Advertisement

Sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti radang paru-paru ataupun kanser paru-paru.

Paru-paru merupakan antara organ dalaman manusia yang terpenting dan organ ini yang paling mudah sekali untuk dijangkiti penyakit-penyakit berikut.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kenali juga apa itu kanser paru-paru dan radang-paru-paru serta puncanya. Jom!

Apa Itu Kanser Paru Paru?

Kanser paru-paru merupakan sejenis penyakit yang melibatkan pertumbuhan dan pembiakan sel tanpa kawalan dibahagian paru-paru.

Sel-sel yang yang membiak tanpa kawalan itu pula membentuk tumor yang berbeza dari tisu asal.

Malah, metastasis akan berlaku apabila ia mula merebak ke organ-organ lain di dalam badan. 

Pembentukan tumor menandakan anda perlu mengambil langkah yang serius. 

Ia merupakan petanda bahawa tisu akan rosak hasil perampasan oksigen, ruang sel-sel yang sihat dan nutrien oleh tumor.

Punca Kanser Paru Paru

Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kanser paru-paru. Antaranya: 

  • Merokok secara pasif

Jangan ingat mereka yang tidak merokok tidak terkesan!

Jika anda tinggal atau berada di persekitaran orang yang merokok, anda pasti menyedut asap dari mereka secara kerap.

Bayangkan jika anda memiliki anak-anak kecil, mereka juga berisiko untuk menghidapi kanser paru-paru. 

Berdasarkan kajian, golongan yang menghisap atau menghidu asap rokok secara pasif mahupun aktif menyumbang kepada 90 peratus penyebab utama kanser paru-paru.

  • Rokok cerut dan paip

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia.

Banyak daripadanya telah dikenal pasti merupakan penyebab kanser paru-paru.

20 batang rokok yang dihisap sehari meningkatkan risiko sebanyak 20 ke 25 kali ganda untuk mendapat kanser paru-paru.

Fakta diatas adalah jika dibandingkan dengan mereka yang bukan perokok.

Perokok biasa mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap kanser paru-paru.

Namun, risiko perokok paip dan cerut adalah 5 kali lebih tinggi berbanding bukan perokok.

  • Penyakit paru-paru
HOT  Runner Delivery: A Swift and Efficient Solution for Quick Deliveries

Terdapat pelbagai jenis penyakit paru-paru seperti pneumonia dan tuberkulosis.

Mereka yang menghidapi penyakit seperti diatas adalah lebih berisiko tinggi untuk menghidap kanser paru-paru.

Penyakit paru-paru boleh hadir secara tersembunyi seperti Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (COPD).

Penyakit ini juga dapat mendedahkan anda terhadap kanser paru-paru.

  • Pencemaran udara

Bumi kian moden dibawa arus globalisasi. 

Walaupun pemodenan membawa banyak kebaikan untuk manusia, timbul juga kesan negatif terhadap persekitaran.

Misalnya, kita dapat lihat pencemaran udara yang semakin teruk.

Pencemaran ini berpunca daripada asap kilang, kereta dan juga asap rokok. 

Antara bahan beracun yang terkandung di persekitaran kita ialah asbestos. 

Pendedahan terhadap bahan ini adalah amat berisiko untuk manusia terutamanya apabila ia tergabung dengan asap rokok. 

Risiko untuk mendapat kanser paru-paru secara automatik meningkat 50 kali ganda! 

  • Gas Radon

Gas Radon ialah produk reput semula jadi Uranium. 

Dalam Jadual Berkala Unsur Kimia (The Periodic Table) ia bersifat tidak aktif.

Namun, hasil reput gas ini cenderung membentuk produk yang meradiasikan Mengion.

Hasil produk berikutlah yang mengaktifkan kanser. 

Oleh itu, seseorang yang terdedah terhadap Radon adalah lebih berisiko untuk dijangkiti kanser paru-paru.

Selain itu, pekerjaan yang melibatkan pemprosesan Arsenik, Nikel atau Kromium juga dapat menyumbang kepada risiko kanser paru-paru. 

Radang Paru Paru

kanser paru paru

Nama saintifik radang paru-paru dikenali sebagai pneumonia.

Anda mungkin sedang berfikir:

“Apakah itu radang paru-paru?”

Radang paru-paru adalah inflamasi pada paru-paru dan keadaan apabila alveoli dipenuhi oleh sel-sel inflamasi.

Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan kuman virus dan bakteria.

Kadangkala boleh juga disebabkan oleh parasit atau kulat.

Atau tidak semestinya disebabkan oleh jangkitan kuman, reaksi terhadap tindak balas kimia juga dapat mencetuskan penyakit ini.

HOT  Vitamin untuk Kulit Bermaya: Pendekatan Pemakanan untuk Kecerahan

Semua lapisan umur adalah berisiko untuk dijangkiti radang paru-paru.

Malah, ia merupakan antara penyebab utama kematian untuk pesakit kronik.

Antara gejala radang paru-paru ialah sakit dada, susah bernafas, batuk dan juga demam.

Anda boleh membuat pemeriksaan sama ada di hospital atau klinik. 

Selalunya para pakar akan mendiagnos anda melalui dua kaedah.

Iaitu kaedah x-ray ataupun pemeriksaan kahak.

Paru Paru Perokok

kanser paru paru

Sudah semestinya paru-paru yang normal dan sihat tidak sama dengan paru-paru seorang perokok.

Mari kita lihat tanda-tanda paru-paru seorang perokok:

  • Warna paru-paru

Paru-paru perokok biasanya berwarna kehitaman dihiasi partikel berwarna coklat.

Tidak seperti paru-paru yang sihat iaitu berwarna merah muda.

Uniknya, tubuh kita memiliki sistem imunisasi tersendiri. 

Jadi, apabila ia mengesan bahan asing yang beracun memasuki badan, sel darah putih akan memakannya. 

Oleh kerana partikel berikut beracun dan merbahaya, lama-kelamaan sel-sel darah putih menjadi rosak. 

Tompokan sel-sel putih yang rosak ini akan menyelimuti paru-paru.

Menjadikan paru-paru berubah warna kehitaman. 

  • Perubahan fizikal paru-paru

Partikel-partikel beracun dalam asap rokok dapat merosakkan kapilari darah dalam badan.

Apabila rosak, sistem aliran oksigen keluar dan masuk paru-paru akan terganggu.

Perokok juga terdedah dengan risiko pembekuan darah di kaki (thrombosis deep vein).

  • Fungsi paru-paru

Partikel-partikel beracun yang dihisap ke dalam badan akan memberikan impak negatif terhadap organ-organ dalaman.

Salah satunya, fungsi pengagihan oksigen dalam darah akan terganggu.

Justeru, mencetuskan masalah pernafasan yang nyata.

Secara konklusinya, jagalah paru-paru kita dengan baik.

Paru-paru yang sihat dapat menjamin jangka hidup yang lebih panjang.

Sekarang anda sudah tahu punca kanser dan radang paru-paru serta tanda-tanda paru-paru seorang perokok.

Amat mengerikan jika kita terjangkit kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat.

HOT  Minyak Urut DIY: Cipta Campuran Yang Sesuai

Merokok merupakan salah satu punca utama kanser.

Jadi, kami sarankan anda untuk berhenti merokok dan cari alternatif lain seperti rokok elektronik atau e-cig  yang jauh lebih selamat.

Jika anda ingin e-cig yang murah dan berkualiti, anda mesti beli NanoSTIX!

Bagi mereka yang tidak pernah mengguna vape atau rokok elektronik, anda boleh mencuba Starter Pack NanoSTIX kami yang harganya serendah RM94.00!

Selain dari peranti NanoSTIX, kami juga akan memberi anda flavour Mix Pod Regular / Light untuk anda mencuba. Terdapat 8 pilihan warna NanoSTIX untuk anda iaitu:

  • NanoSTIX Starter Pack Rainbow
  • NanoSTIX Starter Pack Red
  • NanoSTIX Starter Pack Purple
  • NanoSTIX Starter Pack Aquamarine
  • NanoSTIX Starter Pack Blue
  • NanoSTIX Starter Pack Pink
  • NanoSTIX Starter Pack Grey

NanoSTIX Starter Pack Black

Bagi pesanan yang melebihi RM50, anda akan mendapat free shipping di Semenanjung Malaysia!

Semua NanoSTIX mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan mempunyai bateri yang mempunyai kapasiti sebanyak 350mAh supaya anda dapat menggunakannya tanpa caj.

Anda juga akan menikmati warranty selama 1 tahun dari kami. Oleh itu, anda boleh terus mendapat ganti rugi sekiranya terdapat masalah mekanikal pada NanoSTIX anda.

Selain dari peranti NanoSTIX, anda juga boleh membeli flavour NanoSTIX dari katalog kami yang berharga hanya RM40.00. Flavour yang terdapat dalam katalog kami adalah seperti berikut:

  • NanoPOD Mix Pod 
  • NanoPOD Tabac Classic
  • NanoPOD Tabac Menthol
  • NanoPOD Jackfruit Freezi 
  • NanoPOD Lychee Freezi
  • NanoPOD Guava Freezi
  • NanoPOD Coffee
  • NanoPOD Coffee Hazelnut
  • NanoPOD Graple
  • NanoPOD Honeydew
  • NanoPOD Strawberry Apple  
  • NanoPOD Strawberry Vanilla 
  • NanoPOD Banana Vanilla
  • NanoPOD Bubblegum
  • NanoPOD Apple Ice  
  • NanoPOD Grape Ice  
  • NanoPOD Orange Ice
  • NanoPOD Lemonade Ice

 Jom Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!