poslaju tracking

Gunakan Poslaju Tracking untuk menyemak status penghantaran dengan Poslaju?

Semakin mudah untuk mengetahui lokasi barangan anda yang dipos menggunakan Poslaju tracking.

Bagi peniaga online, penghantaran bungkusan adalah lumrah harian.

Namun anda perlu mengetahui bagaimana menggunakan tracking Poslaju supaya barang sampai dengan selamat di tangan anda.

Pengguna amat mementingkan kecepatan, jadi dengan adanya sistem ini, ia dapat memberikan ketenangan fikiran.

Kenapa Perlu Guna Poslaju?

Pos Laju adalah syarikat kurier terkemuka di Malaysia, dengan menghubungkan lebih daripada 80% kawasan penduduk di seluruh negara.

Moto utama syarikat ini adalah “Next Day Delivery” di mana penghantaran barangan akan sampai pada keesokan harinya.

Setakat hari ini, Pos Laju mempunyai liputan rangkaian terluas dan armada kurier terbesar di Malaysia.

Bagi peniaga online, Poslaju adalah ‘rakan bisnes’ mereka.

Ini kerana Poslaju menyediakan perkhidmatan yang dinamakan Poslaju Track and Trace.

Ia adalah satu sistem online terpantas untuk menyemak status penghantaran dan di mana barang berada.

poslaju track and trace

Bagi pelanggan pula, sistem ‘track and trace’ ini memudahkan mereka mengetahui status penghantaran mereka.

Terdapat nombor penjejakan Poslaju yang dikenali sebagai ‘tracking number’ – urutan nombor alfanumerik yang khusus untuk setiap penghantaran. Nombor ini digunakan untuk mengetahui lokasi dan masa anggaran penghantaran.

Anda boleh menyemak ‘tracking number’ anda di bahagian atas sebelah kanan borang Poslaju. Anda akan melihat ada kod bar di bawah nombor tersebut.

borang poslaju

Langkah Mudah Untuk Check Tracking Poslaju

1.Layari website untuk Pos Laju Tracking ini

2. Klik Track & Trace. 

1

3. Masukkan nombor tracking Poslaju di dalam ruangan kotak empat segi putih.

Pastikan tiada jarak di antara nombor-nombor itu. Anda juga boleh memasukkan sehingga 15 tracking number di dalamnya.

Asingkan tracking number dengan meletakkan tanda ; atau menekan Enter pada papan kekunci komputer atau smartfon anda.

poslaju tracking code

4. Selepas memasukkan nombor tracking poslaju, tekan butang kelabu TRACK.

Sistem akan memaparkan butiran seperti Hari dan Tarikh, Status Proses dan Tempat.

poslaju tracking status

Walaupun butiran ini sudah jelas, namun masih ada yang kurang memahami status tracking number poslaju.

Video berikut menerangkan salah faham orang tentang maksud status tracking:

Apa Perlu Buat Selepas Guna Track and Trace Poslaju?

Anda kini boleh menganggarkan hari bungkusan anda tiba.

Sekiranya anda tiada di rumah, anda boleh wakilkan orang lain untuk mengambil bungkusan bagi pihak anda.

Sekiranya anda tiada ketika barang sampai, pihak Poslaju akan meninggalkan nota pesanan supaya anda mengabil bungkusan di hab Poslaju berdekatan dengan anda.

Jika anda menerima pembungkusan yang rosak atau membuka pembungkusan, jangan terima. Hubungi penghantar jika ini berlaku.

Poslaju sentiasa memastikan bungkusan anda akan dihantar dalam keadaan yang baik. Untuk barangan bernilai kurang daripada RM200, anda akan dilindungi di bawah perlindungan insurans Poslaju.

Dengan kemudahan ini, anda tidak risau lagi dengan status penghantaran barang.

Follow Ontrenz Untuk Artikel-Artikel Terkini