Remy Ishak Rentas Negeri

Belum sempat reda mengenai isu kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri oleh usahawan dan selebriti popular Neelofa. Kini kecoh lagi apabila Netizen melihat selebriti terkenal Remy Ishak menaiki private jet disebabkan banyak roadblock di jalan raya.

Adakah Remy Ishak merentas negeri menggunakan Private Jet?

Kita sedia maklum yang rentas negeri sudah tidak dibenarkan malahan rentas daerah juga tidak dibenarkan di 6 daerah di Negeri Selangor sejak 6 Mei 2021 yang lalu disebabkan PKP dikuatkuasakan ekoran penularan jangkitan Covid-19 meningkat di dalam negara.

Melalui hantaran video di instagram Remy Ishak yang mempunyai 1.6 juta followers pada hari ini. Selebriti tersebut sedang menaiki private jet berlatarbelakangkan lagu raya dan caption berbunyi “Jalanraya Banyak Roadblock”. Melalui caption ini, netizen beranggapan Remy Ishak telah menggunakan private jet untuk merentas negeri dan balik ke kampung beliau di Masjid Tanah, Melaka.

@remyishaktiktok

Jalan bawah banyak sangat roadblock 😎

♬ Balik Kampung – Dato’ Sudirman

Diharapkan Remy Ishak dapat memberi penjelasan tentang perkara ini agar netizen tidak tertanya-tanya adakah beliau menggunakan private jet untuk merentas negeri. Penjelasan ini diperlukan terutama kepada peminat-peminat beliau.


Kenderaan anda belum ada perlindungan takaful? Etiqa adalah pilihan yang tepat untuk anda diluar sana yang sedang mencari takaful untuk kereta anda.

HOT  Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia selepas penampilan di mahkamah