Penyakit jantung dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang menyerang individu tidak mengira umur dan jantina.
Jadi, sebelum penyakit ini membunuh anda dengan senyap, cuba anda perhatikan jika anda mempunyai tanda-tanda sakit jantung ataupun tidak.
Jika anda risau tentang kesihatan jantung anda, anda telah tiba di destinasi yang tepat kerana artikel ini akan membantu anda fahami beberapa punca dan simptom sakit jantung.
Bahaya Sakit Jantung
Seperti yang diketahui umum, jantung merupakan organ otot yang kompleks dan berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.
Jika fungsi tersebut terganggu, ia mampu menghalang jantung anda daripada bekerja dengan efisien.
Penyakit jantung merujuk kepada satu kondisi yang mempengaruhi fungsi jantung.
Terdapat pelbagai jenis penyakit jantung yang ada, antaranya ialah penyakit jantung iskemik, penyakit injap jantung dan masalah rentak (artimia).
Simptom Dan Tanda-tanda Sakit Jantung
Disebabkan pelbagai jenis sakit jantung yang wujud, simptom dan tandanya juga berbeza dan ada simptom yang menjurus ke penyakit jantung yang khas.
Tetapi berikut adalah antara tanda-tanda asas penyakit jantung yang perlu anda perhatikan.
- Ketidakselesaan di bahagian dada
Kebanyakan sakit jantung melibatkan ketidakselesaan di bahagian tengah atau kiri dada.
Ketidakselesaan ini boleh bertahan lebih daripada beberapa minit atau jenis rasa tidak selesa yang hadir beberapa kali.
Jika anda rasa seperti ada tekanan yang tinggi, sesak atau sakit di bahagian dada, cepat-cepat buat pemeriksaan bersama doktor anda.
- Rasa lemah, pusing atau pengsan
Banyak perkara boleh menyebabkan badan hilang keseimbangan atau pengsan.
Mungkin kerana badan kurang oksigen atau berdiri terlalu lama.
Atau tekanan darah anda menurun disebabkan jantung tidak mengepam darah seperti yang sepatutnya.
Jika badan anda tiba-tiba rasa tidak stabil disertakan sakit di bahagian dada, dapatkan nasihat doktor dengan segera.
- Kesakitan atau ketidakselesaan di rahang, leher atau belakang badan
Ramai orang tidak menyangka bahawa sakit di bahagian tekak atau rahang berkait dengan sakit jantung.
Mungkin ada yang menyangka ianya hanyalah kejang otot, selsema atau masalah resdung.
Tetapi jika anda mengalami sakit dada dan ia merebak ke tekak, rahang atau belakang badan anda, kemungkinan ianya salah satu tanda sakit jantung.
- Sesak nafas
Jika anda sesak nafas sedangkan tidak melakukan kerja fizikal berat atau bersenam, itu adalah tanda yang anda perlu buat pemeriksaan kesihatan jantung anda.
Beberapa pesakit jantung menyatakan sesak nafas yang dialami tidak ada sebab yang jelas.
Selalunya, sesak nafas ini diiringi dengan ketidakselesaan di bahagian dada namun ada juga kes di mana pesakit merasakan sesak nafas sebelum sakit di bahagian dada.
- Masalah rentak jantung
Jantung berdegup mengikut rentak yang tetap dan berdegup kencang atas sebab-sebab tertentu yang memerlukannya untuk berbuat demikian.
Jika anda dapati jantung anda berdegup kencang tanda sebab, mungkin ianya adalah tanda penyakit jantung dan perlu ditangani dengan segera.
Punca Sakit Jantung
Sekarang, jom kita lihat punca yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit jantung.
- Umur
Walaupun sakit jantung tidak mengenal usia, namun individu yang semakin meningkat umur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.
- Jantina
Individu berjantina lelaki adalah lebih berisiko untuk mengalami serangan sakit jantung berbanding wanita.
- Sejarah keluarga
Jika ada di antara ahli keluarga anda mempunyai penyakit jantung, anda juga mempunyai risiko untuk menghidapinya.
- Merokok
Merokok merupakan musuh ketat jantung yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti serangan jantung.
Mengikut corak sakit jantung beberapa tahun kebelakangan ini, individu yang masih muda juga dikesan menghidap penyakit jantung disebabkan merokok.
- Mempunyai penyakit berisiko tinggi yang lain
Antara penyakit lain yang boleh mempengaruhi fungsi jantung anda adalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan kegagalan buah pinggang.
Penyakit-penyakit tersebut adalah penyakit yang mengganggu kelancaran saluran darah yang secara langsungnya menyebabkan jantung anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
Berhenti merokok dengan NanoSTIX!
Penyakit jantung adalah penyebab kematian utama di seluruh dunia.
Tetapi anda masih boleh mengambil langkah untuk mengubatinya dan mengesan tanda-tanda sakit jantung pada peringkat awal sangatlah membantu.
Selain itu, anda juga boleh mengurangkan risiko dengan mengawal pemakanan, bersenam dan berhenti merokok.
Untuk berhenti merokok memang susah tetapi bukanlah mustahil.
Anda boleh cuba berhenti merokok dengan beralih ke NanoSTIX!
NanoSTIX merupakan rokok elektronik yang dicipta untuk membantu perokok tegar yang ingin berhenti merokok.
Bagi mereka yang tidak pernah mengguna vape atau rokok elektronik, anda boleh mencuba Starter Pack NanoSTIX kami yang harganya serendah RM94.00!
Selain dari peranti NanoSTIX, kami juga akan memberi anda flavour Mix Pod Regular / Light untuk anda mencuba. Terdapat 8 pilihan warna NanoSTIX untuk anda iaitu:
- NanoSTIX Starter Pack Rainbow
- NanoSTIX Starter Pack Red
- NanoSTIX Starter Pack Purple
- NanoSTIX Starter Pack Aquamarine
- NanoSTIX Starter Pack Blue
- NanoSTIX Starter Pack Pink
- NanoSTIX Starter Pack Grey
NanoSTIX Starter Pack Black
Bagi pesanan yang melebihi RM50, anda akan mendapat free shipping di Semenanjung Malaysia!
Semua NanoSTIX mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan mempunyai bateri yang mempunyai kapasiti sebanyak 350mAh supaya anda dapat menggunakannya tanpa caj.
Anda juga akan menikmati warranty selama 1 tahun dari kami. Oleh itu, anda boleh terus mendapat ganti rugi sekiranya terdapat masalah mekanikal pada NanoSTIX anda.
Selain dari peranti NanoSTIX, anda juga boleh membeli flavour NanoSTIX dari katalog kami yang berharga hanya RM40.00. Flavour yang terdapat dalam katalog kami adalah seperti berikut:
- NanoPOD Mix Pod
- NanoPOD Tabac Classic
- NanoPOD Tabac Menthol
- NanoPOD Jackfruit Freezi
- NanoPOD Lychee Freezi
- NanoPOD Guava Freezi
- NanoPOD Coffee
- NanoPOD Coffee Hazelnut
- NanoPOD Graple
- NanoPOD Honeydew
- NanoPOD Strawberry Apple
- NanoPOD Strawberry Vanilla
- NanoPOD Banana Vanilla
- NanoPOD Bubblegum
- NanoPOD Apple Ice
- NanoPOD Grape Ice
- NanoPOD Orange Ice
- NanoPOD Lemonade Ice
Jom Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!