forex trader
Advertisement

Pengurusan risiko sangat penting bagi semua jenis perniagaan termasuklah dalam trading forex. Kerugian itu pasti berlaku. 

Namun apa yang membezakan berjaya atau tidak seseorang forex trader itu adalah bagaimana dia menguruskan kerugian dan akaun trading tersebut.

Di kalangan forex trader, mereka menggelarkan pengurusan risiko ini sebagai “money management” (pengurusan kewangan). Lebih ringkasnya dipanggil “MM”.

Tetapi sebenarnya kurang tepat kerana MM ni hanyalah sebahagian daripada pengurusan risiko yang merangkumi skop lebih luas.

Selain itu, istilah “main forex” sepatutnya ditukarkan kepada “trading forex”.

Main forex itu dah sama macam berjudi, sedangkan forex adalah satu perniagaan bukannya pelaburan skim cepat kaya atau yang seumpama dengannya.

Berikut Adalah Tips Dan Panduan Bagi Menguruskan Akaun Trading

1. Drawdown

C:\Users\AIMAN\Desktop\Drawdown_400x250.png

Kerugian di dalam forex dikenali sebagai drawdown (DD). Contohnya anda ada modal $10,000 dan anda telah rugi sebanyak $5,000. Berapa peratus akaun anda mengalami kerugian?

Kerugian sebanyak 50% itu laa yang dinamakan drawdown.

2. Perbandingan Risiko

C:\Users\AIMAN\Desktop\Perbandingan_Risiko_400x250.jpg

Seperti yang kita semua tahu yang ‘high risk, high return!’

Anda sebagai forex trader pernah terfikir untuk trade dengan risiko yang tinggi? Mari kita sama-sama perhatikan jadual berikut untuk anda pertimbangkan semula hajat anda.

Risiko per trade: 2% vs 10%

TradeBaki Modal2%TradeBaki Modal10%
1$20,000$4001$20,000$2,000
2$19.600$3922$18,000$1,800
3$19,208$3843$16,200$1,620
4$18,824$3764$14,580$1,458
5$18,447$3695$13,122$1,312
6$18,078$3626$11,810$1,181
7$17,717$3547$10,629$1,063
8$17,363$3478$9,566$957
9$17,015$3409$8,609$861
10$16,675$33310$7,748$775
11$16,341$32711$6,974$697
12$16,015$32012$6,276$628
13$15,694$31413$5,649$565
14$15,380$30814$5,084$508
15$15,073$30115$4,575$458
16$14,771$29516$4,118$412
17$14,476$29017$3,706$371
18$14,186$28418$3,335$334
19$13,903$27819$3,002$300

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda mengalami kerugian secara berterusan (losing streak) sehingga trade ke 19?

  • Jika 2% risiko per trade, akaun anda akan mengalami kerugian sebanyak 30%. Anda masih ada baki sebanyak $13,903.
  • Manakala jika 10% risiko per trade, akaun anda akan rugi sebanyak 85% dan baki anda cuma tinggal $3,002
HOT  Belajar Asas Forex Sampai Boleh Trade Dengan Yakin

Sekiranya dah rugi sebanyak 85%, ceritanya memang susahlah nak cover semula. Anda perlu cari untung sebanyak 566% dari baki yang tinggal!

Jadual dibawah menunjukkan gambaran lebih jelas tentang berapa percent untung yang perlu anda cari untuk breakeven (BE).

Breakeven ni bermaksud nilai modal asal.

KerugianKeuntungan diperlukan untuk breakeven
10%11%
20%25%
30%43%
40%67%
50%100%
60%150%
70%233%
80%400%
90%900%

Jadi sebenarnya berapa peratus risiko yang terbaik?

Ia bergantung kepada diri masing-masing sebab tahap kemampuan dan toleransi setiap kita berbeza. Namun sekiranya anda ingin bertahan lama dalam bidang ini, kurangkan risiko sebaik mungkin kerana kerugian adalah sebahagian daripada trading.

3. Pentingnya Stop Loss

C:\Users\AIMAN\Desktop\stop-loss_400x250.jpg

Ada dua jenis Stop Loss (SL) yang biasa digunakan iaitu mental SL dan hard SL

  • Mental SL iaitu dengan setkan SL di dalam minda. Apabila price sampai pada had tertentu, trade tersebut akan ditutup secara manual oleh trader sendiri.
  • Hard SL ialah dengan setkan ke dalam order sebelum menekan butang Buy or Sell. Jadi apabila price mengena pada had tertentu, trade akan ditutup secara automatik oleh server broker.

Kalau anda merupakan seorang trader yang sudah berpengalaman, tiada masalah untuk menggunakan mental SL. Kelemahan mental SL ini adalah terdedah kepada perkara yang tidak dijangka seperti terputus talian internet, takde elektrik, platform trading freeze, masalah komputer dan sebagainya.

Mental SL ini juga boleh terganggu akibat emosi dari trader itu sendiri sekiranya tiada disiplin yang kuat.

Hard SL lebih mudah kerana ia dijalankan pada server broker. Jadi tiada masalah yang akan timbul sekiranya anda menutup trading platform sekalipun.

4. Risk Reward Ratio

C:\Users\AIMAN\Desktop\Risk_Reward_400x250.jpg

Ratio reward:risk yang minimum adalah 1:1. Namun yang baik adalah 2:1 ke atas. Dalam kata lain nilai reward ni mestilah sama atau lebih besar dari risk.

HOT  3 Langkah Mudah Cetak Penyata KWSP (Siap 7 Minit)

Contoh stop loss anda 20 pips, maka target seharusnya 40 pips, ianya bergantung pada analisis anda. Jika ia kurang dari 1:1 maka abaikan signal tersebut, tak berbaloi sebab untuk jangka masa panjang anda akan net rugi.

Bagi pengiraan yang pantas, anda boleh guna tools ini.

5. Fahami Kiraan Akaun di MetaTrader

C:\Users\AIMAN\Desktop\Metatrade4_400x250.jpg

Jika anda menggunakan MetaTrader 4, anda perlu familiar dengan term-term di bawah bagi memudahkan anda membuat kiraan.

Floating profit loss: Trade yang sedang running. Perhatikan column Profit di MT4 anda.

Balance: Jumlah modal anda sebelum atau selepas trade.

Equity: Balance + atau – Floating profit loss. Jika trade anda sedang profit, maka equity akan meningkat dan begitu juga sebaliknya untuk trade yang sedang rugi.

Margin: Jumlah modal yang perlu untuk membuka position. Saiz margin ini bergantung dengan leverage. Selepas anda close position, jumlah margin ini akan dipulangkan semula ke akaun balance anda.

Free Margin: Equity – Margin. Jika anda tiada trade, maka semua modal (balance) anda adalah free margin. Sekiranya anda ada trade, dan trade tersebut profit, maka semakin banyaklah free margin anda.

Margin Level: (Equity / Margin) x 100. Margin level ni sangat penting kerana ia menentukan sama ada anda dibenarkan membuka position lagi atau tidak.

6. Ketahui Perbezaan Margin Call Dan Stop Out

C:\Users\AIMAN\Desktop\Margin_Call_400x250.jpg

Sebagai forex trader, margin call (MC) dan stop out (SO) merupakan mimpi ngeri. Level % margin call dan stop out adalah bergantung dengan broker.

Margin Call

Ia merupakan amaran semasa margin anda berada pada paras bawah margin minimum yang telah ditetapkan oleh broker.

Pada masa ini anda masih boleh close mana-mana trade yang aktif tetapi tak boleh buka position baru melainkan equity anda sudah meningkat semula melepasi paras margin call yang ditetapkan.

HOT  Pukul berapa market forex buka hari isnin?

Stop Out

Broker akan tutup trade anda dimulai dengan trade paling banyak rugi sehingga margin meningkat dari paras stop out tersebut.

Sesetengah broker hanya guna margin call sahaja dan stop out tidak dinyatakan. Apabila anda MC secara automatik juga akan SO.

Kesimpulannya, sebagai forex trader, anda perlu ingat bahawa forex adalah perniagaan pelaburan. Bagi menjana keuntungan, ia mestilah seiring dengan risiko yang akan ditanggung.

Jadi anda jangan tamak dan perlu menjaga margin dengan sebaik mungkin. Maka diingatkan lot yang anda perlu gunakan perlu lah sesuai dengan modal pelaburan anda. Selain itu, anda perlu mempunyai ilmu forex yang kukuh bagi mengelakkan anda mengalami kerugian yang besar.

Oh ya! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Forex serta ingin mendapatkan khidmat broker, saya cadangkan anda menggunakan khidmat Weltrade Secure Broker ini. Sangat dicadangkan dan dipercayai!

C:\Users\AIMAN\Desktop\Article\Pic Bitcoin\wt90x90_400x250.png

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet.

Mereka menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24 jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada anda. Didoakan anda dapat konsisten dalam trade dan mampu menjana keuntungan yang konsisten. Selamat berjaya!

____________________________________________________________________

Anda sedang mencari pusat fisioterapi ? Sila layari https://flexphysiotherapy.my/ untuk mengetahui cara merawat slip disc dengan berkesan.