Pengeluaran KWSP Akaun 1 i-Sinar

i-Sinar telah telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas dalam pembentangan Belanjawan 2021. 

Pada 2 Disember 2020, KWSP telah mengumumkan kriteria dan butiran penuh mengenai inisiatif ini.

Kini, permohonan i-Sinar dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak. Ini bermakna pengeluarkan  wang simpanan KWSP Akaun 1 akan dapat dibuat. 

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui segalanya tentang i-Sinar.

Perbezaan i-Sinar dengan i-Lestari

Musim COVID-19 telah mengakibatkan ramai rakyat sengsara kerana mereka mempunyai situasi kewangan yang kritikal.

Sebelum i-Sinar diperbentangkan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini, i-Lestari telah diperkenalkan terlebih dahulu pada bulan April 2020.

Anda pasti pernah dengan tentang i-Lestari yang membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran wang

Dengan i-Lestari, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM500 sebulan bagi meringankan beban dari segi kewangan.

Pengeluaran ini boleh dibuat melalui Akaun 2 sahaja untuk tempoh 12 bulan.

Ini dapat meringankan beban ahli kerana ramai yang terkesan sehingga ada yang hilang punca pendapatan.

Apa itu i-Sinar?  Inisiatif ini terdapat perbezaan yang ketara dari i-Lestari. Jadi, apa perbezaannya?

Pertama sekali, pada awalnya, Menteri Kewangan mengumumkan pengeluaran bulanan dihadkan sebanyak RM500 sahaja melalui Akaun 1.

Ahli-ahli yang layak untuk memohon adalah seramai 600,000 sahaja.

Namun, baru-baru ini, telah diumumkan bahawa skop inisiatif ini telah diperluaskan kepada 8 juta ahli yang layak.

Tujuan utamanya adalah untuk membantu ahli yang sangat memerlukan kerana impak COVID-19 terhadap kehidupan mereka.

2 Kategori Kelayakan Pengeluaran i-Sinar 

Adakah anda layak untuk memohon? Mari kita lihat kriteria 2 kategori.

  1. Kategori 1

Mereka yang layak adalah:

  • Formal
  • Bekerja sendiri
  • Sektor ekonomi gig
  • Ahli yang lama tidak mencarum
  • Kehilangan pekerjaan
  • Suri rumah
  • Diberi notis cuti tanpa gaji
HOT  Betul Ke Insurans Tak Cover Aktiviti Lasak?

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

  1. Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.

Ini juga termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

  1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah

Pengeluaran boleh dibuat sehingga jumlah maksimum RM10,000. 

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

HOT  Panduan Login ezHASiL Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Contohnya, jika anda mempunyai baki sebanyak RM80,000, amaun yang dibenarkan adalah RM10,000.

Namun, jika baki anda kurang RM10,000, anda tidak bolehlah mengeluarkan amaun tersebut.

Jadi, katalah anda ada RM4,500 dalam Akaun 1, anda akan dapat mengeluarkan hanya RM4,400. 

Seperti yang dinyatakan, baki ditinggalkan mesti sekurang-kurangnya RM100.

  1. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1

Berbeza dengan kategori yang pertama, amaun yang boleh dikeluarkan bagi mereka yang mempunyai simpanan ini lebih tinggi.

Jika Akaun 1 anda melebihi RM100,000, anda akan dapat keluarkan 10% daripada simpanan.

Tetapi ada amaun maksimumnya juga iaitu sebanyak RM60,000.

Contohnya, untuk mereka yang ada baki RM100,000, anda boleh membuat mengeluarkan 10% iaitu bersamaan dengan RM10,000.

Bagi mereka yang mempunyai baki RM700,000, jumlah yang dapat dikeluarkan adalah RM60,000 yang merupakan jumlah maksimum.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memastikan kelancaran proses permohonan. 

Anda juga perlu mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP

Pastikan juga nombor akaun bank mereka adalah aktif.

Kesimpulan

Jika anda layak untuk program i-Sinar ini, anda perlu bertindak dengan segera.

Semak dahulu baki Akaun 1 anda untuk membuat jangkaan amaun yang anda akan terima.

Anda boleh mula memohon mulai Disember 2020 di laman web rasmi KWSP.

Semoga bermanfaat.


Negara China adalah negara pengeluar barangan dengan harga yang sangat murah. Anda ingin memborong barangan dari China? Boleh rujuk disini. Mfaz menyediakan servis penghantaran barangan dari China ke Malaysia.