pokok buah

Boleh dikatakan rata-rata setiap rumah pasti akan ada penanaman pokok buah seperti durian, tomato, nangka, dan sebagainya. 

Mengusahakan tanaman pokok buah ini sememangnya amat menyeronokkan dan mencabar. 

Tetapi, dengan teknik yang betul dan ilmu tanaman yang mencukupi, sudah pasti anda boleh dapatkan hasil yang lebih banyak, buah yang ranum, dan wangi.

Sebab itu, langkah seperti membuat penyelidikan terhadap tanaman buah yang diingini adalah amat penting. 

Ini bertujuan untuk memastikan anda boleh bertindak sewajarnya di samping merawat pokok tersebut.  

Sebenarnya, penanaman pokok buah perlu bersesuaian dengan kawasan perumahan yang anda menetap. 

Ini untuk mengelakkan daripada ketidakselesaan dan pertengkaran antara jiran akibat munculnya masalah seperti: 

  • Daun pokok yang memasuki tingkap rumah jiran 
  • Menghalang laluan parkir 
  • Menyebabkan kerosakan pada harta jiran, dan sebagainya. 

Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa info penting mengenai penanaman pokok buah contohnya tanaman buah yang bersesuaian dengan kawasan perumahan dan juga “rahsia” penghasilan buah yang banyak. 

Teruskan membaca. 

Pokok Buah Yang Sesuai Ditanam Di Kawasan Perumahan 

pokok buah

Seperti yang diketahui, kawasan perumahan di Malaysia mempunyai pelbagai jenis antaranya rumah banglo, apartment, dan lain-lain lagi. 

Perkara ini penting untuk anda take note kerana setiap tanah rumah ini mempunyai konsep privasi dan “perkongsian”. 

Sebagai contoh, individu yang tinggal di kawasan perumahan banglo, berkembar atau teres pasti ada garis sempadan tanah antara jiran. 

Ini bermakna mereka perlu memastikan agar kenderaan, pokok (hiasan, buah atau bunga) mahupun haiwan peliharaan tidak memasuki rumah jiran. 

Lebih-lebih lagi, jika kawasan perumahan itu memilki kawasan tanah yang sempit dan terhad. 

Jika rumah anda memiliki kawasan laman yang luas dan besar, anda berkemungkinan boleh menanam pokok buah seperti 

  • Mangga 
  • Rambutan 
  • Betik
  • Cempedak
  • Nangka 
HOT  Tips Hilangkan Sakit Tengkuk: Cara Efektif Mengatasi Kesakitan Leher

Manakala, buat individu yang mendiami di rumah kondominium atau flat, anda perlu picky untuk memilih pokok yang dibolehkan untuk tanam di rumah anda. 

Antara pokok buah yang boleh ditanam di rumah seperti ini ialah: 

  • Tomato 
  • Kedondong
  • Jambu 
  • Delima

Pokok-pokok yang disebut di atas ini boleh ditanam di dalam pasu. Dengan ini, anda boleh “mencantikkan” rupa pokok buah ini seperti bonsai

Pokok buah

Jadi, tanaman pokok buah anda tidaklah menggangu jalan orang lalu-lalang dan lebih mudah untuk diuruskan. 

Namun, jika anda menggunakan kaedah penanaman ini, anda perlu tahu cara penjagaan pokok buah dalam pasu antaranya adalah: 

  1. Anda digalakkan untuk siraman tanaman pada setiap pagi dan petang.
  2. Pastikan anda sembur baja yang bersesuaian pada pokok buah secara berkala dan mengikut kadar yang disyorkan. 
  3. Anda juga perlu mencatas pokok buah tersebut agar ia tidak tumbuh secara optimum; tidak terlalu besar dan tidak menghasilkan buah secara melampau. 
  4. Anda perlu menggemburkan tanah dalam pasu sekurang-kurang seminggu sekali atau sekiranya anda dapati tanah tersebut kelihatan kering dan padat. 
  5. Pastikan tanaman pokok buah anda tidak terkena serangga atau pepijat. 

Kesilapan Ketika Menanam Pokok Buah Dalam Pasu

  1. Tanaman terlebih air 

Antara kesalahan umum dan sering dibuat orang ramai ketika menanam pokok adalah terlebih siram. 

Kesilapan ini perlu dicegah secepat yang boleh kerana air yang berlebih itu akan “keluar” melalui lubang yang ada pada pasu. 

Apabila ini terjadi, nutrien yang ada pada tanah turut mengalir keluar. 

  1. Pastikan sistem saliran air di pasu berfungsi 

Petanda utama bahawa saliran air di pasu anda berfungsi dengan baik adalah apabila anda terlihat ada air keluar daripada lubang pasu tersebut. 

HOT  Inisiatif Positif XM di Malaysia Menunjukkan Komitmen Kepada Prinsip Big.Fair.Human

Jika tiada air yang keluar daripada pasu, itu menandakan bahawa pasu anda tersumbat atau akar pokok sudah menghalang lubang yang ada pada pasu. 

  1. Pilih saiz pasu yang bersesuaian

Jika tanaman pokok buah anda sudah membesar secara sihat dan jaya, maka anda perlu menukarkannya ke pasu yang lebih besar daripada sebelumnya. 

Seperti yang dinyatakan di atas, pokok yang membesar bermakna akar yang tumbuh di dalam tanah sudah berselirat dan menghalang saluran lubang pasu. 

Apabila ini berlaku, ia bukan sahaja boleh “mematikan” tanaman, malah ia juga boleh menyebabkan nutriennya tidak mencukupi. 

  1. Terkurang atau terlebih baja

Kesilapan yang terakhir adalah apabila tanaman buah dalam pasu anda tidak atau terlebih menerima baja daripada jumlah yang sepatutnya. 

Jika salah satu masalah itu berlaku, daun tanaman anda jadi kekuningan ataupun layu. 

Apakah Baja Yang Sesuai Untuk Pokok Buah? 

Siapa yang tidak mahu hasil tanaman pokok buah yang segar, gemuk dan ranum, kan? 

Sekarang ini, anda tidak perlu risau lagi. 

Hanya dengan penggunaan baja organik PowerGRO, anda boleh nikmati hasil buah yang lumayan dan berganda-ganda! 

pokok buah

Tahukah anda bahawa baja PowerGRO ialah produk keluaran bawah syarikat Teknoganik Hijau. 

Ia merupakan salah satu produk lokal yang terbaik di pasaran Malaysia dalam bidang pertanian. 

Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran pokok seperti buah-buahan agar ia bertambah sihat dan optimum. 

Baja ini bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kesihatan tanaman dan juga tidak mengandungi sisa najis haiwan.

Jadi, produk ini tidak mengandungi bau yang kurang senang sehingga boleh mengganggu orang-orang di sekelilingnya.

Bagi tanaman buah-buahan, anda digalakkan untuk mengikut kadar campuran baja PowerGRO yang telah ditetapkan iaitu 

  • 5 sehingga 10ML baja dicampur dengan 1 liter air bebas klorin (untuk pokok buah yang matang).
  • 3ML baja PowerGRO dicampur dengan 1 liter air bebas klorin (untuk anak pokok yang berumur bawah 2 tahun atau pokok dalam polybag).  
HOT  5 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Malaysia (UPDATE 2023)

Setelah anda mencampurkan kedua-dua bahan ini, anda boleh semburkan bancuhan baja tersebut pada keseluruhan pokok dan tanah. 

Pastikan anda sembur baja ini pada pokok buah sebanyak 2 minggu sekali sahaja. Jangan berlebihan, ya! 

Jom dapatkan baja PowerGRO sekarang dan semburkannya pada pokok buah anda untuk hasil yang berganda!

Dapatkan Baja PowerGRO Untuk Hasil Pokok Buah Yang Berganda!