Advertisement

Mungkinkah anda mengalami masalah rambut gugur?

Susahnya hati nampak rambut bergumpal banyak pada sikat!

Punca rambut gugur disebabkan oleh beberapa faktor.

Malah, penyebab rambut gugur bukanlah suatu fenomena yang luar biasa. 

Terdapat pelbagai penyelesaian dan rawatan rambut gugur diluar sana. 

Dalam artikel ini, sedikit sebanyak persoalan anda tentang rambut gugur akan terjawab!

Apa Itu Rambut Gugur?

rambut gugur

Dari segi istilah perubatan, rambut gugur digelar sebagai alopecia.

Apabila rambut pada kulit kepala semakin menipis, itulah yang dinamakan keguguran rambut.

Rambut gugur boleh jadi untuk sementara waktu atau untuk selama-lamanya. 

Malah, ia boleh berlaku kepada perempuan dan lelaki. 

Namun, fenomena ini lebih kerap berlaku terhadap golongan lelaki.

Peningkatan usia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan rambut untuk menjadi bertambah perlahan.

Penyebab Dan Punca

rambut gugur
  • Merokok

Masalah keguguran rambut boleh berlaku disebabkan tabiat merokok.

Banyak kajian telah membuktikan rambut seseorang itu akan lebih banyak gugur sekiranya dia semakin banyak merokok.

Contohnya, lelaki yang merokok kebiasaannya mengalami keguguran rambut dengan lebih banyak pada bahagian depan dan atas kepala.

Anda mungkin tertanya-tanya; Mengapa hisap rokok pun rambut boleh gugur?

Apabila kita merokok, sistem endokrin kita akan terganggu dan kolagen pada kulit kita juga berkurangan.

Ini akan mengakibatkan kegagalan dalam penghasilan sistem hormon yang sihat.

Bukan itu sahaja, rokok mempunyai kandungan bahan kimia yang akan mengganggu pengaliran darah ke bahagian folikel rambut.

Folikel rambut akan rosak dan ini akan menyebabkan keguguran rambut.

  • Pengaruh usia

Seperti yang telah dihuraikan diatas, masalah ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor usia. 

Perkara ini kerap diperhatikan berlaku dalam kalangan mereka yang menginjak masuk usia 50-an dan 60-an.

Kajian masih lagi berlangsung untuk menyelidik punca fenomena ini berlaku. 

  • Keturunan

Tambahan pula, genetik juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan faktor penyumbang rambut gugur.

HOT  Tadabbur Quran: Sebuah Perjalanan Rohani melalui Ayat Al-Quran

Keturunan yang mengalami masalah rambut gugur dan botak lebih cenderung untuk diwarisi oleh generasi seterusnya. 

Masalah yang diwarisi ini adalah berbeza mengikut jantina.

Wanita lebih cenderung mengalami penipisan rambut yang nyata.

Manakala, lelaki lebih cenderung untuk mengalami garis rambut yang surut.

  • Kehamilan

Jangan terkejut, wanita hamil juga boleh menghadapi masalah ini.

Namun, keguguran rambut jarang berlaku sewaktu mengandung. 

Ia diperhatikan lebih kerap berlaku selepas bayi dilahirkan. 

  • Kemoterapi

Bagi mereka yang menghidap sakit kanser pastinya perlu melalui rawatan kemoterapi.

Proses rawatan berikut akan menyebabkan rambut gugur dengan pantas di bahagian kulit kepala dan juga seluruh badan.

Malah, sesetengah ubat-ubatannya juga dapat turut menyumbang kepada masalah rambut gugur. 

  • Tekanan fizikal

Semua perkara fizikal yang pernah melibatkan tubuh badan anda dapat mencetus punca masalah ini.

Contohnya, kemalangan di jalan raya, pembedahan dan sebarang penyakit kronik.

Jenis keguguran rambut ini dikenali sebagai telogen effluvium.

Ternyata rambut manusia memiliki tiga fasa kitaran hayat.

Mengikut turutan: fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur.

Sebarang impak negatif akan menyebabkan kitaran berikut terganggu.

Hal ini akan menyebabkan rambut kita lebih pantas untuk mudah gugur.

  • Tekanan emosi

Selain daripada tekanan fizikal, tekanan emosi juga turut menyebabkan rambut anda gugur. 

Perkara yang membuatkan anda tertekan seperti pemergian yang tersayang boleh menjadi sebab masalah rambut gugur.

Keguguran rambut tidak semestinya disebabkan oleh tekanan emosi.

Namun, faktor ini sedikit sebanyak dapat mengeruhkan lagi keadaan dan masalah yang sedia ada.

  • Produk & cara penggayaan rambut

Antara punca rambut gugur juga disebabkan oleh penggunaan syampu yang terlalu kerap, mewarnakan dan melunturkan rambut.

Perkara ini dapat menyebabkan rambut anda menjadi rapuh dan lebih mudah untuk gugur.

Namun, jika anda mengurangkan aktiviti-aktiviti tersebut, masalah rambut gugur akan berkurangan dan tidak akan menyebabkan masalah botak.

HOT  Bendera Malaysia: Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang

Manakala, penggayaan rambut seperti ikatan dandan yang ketat dan juga penggunaan bahan kimia untuk meluruskan rambut juga tidak membantu langsung.

Rambut anda akan lebih kerap gugur dengan kandungan bahan kimia tinggi yang akan menjejaskan akar rambut anda.

Rambut anda terdedah kepada risiko untuk tidak tumbuh kembali. 

Rawatan

rambut gugur

Dari segi ubat-ubatan, anda boleh menggunakan seperti berikut:

  • Finasteride (Propecia)

Cara penggunaan: ambil sekali sehari (berbentuk pil).

Ia sering digunakan untuk merawat masalah prostate.

Namun, boleh juga mereka yang menghadapi masalah botak untuk mengambilnya. 

Khususnya yang menghadapi gugur rambut jenis andorgenic alopecia. 

Ibu hamil dilarang mengambil ubat ini kerana dapat menyebabkan kecacatan terhadap bayi dalam kandungan. 

  • Minodixil

Cara penggunaan: sembur dan/atau sapu ke kulit kepala dua kali sehari.

Ubat ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja mengalami masalah botak.

Proses stimulasi pada folikel rambut akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang baharu. 

Selain daripada rawatan dari segi ubat-ubatan, rawatan pembedahan juga dapat dipertimbangkan. 

Mungkin juga ia jalan penyelesaian yang lebih efektif berbanding ubat-ubatan. 

Namun, anda disarankan untuk membuat konsultasi dengan pakar perubatan dalam hal rawatan pengguguran rambut ini. 

Jadi, dari segi pembedahan pula adalah seperti berikut: 

  • Flap kulit kepala
  • Pembedahan pemindahan rambut

Dikenali juga sebagai rawatan transplant rambut.

Kebiasaanya, ia melibatkan pemindahan folikel rambut pada bahagian kepala yang masih aktif kepada kawasan kepala yang sudah botak.

  • Pengurangan kulit kepala

Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang fenomena rambut gugur yang dapat dikongsikan kali ini. 

Walaupun anda dapat menjalani rawatan dari segi ubat-ubatan ataupun pembedahan, pemakanan juga adalah amat penting.

Jadi, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat yang kaya dengan pelbagai nutrisi.

Sesudah itu, diharap persoalan-persoalan anda tentang masalah rambut gugur ini terjawab! 

HOT  Khasiat Minyak Kelapa Sawit Yang Anda Perlu Tahu

Seperti yang telah dinyatakan tadi, merokok merupakan salah satu punca utama.

Jadi, kami sarankan anda untuk berhenti merokok dan cari alternatif lain seperti rokok elektronik atau e-cig yang jauh lebih selamat.

Jika anda ingin e-cig yang murah dan berkualiti, anda mesti beli NanoSTIX!

Bagi mereka yang tidak pernah mengguna vape atau rokok elektronik, anda boleh mencuba Starter Pack NanoSTIX kami yang harganya serendah RM94.00!

Selain dari peranti NanoSTIX, kami juga akan memberi anda flavour Mix Pod Regular / Light untuk anda mencuba. Terdapat 8 pilihan warna NanoSTIX untuk anda iaitu:

  • NanoSTIX Starter Pack Rainbow
  • NanoSTIX Starter Pack Red
  • NanoSTIX Starter Pack Purple
  • NanoSTIX Starter Pack Aquamarine
  • NanoSTIX Starter Pack Blue
  • NanoSTIX Starter Pack Pink
  • NanoSTIX Starter Pack Grey

NanoSTIX Starter Pack Black

Bagi pesanan yang melebihi RM50, anda akan mendapat free shipping di Semenanjung Malaysia!

Semua NanoSTIX mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan mempunyai bateri yang mempunyai kapasiti sebanyak 350mAh supaya anda dapat menggunakannya tanpa caj.

Anda juga akan menikmati warranty selama 1 tahun dari kami. Oleh itu, anda boleh terus mendapat ganti rugi sekiranya terdapat masalah mekanikal pada NanoSTIX anda.

Selain dari peranti NanoSTIX, anda juga boleh membeli flavour NanoSTIX dari katalog kami yang berharga hanya RM40.00. Flavour yang terdapat dalam katalog kami adalah seperti berikut:

  • NanoPOD Mix Pod 
  • NanoPOD Tabac Classic
  • NanoPOD Tabac Menthol
  • NanoPOD Jackfruit Freezi 
  • NanoPOD Lychee Freezi
  • NanoPOD Guava Freezi
  • NanoPOD Coffee
  • NanoPOD Coffee Hazelnut
  • NanoPOD Graple
  • NanoPOD Honeydew
  • NanoPOD Strawberry Apple  
  • NanoPOD Strawberry Vanilla 
  • NanoPOD Banana Vanilla
  • NanoPOD Bubblegum
  • NanoPOD Apple Ice  
  • NanoPOD Grape Ice  
  • NanoPOD Orange Ice
  • NanoPOD Lemonade Ice

 Jom Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!