rakyat Malaysia. Restoren makan segera seperti KFC atau McDonalds merupakan pilihan utama jika ingin menikmati ayam goreng ini.

Bahkan, setiap kali tanya kepada anak nak makan apa, sudah tentu jawapan yang keluar dari mulut mereka nak makan ayam goreng.

Namun, kerana kos sara hidup yang semakin tinggi, tidak semua keluarga mampu menikmati ayam goreng di restoren segera ini.

Zaman ekonomi yang serba mencabar ni, elok sangat kalau dapat sediakan ayam goreng macam KFC/McD kat rumah bagi memenuhi selera dan kemahuan anak-anak.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan serta cara menyediakan Ayam Goreng ala KFC/McD.

Bahan bahan:

Bahan – bahan yang diperlukan :

  • 4 ketul ayam, bahagian kesukaan anda
  • ½  bungkus atau 100 gram tepung serbaguna Kentucky
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang merah
  • secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang merah dan tumbuk kasar.
  2. Lumurkan bawang dan secubit garam pada ayam kemudian perap selama 5 hingga 10 minit.
  3. Panaskan minyak masak dalm kuali yang dalam, atau boleh juga dalam periuk yang berpenutup.
  4. Ambil dua mangkuk kosong. Pecahkan telur dan kacau sebati di dalam mangkuk yang pertama.
  5. Di dalam mangkuk yang kedua, tuangkan tepung goreng serbaguna Kentucky.
  6. Celup ayam di dalam telur dan kemudian gaulkan pula di dalam tepung. Pastikan salutan sekata menutupi setiap bahagian ketulan ayam. Lagi sedap kalau bawang perapan tadi melekat pada salutan ayam.
  7. Goreng dalam minyak panas di atas api sederhana dan tutup permukaan kuali atau periuk tadi. Ini adalah supaya isi ayam masak sempurna di bahagian dalam. Ulang proses di atas untuk setiap ketulan ayam. Apabila separuh bahagian ayam sudah kuning, alihkan dan tutup kembali tudung. Bila dua belah ayam dah masak kekuningan, bukak tudung periuk dan goreng sehingga salutan tepung keras dan garing.
  8. Angkat dan lapik di atas kertas tisu penyerap minyak.
HOT  Resepi Brownie Tanpa Tepung! Hanya perlu 5 bahan utama!

Selamat mencuba 🙂