covid-19 malaysia canada

Wabak Covid-19 yang bermula dari Wuhan, China kini telah merebak ke seluruh Dunia dan menyebabkan banyak negara lumpuh dari segi ekonomi.

Tapi di dalam artikel ini kami ingin membuat perbandingan kes wabak Covid-19 diantara Malaysia dan Kanada. Perbezaan ini dibuat adalah berdasarkan populasi. Di mana kedua-dua buah negara mempunyai populasi manusia yang hampir sama.

Jika dirujuk data dari Worldometers.info. Negara Kanada mempunyai populasi sebanyak 37 juta manakala Malaysia sebanyak 32 juta.

Perbezaan Kes Covid-19 Antara Kanada dan Malaysia

Mari kita lihat carta terkini dari OurWorldinData.org

Berdasarkan carta diatas. Menunjukkan Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat langkah bijak dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Penggerakkan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lepas. Hasil daripada PKP tersebut kita dapat lihat jumlah kes Covid-19 terkawal dan jumlah yang jauh berbeza dengan Kanada.

Jumlah pesakit Covid yang sembuh melebihi jumlah kes baru untuk hari ketiga berturut-turut sehingga 10 April 2020. Sejumlah 220 pesakit sembuh berbanding 118 kes baru hari ini. Dalam tempoh 5 hari yang lalu, terdapat 4 hari di mana jumlah pesakit yang sembuh melebihi kes baru yang dikesan. Dengan itu, jumlah kes Covid yang masih aktif di Malaysia juga menurun.

Kesimpulan

Diharapkan semua rakyat Malaysia terus duduk di rumah dan kita mesti menang dalam memutuskan rantaian wabak ini. Kita semua perlu berganding bahu bersama tidak kira anda di pihak Kerajaan atau Pembangkang, sama-sama kita berdepan dengan situasi ini.

HOT  Cara Mudah Guna Touch N Go E-Wallet