Advertisement

Bagi mereka yang baru memasuki dunia pekerjaan, satu perkara yang mereka perlu mengambil tahu adalah mengenai PERKESO. 

Ini kerana ia akan memain peranan yang besar semasa anda menerima gaji anda pada setiap bulan. 

Jika ada yang tidak tahu tentang perkara ini, mereka mungkin akan menyoalkan tujuannya dan ini boleh menimbulkan masalah dengan majikan.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang PERKESO dan 5 perkara yang anda perlu tahu tentangnya. 

Apa itu PERKESO?

Ia adalah singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. 

Ini adalah sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial bagi pekerja . 

Skim ini dilakukan untuk melindungi keselamatan sosial pekerja dan tanggungan mereka. Ia untuk menjamin pembayaran faedah kepada jika berlaku kejadian luar jangka kepada anda.

Skim ini dilakukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. 

Dengan ini, majikan anda akan memotong gaji pada setiap bulan untuk disalurkan ke agensi ini. Kadar potongan akan diceritakan di dalam artikel ini di bahagian seterusnya.

5 Perkara Korang Kena Tahu Mengenai PERKESO

Di bahagian ini, kami akan menceritakan kepada anda 5 perkara yang ada mesti tahu tentang skim ini.

  1. Potongan Gaji PERKESO Adalah Wajib

Apabila anda baru memulakan kerja di syarikat swasta, mereka wajib untuk mendaftarkan anda di bawah skim ini dalam 90 hari selepas anda memulakan kerja.

Jika ini tidak berlaku, majikan anda boleh dikenakan tindakan kerana mereka telah melanggar undang-undang. 

Tetapi bagi mereka yang memulakan kerja tetapi sudah bergaji RM3,000 ke atas, maka potongan gaji ini tidak wajib bagi mereka.

HOT  5 Tanaman Sesuai Untuk Fertigasi

Bagi mereka yang mendapat kenaikan gaji sehingga RM3,000 tetapi sudah menyumbang PERKESO sebelum ini, potongan gaji akan berlaku sampai bila-bila kerana mereka sudah menjadi ahli.

  1.  Kadar Potongan

Kadar potongan skim ini akan mengikut gaji bulanan anda. Di bawah skim ini, terdapat dua jenis caruman iaitu Caruman Jenis Pertama dan Caruman Jenis Kedua.

Ini adalah kadar potongan bagi kedua-dua jenis caruman ini:

Jenis Pertama : Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan

  • Pekerja yang belum berumur 60 tahun dicarumkan bawah kategori ini
  • Kadar sumbangan skim hanya 0.5% dari gaji bulanan, majikan dikenanakan 1.75% 

Jenis Kedua : Skim Bencana Pekerjaan Sahaja

  • Pekerja berumur 60 tahun ke atas dan masih bekerja
  • Pekerja baru berumur 55 tahun akan dicarumkan bawah kategori ini
  • Majikan mencarumkan dalam skim ni, iaitu sebanyak 1.25% dari gaji pekerja
  1. Skim Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri

Bagi mereka yang bekerja sendiri, agensi ini telah memperkenalkan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri yang juga meliputi 19 sektor pekerjaan lain.

Anda juga diberi pilihan untuk kadar bayaran. Anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau tahunan mengikut kemampuan anda. 

Pekerja yang layak untuk skim ini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia/ Permastautin (tiada had umur)
  • Mereka yang bekerja sendiri

Berikut adalah antara faedah yang anda boleh menikmati di bawah skim ini:

  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
  • Faedah Pendidikan
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Perubatan
  • Faedah Orang Tanggungan
  1. Manfaat Yang Anda Boleh Dapat

Seperti yang kami telah nyatakan, skim ini diwujudkan untuk melindungi keselamatan sosial dan tanggungan bagi pekerja. Oleh itu, terdapat banyak manfaat bagi anda di bawah skim ini.

HOT  Proses Jual Rumah Yang Anda Perlu Tahu

Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan dan juga Skim Bencana Kerja Pekerja Asing. Ini adalah antara manfaat yang anda boleh menikmati:

Skim Bencana Pekerjaan:

Skim ini akan memberi perlindungan kepada pekerja jika mengalami kecederaan semasa bekerja.

  • Faedah Pendidikan
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Perubatan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional

Skim Keilatan:

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja jika mereka hilang upaya atau meninggal dunia atas sebab yang tiada kaitan dengan kerja.

Berikut antara faedah skim ini:

  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan
  • Pencen Penakat
  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa

Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

Skim ini pula memberi perlindungan kepada pekerja asing di Malaysia kecuali pembantu rumah. Kadar potongan yang telah ditetapkan untuk skim ini adalah 1.25% dari gaji bulanan:

Berikut adalah antara faedah skim ini:

  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Perubatan
  1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Bagi mereka yang menjadi ahli PERKOSO, anda mendapat baucar pemeriksaan kesihatan yang percuma. Ini adalah untuk pekerja yang berumur 40 tahun ke atas dan masih bekerja.

Berikut adalah perkara yang anda boleh mengambil tahu tentang pemeriksaan kesihatan ini:

  • Boleh check di klinik yang berdaftar dengan portal PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan
  • Majikan akan mengedarkan baucar ke pekerja-pekerja yang berkaitan. Ada dua jenis baucar iaitu : 
    • Baucar saringan kesihatan untuk lelaki dan wanita
    • Baucar tambahan untuk pemeriksaan mamogram bagi wanita

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang anda boleh menikmati sebagai ahli PERKOSO.

HOT  Travel To These Countries For Priceless Experience!

Anda boleh menggunakan artikel ini sebagai panduan untuk masa hadapan. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, anda boleh terus ke laman web PERKESO di sini untuk maklumat lanjut.