Kebanyakan anda mungkin tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengakses dan menggunakan aplikasi ezHASiL Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disediakan untuk membuat e-Filing cukai pendapatan. 

Yakinlah, berikut adalah panduan ringkas kepada pengguna untuk login ezHASiL LHDN dan permohonan No. PIN serta login pertama kali.

Cukai Pendapatan merupakan cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu, syarikat dan sebagainya pada setiap tahun. Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. 

Aplikasi e-Filing (salah satu perkhidmatan ezHASiL) merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.

Panduan Login ezHASiL LHDN dan Cara Permohonan No. PIN Serta Login Pertama Kali

Panduan ringkas berikut akan menunjukkan kaedah untuk mengakses masuk atau login ke ezHASiL LHDN bagi mereka yang belum pernah berbuat demikian atau pertama kali menggunakan sistem e-Filing cukai pendapatan secara online. 

Ikuti panduan lengkap di bawah yang merangkumi cara melakukan permohonan No. PIN yang diperlukan untuk mendaftar serta login buat kali pertama.

Mengakses Laman Web ezHASiL

Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/

  1. Pendaftaran Kali Pertama

Bagi mereka yang meggunakan aplikasi ini buat kali pertama, pastikan anda melakukan perkara berikut:

  • Pengguna mestilah salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan atau menyemak No. PIN.
  • Sekiranya belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, pengguna perlu melawat ke cawangan LHDNM yang berdekatan dan perlu disertakan:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata Pendapatan / Slip Gaji terkini
  1. Permohonan No. PIN

Individu: Permohonan No. PIN boleh diminta melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.

HOT  5 Sebab Forex Trading Anda Gagal

Organisasi: Permohonan No. PIN dapat dibuat dengan menghadiri cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
  • Borang 49 (Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
  • Surat Lantikan sebagai Wakil Syarikat (Sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat)
  • Salinan Kad Pengenalan atau passport Pengerah Syarikat ataupun Wakil Syarikat
  • Pihak ketiga boleh membuat permohonan dengan syarat ia mempunyai kebenaran bertulis daripada Wakil Syarikat bersama-sama dengan pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
  • Salinan borang 49 (Sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
  • Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat (Sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
  1. Login ezHASiL untuk Kali Pertama

Setelah mendapatkan No. PIN, pengguna boleh melawat ke aplikasi ezHASiL dan terus ke fungsi Login Kali Pertama.

  • Langkah 1: Klik Login Kali Pertama seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah
  • Langkah 2: Masukkan No. PIN serta No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
  • Paparan tersebut akan ditunjukkan setelah berjaya Login Kali Pertama
  • Langkah 3: Isikan maklumat yang dikehendaki dan klik Setuju. Seterusnya, anda akan dibawa ke paparan antara muka seperti berikut.
  • Klik Hantar untuk teruskan tindakan Login Kali Pertama. Sekiranya berjaya, paparan mesej seperti di bawah akan ditunjukkan.

Maklumat Lanjut Mengenai ezHASiL

Jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk butiran berikut:

Semoga panduan ringkas ini terbukti bermanfaat dan memberi keyakinan kepada para pembayar cukai untuk membuat pengisian e-Filing cukai pendapatan secara online.