PS5 Pre Order Malaysia
Advertisement

PS5 Pre Order kini telah dibuka secara rasmi di Malaysia. Terdapat 27 peruncit sah di seluruh Malaysia.

Tapi hampir semua perlukan bayaran penuh semasa anda ingin membuat pre-order. Di sini saya nak share kepada anda platform yang membolehkan anda buat pre-order dan bayar secara ansuran. Platform ini menawarkan pembelian secara ansuran dan anda bebas hutang.

Jom Kita terjah website Layby.my

PS5-Pre-Order-Malaysia-Playstation-5

Layby menawarkan program pembayaran secara ansuran tanpa hutang, tanpa interest dan tiada kos yang tersembunyi. Lebih mudah Layby ini menggantikan sistem Kutu yang ada di dalam Malaysia ini. Anda tidak perlu ada kad kredit semasa pembelian dibuat. Barang pula anda akan dapat apabila anda sudah habis membuat bayaran. Ini bermaksud anda tidak berhutang untuk memiliki PS5 atau Playstation 5 ini.

Kelebihan menggunakan program ini adalah anda tidak risau anda akan di CTOS kan jika anda gagal membuat ansuran bulanan dan jika anda rasa ingin tarik diri dari membeli barangan tersebut, anda boleh tarik diri dan ambil balik sebahagian wang anda. Ianya fleksibel. Paling penting anda bebas hutang untuk mendapatkan PS5 Pre Order ini berbanding dengan platform lain. Anda dapat jaga cash flow anda dengan lebih baik.

Sistem pembelian cara ini sebenarnya banyak digunapakai di luar negara seperti di Australia. Mereka banyak memiliki barangan-barangan berkualiti dengan cara bayar secara ansuran disamping itu mereka dapat menjaga kewangan mereka dengan lebih baik.

CARA MEMBUAT BELIAN PS5 Pre Order INI.

1. Daftar Akaun di Layby

Anda perlu membuka akaun di layby di https://layby.my/register. Masukkan maklumat diri anda. Atau anda terus skip langkah ini dimana anda boleh daftar akaun sebelum bayaran dibuat.

HOT  Swimming Pool : 6 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Bina
PS5-Pre-Order-Malaysia-Playstation-5

2. Pilih Model Playstation 5 (PS5) Pilihan Anda.

Anda boleh pilih 2 jenis model Playstation 5. Iaitu:-

  1. Playstation 5 Digital Edition
  2. Playstation 5 Ultra HD Edition

3. Pilih Pakej Ansuran

Sekarang ini anda boleh lakukan PS5 Pre Order dengan jumlah deposit dan ansuran pilihan anda. Anda boleh adjust ikut kesesuaian bajet anda. Lihat gambar dibawah.

Anda boleh adjust dari 3 bulan hingga 12 bulan ansuran dan Deposit dari 15% hingga 30% mengikut bajet anda. Sistem Layby akan bantu kirakan.

Setelah selesai anda boleh terus klik Layby Now untuk proses Pre-Order. Mudah bukan? Share Maklumat ini dengan rakan-rakan anda.


Sebenarnya platform ini bukan hanya boleh PS5 Pre Order sahaja. Anda juga boleh Pre Order barangan seperti Corelle, nak beli buaian baby jenama 4Moms Mamaroo pun boleh. Banyak item yang berkualiti akan dimasukkan. Anda boleh rancang siap-siap.