pokok sacha inchi
Advertisement

Tahukah anda penanaman pokok sacha inchi semakin digalakkan terutama sekali di Kelantan? Ini adalah untuk memenuhi pasaran luar negara. 

Negara-negara di Asia Tenggara yang terlibat dalam penanaman pokok ini secara komersial adalah Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Bukan itu sahaja, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga telah memperkenalkan inisiatif penanaman tumbuhan ini dalam kalangan pekebun getah.

Apakah yang membuatkan pokok ini menarik? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan dan kegunaan pokok sacha inchi. 

Apa itu Pokok Sacha Inchi?

pokok sacha inchi

Pokok sacha inchi atau nama saintifiknya ‘plukenetia volubilis’ merupakan sejenis tumbuhan jenis renek yang bersifat menjalar dan membelit kayu.

Tumbuhan herba ini berasal dari Hutan Amazon di Peru.

Apa yang membuatkan batang pokok ini menarik adalah daunnya berbentuk hati dan mempunyai susunan bersilang berukuran 10-12cm panjang dan 8-10 cm lebar.

Tangkainya pula adalah sekitar 2-6 cm panjang. Daun pokok sacha inchi ini pula berwarna hijau manakala bunganya  berwarna hijau putih.

Cara Penanaman Sacha Inchi 

Buat pengetahuan anda, penanaman sacha inchi ini perlu menggunakan biji benih yang diambil daripada pokok yang sudah matang. 

Selepas itu, biji tersebut perlulah direndam terlebih dahulu di dalam air bersih dan disemai di tapak semaian pada suhu antara 25 hingga 30 celcius. 

Selain itu, pokok sacha inchi ini perlu menerima cahaya matahari dengan banyak. Jika kawasan tanaman sacha inchi anda mempunyai shades, jangan risau. 

Itu bukan penghalang untuk pertumbuhan pokok ini. Cumanya, anda perlu pastikan ia menghalang pokok itu secara minoriti sahaja. 

Dalam pada itu, anda juga perlu pastikan tanah tanaman sacha inchi itu subur dan mengandungi sistem saliran air yang mencukupi dan mampu berfungsi dengan baik. 

HOT  Baja AB: Kandungan dan Penggunaan

Benih ini akan mengambil masa selama 14 hari sebelum anda boleh mengalihkannya ke kebun. 

Pokok sacha inchi ini akan mengeluarkan buahnya selepas 10 bulan. Apa yang lebih menarik adalah pokok ini mampu berikan hasil buahnya sehingga 30 tahun! 

Jadi, tidak hairanlah jika petani atau pedagang di Malaysia berlumba-lumba untuk menanam pokok ini. 

Pokok sacha inchi ini mampu berikan hasil sebanyak 1 kilogram buah dalam sesuatu bulan. 

Bagaimana Sacha Inchi Ini Bermanfaat Untuk Kesihatan? 

pokok sacha inchi
  1.  Mengandungi vitamin A dan Vitamin E

Daun sacha inchi mempunyai kandungan vitamin A dan E yang tinggi. 

Seperti yang kita ketahui, vitamin A dan E adalah vitamin yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan badan terutamanya mata dan tulang.

Ia juga bagus untuk proses pembiakan semula kulit dan organ.

Bukan itu sahaja, vitamin E juga mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat berkesan dalam melindungi sel daripada radikal bebas.

Ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan serta melindungi anda daripada penyakit degeneratif.

  1.  Kesan anti bakteria

Menurut kajian in vitro, ekstrak daun sacha inchi dikeluarkan demi melawan bakteria jenis Staphylococcus aureus.

Hal ini adalah kerana ekstrak ini mampu menghalang bakteria tersebut daripada menempel pada epidermis kulit manusia.

Tahukah anda bahawa bahagian epidermis kulit adalah sangat penting dalam merawat masalah kulit dan kecederaan kulit.

Staphylococcus aureus pula merupakan sejenis patogen yang menyebabkan jangkitan. 

Oleh itu, jika kulit mengalami kecederaan, jangkitan akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kehadiran Staphylococcus aureus dan ia juga akan melambatkan proses penyembuhan.

  1.  Lengkap dengan kandungan protein yang tinggi

Protein memainkan peranan penting dalam merawat, menghasilkan tisu, membentuk otot serta mengawal hormon. 

Protein ini boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri namun ia juga boleh diperoleh melalui makanan dan ubatan. 

HOT  eOperasi: Login Sistem Maklumat Guru

Seterusnya, mengikut kajian, sumber makanan yang berasaskan haiwan mempunyai kandungan protein yang lebih baik daripada protein yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Namun, golongan vegetarian iaitu mereka yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan tidak dapat mengambil makanan yang bersumber haiwan.

Oleh itu, mereka perlu mengamalkan diet dengan protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan. 

Tumbuhan apakah yang mempunyai sumber protein yang lengkap? Sudah tentulah daun sacha inchi!

Dengan kandungan sembilan asid amino penting, ia juga merupakan sumber protein terbaik dalam menggantikan protein daripada sumber haiwan.

  1.  Membantu proses pengurangan berat badan

Bagi mereka yang berazam untuk menurunkan berat badan boleh berikhtiar dengan mengamalkan pengambilan daun sacha inchi.

Hal ini demikian kerana daun sacha inchi mempunyai kandungan protein dan serat yang tinggi.

Protein mampu mengurangkan rasa lapar seterusnya mengawal selera makan manakala serat dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

Dengan ini anda dapat mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan.

Oleh itu, daun sacha inchi ini boleh dijadikan sebagai ikhtiar tambahan bagi mereka yang ingin diet. 

  1. Kesan anti keradangan

Kandungan asid lemak penting dalam daun sacha inchi berkesan dalam membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka pada kulit. 

Keradangan ini berlaku sebagai mekanisme perlindungan terutamanya ketika badan anda sedang berlawan dengan penyakit dan luka dan ia adalah normal.

Namun, penyakit lain seperti arthritis boleh terjadi akibat keradangan yang kronik.

Untuk mengurangkan keradangan serta mempercepatkan kulit untuk sembuh akibat keradangan kronik, daun sacha inchi boleh digunakan

  1.  Menurunkan paras kolesterol
pokok sacha inchi

Berdasarkan kajian yang dijalankan, organ hati seekor haiwan bertambah baik dan pulih dengan pengambilan ekstrak daun sacha inchi selama 60 hari.

Ini kerana, paras kolesterol baik (kolesterol-HDL) meningkat manakala paras kolesterol dan trigliserida pula semakin menurun.

HOT  Jenis Tanaman Hidroponik Yang Mudah Ditanam

Oleh itu, sudah terbukti pengambilan ekstrak daun sacha inchi mampu memberikan kesan yang baik terhadap bacaan lipid pesakit.

  1.  Menghindari kanser

Proses apoptosis mampu didorong oleh ekstrak daun sacha inchi.

Proses apoptosis ini merujuk kepada proses di mana sel yang tidak diperlukan atau sel yang tidak normal dalam badan akan disingkirkan. 

Proses ini merupakan salah satu langkah yang dapat membantu melindungi anda daripada penyakit kanser.

Tambahan pula, ekstrak daunnya itu berkesan untuk menghalang HeLa atau juga dikenali sebagai sel kanser serviks dan A549 iaitu sejenis sel tumor daripada tisu paru-paru. 

Selain itu, daun sacha inchi juga mampu menghasilkan kesan anti proliferatif. 

Cara ia berlaku adalah dengan mematikan sel kanser daripada terus membiak.

Selepas membaca artikel ini, anda mungkin berminat untuk cuba menanam pokok sacha inchi. Boleh, tetapi pastikan keperluan yang disebutkan di atas tadi mencukupi, ya. 

Buat anda yang masih baru dalam aktiviti penanaman pokok sacha inchi, anda boleh hubungi Teknoganik Hijau Sdn. Bhd. untuk mendapatkan konsultasi. 

Buat pengetahuan anda, kami di Teknoganik Hijau Sdn. Bhd. pernah membentuk kerjasama bersama Universiti Kolej Agrosains Malaysia bagi projek penanaman sacha inchi di Ayer Paabas, Melaka.

Sepanjang projek penanaman sacha inchi ini berlangsung, kami berjaya menjalankan kajian bagaimana untuk mengekalkan kesuburan pokok Sacha Inchi hingga dapat mengeluarkan hasil seawal 6 bulan daripada mula anak pokok ditanam.

Jadi, kami sememangnya berpengetahuan mengenai pokok sacha inchi daripada aspek cara penanaman, tips penjagaan, dan sebagainya. 

Jika anda ingin maklumat penanaman dan penjagaan pokok sacha inchi dengan lebih mendalam, anda boleh hubungi kami di Teknoganik Hijau sekarang!

Hubungi Kami Untuk Konsultasi Sacha Inchi Sekarang!