Utama Info Punca Pedih Ulu Hati dan Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati

Punca Pedih Ulu Hati dan Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati boleh menyebabkan ketidakselesaan sehingga mengganggu perjalanan harian seseorang. 

Pedih ulu hati bukanlah penyakit yang luar biasa malah ramai yang selalu mengalaminya

Masih ramai lagi yang tidak tahu pedih ulu hati ini boleh dicegah sebenarnya.

Jom teruskan membaca untuk mengetahui apakah punca pedih ulu hati dan cara menghilangkannya. 

Apa Itu Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati ialah rasa sakit yang membakar di bahagian dada atau sakit perut bahagian tengah atas pusat.

Pedih ulu hati atau juga dikenali sebagai refluks asid terjadi apabila asid dari perut terlepas dan bergerak naik ke dalam saluran pemakanan (esofagus) anda.

Pergerakan asid ini berlaku apabila otot sfinkter bawah iaitu di antara perut dan esofagus lemah atau tidak tertutup dengan baik.

Disebabkan lapisan dinding esofagus tidak dijadikan untuk melindungi esofagus daripada asid perut, maka anda akan rasa sakit jika asid masuk ke bahagian esofagus.

Memang ramai yang menghidapi pedih ulu hati dan merasakan ianya tidak berbahaya.

Tetapi, jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama, anda boleh mengundang penyakit lain seperti kanser esofagus atau gastro-esophageal reflux (GERD).

Nak merawat pedih ulu hati ini bukanlah susah dan boleh dilakukan di rumah sahaja!

Punca Pedih Ulu Hati

Sebelum melihat cara menghilangkan pedih ulu hati, adalah lebih baik untuk melihat puncanya terlebih dahulu supaya dapat mencegah daripada akar umbinya.

  1. Cara makan

Asid yang berlebihan akan terhasil apabila anda makan hidangan yang besar. 

Disebabkan tiada ruang untuk makanan yang berlebihan, tekanan itu akan menolak asid naik ke dalam esofagus.

Selain itu, jika anda sering makan sebelum tidur, masalah ini akan mudah terjadi kerana apabila anda baring, asid perut mudah mengalir masuk ke esofagus.

Seterusnya, makan dengan tergesa-gesa atau menelan makanan dengan cepat juga boleh menjadi punca masalah ini.

Jika anda tidak mengunyah dengan betul, makanan sukar untuk dihadap dan asid akan lebih banyak dihasilkan di dalam perut.

  1. Jenis makanan yang dimakan

Makanan berlemak akan kekal dalam perut lebih lama kerana mengambil proses penghadaman yang lama. 

Jika anda penggemar makanan pedas, ini juga mampu menyumbang kepada berlakunya pedih ulu hati.

Makanan seperti coklat dan pudina membawa kesan pengenduran kepada otot sfinkter bawah dan mengakibatkan asid mengalir naik ke esofagus.

  1. Penyebab lain

Antara penyebab lain yang perlu anda perhatikan adalah stres atau tekanan yang tidak dikawal dengan baik yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Berat badan yang berlebihan boleh menjadi tekanan yang besar untuk perut anda dan boleh menyebabkan otot sfinkter bawah lemah.

Ubat-ubatan tertentu seperti ubat untuk masalah jantung, asma dan tekanan darah tinggi boleh memberi kesan sampingan. 

Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan otot sfinkter bawah anda mengendur. 

Cara Menghilangkannya

Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan pedih ulu hati.

Petua yang akan dikongsi ini boleh dilakukan di rumah sahaja atau anda boleh juga mendapatkan ubat tertentu untuk melegakan pedih ulu hati.

  1. Pemakanan yang betul

Mengubah cara pemakanan anda adalah cara yang paling berkesan untuk menghilangkan pedih ulu hati.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan saiz hidangan makanan dan makan hidangan kecil tetapi dengan lebih kerap.

Selain itu, elakkan makanan yang menjadi penyebab anda mengalami masalah ini.

Antara makanan yang berkemungkinan menjadi punca adalah makanan berlemak, makanan pedas dan minuman berkafein.

Pastikan anda buat catatan makanan apa yang menyebabkan penyakit ini supaya anda boleh mengelaknya.

  1. Larutan baking soda

Baking soda dipercayai mampu membantu melegakan pedih ulu hati. 

Ramuan ini mudah dilakukan di rumah kerana anda hanya perlu larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam secawan air dan meminumnya. 

Ramuan ini dikatakan mampu meneutralkan asid dalam perut.

Tetapi pengambilan baking soda yang berlebihan boleh mengubah keseimbangan asid dalam darah kerana ia mengandungi natrium.

Disarankan untuk anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba. 

  1. Pisang

Pisang dipercayai mempunyai sifat antasid semula jadi yang mampu meneutralkan asid dalam perut.

Amalkan memakan pisang untuk meredakan masalah ini dengan cepat.

Jika anda tiada pisang, anda boleh gantikannya dengan buah epal.

  1. Antasid 

Antasid berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut dan melegakan reluks asid.

Antasid boleh didapati di farmasi dan ubat antasid ini mengandungi garam kalsium, magnisum atau aluminium.

Ubat ini disarankan untuk ambil selepas makan. 

  1. Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja dapat mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser dan serangan sakit jantung, malah sakit ulu hati juga boleh berlaku.

Asap rokok diketahui boleh mengendurkan otot sfinkter esofagus bawah yang menyebabkan pengaliran asid ke dalam esofagus.

Anda disarankan untuk mempertimbangkan berhenti merokok.

Berhenti Merokok Dengan NanoSTIX

Jika anda mempunyai perancangan untuk berhenti merokok tetapi masih belum berjaya, cubalah NanoSTIX.

NanoSTIX merupakan rokok elektronik yang lebih selamat berbanding rokok tembakau. 

Bagi mereka yang tidak pernah mengguna vape atau rokok elektronik, anda boleh mencuba Starter Pack NanoSTIX kami yang harganya serendah RM94.00!

Selain dari peranti NanoSTIX, kami juga akan memberi anda flavour Mix Pod Regular / Light untuk anda mencuba. Terdapat 8 pilihan warna NanoSTIX untuk anda iaitu:

  • NanoSTIX Starter Pack Rainbow
  • NanoSTIX Starter Pack Red
  • NanoSTIX Starter Pack Purple
  • NanoSTIX Starter Pack Aquamarine
  • NanoSTIX Starter Pack Blue
  • NanoSTIX Starter Pack Pink
  • NanoSTIX Starter Pack Grey

NanoSTIX Starter Pack Black

Bagi pesanan yang melebihi RM50, anda akan mendapat free shipping di Semenanjung Malaysia!

Semua NanoSTIX mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan mempunyai bateri yang mempunyai kapasiti sebanyak 350mAh supaya anda dapat menggunakannya tanpa caj.

Anda juga akan menikmati warranty selama 1 tahun dari kami. Oleh itu, anda boleh terus mendapat ganti rugi sekiranya terdapat masalah mekanikal pada NanoSTIX anda.

Selain dari peranti NanoSTIX, anda juga boleh membeli flavour NanoSTIX dari katalog kami yang berharga hanya RM40.00. Flavour yang terdapat dalam katalog kami adalah seperti berikut:

  • NanoPOD Mix Pod 
  • NanoPOD Tabac Classic
  • NanoPOD Tabac Menthol
  • NanoPOD Jackfruit Freezi 
  • NanoPOD Lychee Freezi
  • NanoPOD Guava Freezi
  • NanoPOD Coffee
  • NanoPOD Coffee Hazelnut
  • NanoPOD Graple
  • NanoPOD Honeydew
  • NanoPOD Strawberry Apple  
  • NanoPOD Strawberry Vanilla 
  • NanoPOD Banana Vanilla
  • NanoPOD Bubblegum
  • NanoPOD Apple Ice  
  • NanoPOD Grape Ice  
  • NanoPOD Orange Ice
  • NanoPOD Lemonade Ice

 Jom Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!

Exit mobile version