insurans nyawa
Advertisement

Dalam kehidupan seharian, adalah penting untuk kita berusaha untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa ada sebarang masalah yang tidak diingini. 

Tetapi kita tidak boleh lari dari menghadapi tekanan yang tak diingini jika kita tidak mempunyai insurans nyawa atau insurans kesihatan yang boleh membantu kita pada masa hadapan nanti.

Adakah anda sudah mendaftar insurans untuk kegunaan pada masa hadapan? Jika tidak, adakah anda tahu jenis-jenis insurans yang selalu orang ambil?

Antara insurans yang selalu diambil oleh rakyat Malaysia merupakan insurans nyawa dan kesihatan. Apakah perbezaan antara kedua insurans ini? Mari kita baca artikel ini sampai habis.

Apa Itu Insurans Nyawa?

Insurans nyawa merupakan bantuan kewangan jika anda meninggal dunia kelak. Bukan saja ia dapat membantu anda, tetapi juga dapat membantu ahli keluarga anda yang lain. 

Walau bagaimana pun, insurans ini tidak akan membantu pemegang insurans jika pemegang tersebut membunuh diri. Pembayaran tidak akan dibuat kepada penama tersebut.

Mengapa Insurans Nyawa Penting?

Insurans nyawa bertujuan untuk melindungi tanggungan anda seperti ibu bapa, pasangan, anak-anak atau adik-beradik dengan menyediakan sokongan kewangan. 

Anda haruslah menyenaraikan penama ketika memohon insurans tersebut bagi memudahkan proses pembayaran insurans tersebut jika berlaku kematian.

Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah harus disediakan oleh penama bagi menerima bayaran insurans jika anda tidak menyenaraikan penama.

Ianya juga menawarkan bantuan kewangan bagi mereka yang tidak boleh bekerja akibat kecacatan ataupun ada ahli keluarga pemegang insurans yang meninggal dunia.

Liputan Perlindungan Insurans Nyawa

Terdapat beberapa jenis perlindungan yang ditawarkan insurans nyawa di Malaysia. Antaranya ialah insurans bertempoh, insurans seumur hidup, endowmen, dan lain-lain.

HOT  UFUTURE UiTM: Panduan Pendaftaran dan Log Masuk

Perlindungan yang berbeza ditawarkan mengikut jenis insurans yang anda pilih. Pastikan anda berurusan dengan ejen yang sah dan berdaftar sebelum anda mendaftar polisi insurans nyawa. 

Apa Itu Insurans Kesihatan?

Insurans kesihatan adalah insurans yang menanggung kos dan memberikan perlindungan dari segi perubatan seperti kos pembedahan.

Jenis insurans yang anda ambil akan meliputi jenis kecederaan dan penyakit yang berbeza. Jika anda mengambil insurans kesihatan premium, semakin luas perlindungan tersebut.

Mengapa insurans kesihatan penting?

Sekiranya anda menghidap penyakit dan di masukkan ke hospital, anda tidak perlu risau tentang kos kerana anda akan dibantu oleh insurans kesihatan.

Kos yang dibantu merangkumi pemeriksaan, wad, ubat, pembedahan, rawatan susulan dan sekiranya anda menghidap penyakit yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja.

Liputan Perlindungan Insurans Kesihatan

Insurans kesihatan boleh meliputi perkara asas seperti kos wad dan penyakit yang serius atau ianya boleh meliputi keseluruhan kos perubatan seperti pembedahan dan rawatan.

Terdapat 4 jenis insurans kesihatan iaitu insurans kemasukan ke hospital dan pembedahan, penyakit ditakuti dan penyakit kritikal, pendapatan hilang upaya, dan pendapatan hospital. 

Insurans kemasukan ke hospital dan pembedahan berfungsi untuk memberikan perlindungan untuk kos rawatan di hospital dan kos pembedahan untuk penyakit yang tertentu.

Bagi insurans penyakit ditakuti dan penyakit kritikal pula, ianya memberikan faedah sebaik sahaja anda didiagnosis penyakit kritikal.

Seterusnya, Insurans pendapatan hilang upaya menyediakan sumber pendapatan menggantikan pendapatan sebelum hilang upaya dan jika tidak mampu berkerja akibat dari penyakit.

Insurans pendapatan hospital pula menyediakan bayaran jika anda perlu dirawat di wad hospital untuk proses pemulihan.

Namun begitu,jika anda menghidapi penyakit sebelum anda mengambil insurans kesihatan, anda tidak boleh memohon perlindungan bagi kos rawatan tersebut.

HOT  5 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Malaysia (UPDATE 2023)
Insurans HayatInsurans Kesihatan
Bersifat CompensationBersifat Reimbursement
Bayar kepada pelangganBayar kepada hospital
Insurans dibayar kepada penama secara lumpsum.Tidak berguna jika berlaku kematian
Wang pampasan boleh digunakan bagi membayar alat sokongan dan menggantikan pendapatan,Hanya boleh bayar kos rawatan/pembedahan tetapi tidak peralatan seperti kerusi roda dan kaki palsu.
Boleh berfungsi untuk membayar apa-apa hutang peribadi.Hanya boleh digunakan di hospital swasta.

Kesimpulannya, kedua-dua insurans mempunyai kepentingan yang berbeza dan penting bagi membantu kita sekiranya perkara- perkara yang tak diingini berlaku.

Jika anda masih lagi tidak memohon insurans, anda boleh memohon dengan Etiqa Family Takaful Berhad. Mereka menyediakan insurans nyawa terbaik di Malaysia.

Etiqa merupakan syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia. Bagi memberikan perkihdmatan yang lebih baik Etiqa telah terbahagi kepada empat organisasi. 

Organisasi tersebut adalah Etiqa General Insurance Berhad (EGIB), Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB), Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) dan Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB).

Etiqa menawarkan beberapa jenis insurans seperti insurans peribadi, insurans kereta, insurans motosikal, insurans rumah, insurans kesihatan, insurans hayat dan lain-lain.

Berurusan dengan insurans Etiqa adalah sangat senang kerana anda hanya perlu mengisi permohonan anda melalui online application yang mudah dan cepat di laman web rasmi Etiqa.

Bukan tu je, Insurans Etiqa menyediakan perkhidmatan yang tip-top dengan urusan claim yang cepat, high coverage dan anda tidak perlu melakukan medical check up.

Daftar insurans sekarang bersama Etiqa.