bantuan sara hidup
Advertisement

Jika anda memerlukan panduan yang lengkap untuk mengisi borang Bantuan Sara Hidup (BSH), anda boleh lihat di sini.

Artikel ini akan menerangkan cara untuk membuat permohonan, rayuan dan bagaimana anda boleh semak kelayakan anda.

Teruskan membaca untuk dapat tahu cara.

Untuk Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup

Di sini, kami akan terangkan langkah dan cara yang anda perlu ikut untuk membuat permohonan baru BSH.

  1. Layari portal rasmi di https://bsh.hasil.gov.my/.
  1. Klik butang ‘Permohonan Baru’
  1. Isi dan lengkapkan maklumat pemohon. Ini adalah perkara yang anda perlu isi di bahagian ini.

Ini adalah bagi Maklumat Pemohon

  1. Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”.
  1. Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
  1. Isikan Nombor Poskod Pemohon.
  1. Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon.
  1. Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
  1. Pilih Status Perkahwinan Pemohon: 
  • Kahwin 
  • Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak
  • Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas.
  1. Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan: 
  • RM 0 – 1,000
  • RM 1,001 – 2,000
  • RM 2,001 – 3,000
  • RM 3,001 – 4,000
  1. Isikan pilihan nama bank pemohon. Anda perlu memberi maklumat akaun bank yang masih aktif. Rujuk lampiran senarai bank.
  1. Masukkan Nombor Akaun Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun baru jika akaun anda tidak sah atau pindahan tidak boleh dilakukan.
  1. Isikan Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:
  • Kahwin
  • Cerai
  • Kematian Pasangan
  • Bujang
  1. Jika pilihan status perkahwin anda adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat tarikh status perkahwinan.
  • Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
  • Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
  • Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan

A group of people posing for the camera

Description automatically generated

Ini pula bagi Maklumat Pasangan (Ini bagi pemohon yang memilih status Kahwin). Ia perlu dissi dengan lengkap. 

  1. Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
  • No. MyKad / MyPR / MyKAS
  • Sijil Lahir
  • No. Pasport
  1. Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan
  • Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Jantina akan dipaparkan secara automatik 
  • Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diterusakan.
  • Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. 
  • Salinan dokumen pengenalan pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
  • Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain, permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
  1. Isikan Nombor Telefon Rumah Pasangan
  1. Isikan Nombor Telefon Bimbit Pasangan
  2. Isikan Pilihan Pekerjaan
  1. Isikan Pilihan Nama Bank Pasangan. Pilihan Maklumat Akaun Bank Yang Masih Aktif. Rujuk Lampiran Senarai Bank
  1. Masukkan Nombor Akaun Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun baru jika akaun anda tidak sah atau pindahan tidak boleh dilakukan
HOT  iPhone Delivery For You As Low As RM5 With Matdespatch!

Bahagian ini adalah untuk Maklumat Anak (Ini bagi pemohon yang memilih status Kahwin dan mempunyai anak yang menetapi syarat).

Jika status Cerai atau Kematian Pasangan dan pemohon berumur 39 tahun dan ke bawah. 1 maklumat anak sekurang-kurangnya perlu diisi lengkap.

  1. Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad    MyKid sahaja)
  • Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan secara automatik 
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
  • Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
  1. Pilih Status Anak (Anak Terhad Kepada 4 Orang Sahaja)
  • Anak Kandung
  • Anak Angkat
A group of people posing for the camera

Description automatically generated

Ini adalah bagi Maklumat Waris. Ruangan ini akan diisi secara automatik jika wujud maklumat Pasangan atau Anak (Status Cerai / Kematian Pasangan).

  1. Isikan Hubungan Waris. Berikut Adalah Pilihan:
  • Pasangan
  • Ibu / Bapa
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu
  1.  Pilih Jenis Pengenalan Waris
  • No. MyKad / MyPR / MyKAS
  • Sijil Lahir
  • No. Pasport
  1. Masukkan Nombor Pengenalan Waris
  1. Nama Penuh Waris
  • Jika nombor pengenalan waris wujud pada data JPN, maklumat Nama waris akan dipaparkan secara automatik
  • Jika tidak wujud atau jenis pengenalan waris adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama perlu diisi
  1. Isikan Nombor Telefon Waris.
  1. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat yang diceritkan di bahagian nombor 3 telah diisi dengan lengkap.
  1. Pengesahan. Masukkan kod captcha seperti yang paparan yang diberikan dengan betul. Klik SAHKAN CAPTCHA. 

Jika anda belum siap, klik butang SEBELUM untuk kembali pada bahagian Maklumat Pemohon.

  1. Pengesahan pengenelan. Paparan akan tunjukkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan. 

Ia perlu di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat.

  1. Hantar. Pada paparan ini, pemohon perlu klik butang HANTAR untuk menghantar permohonan bagi tahun 2020.
HOT  Cara Solat Terawih Di Rumah Semasa PKP

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup

Di bahagian, kami akan ceritakan cara untuk anda kemaskini BSH.

  1. Layari portal rasmi di https://bsh.hasil.gov.my/.
  1. Klik butang ‘MyBSH’.
  1. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda yang telah didaftarkan. Jika belum daftar, sila rujuk panduan pengguna.
  1. Klik butang ‘Kemaskini’ setelah berjaya log masuk MyBSH.
  1. Maklumat Permohonan. Di bahagian ini, anda mengisi dan semak balik maklumat jika anda belum lengkapkan.

Anda boleh rujuk cara untuk mengisi maklumat permohonan di awal artikel ini iaitu di bahagian “Untuk Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup”

  1. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat yang diceritkan di bahagian nombor 3 telah diisi dengan lengkap.
  1. Pengesahan. Masukkan kod captcha seperti yang paparan yang diberikan dengan betul. Klik SAHKAN CAPTCHA. 

Jika anda belum siap, klik butang SEBELUM untuk kembali pada bahagian Maklumat Pemohon.

  1. Pengesahan pengenelan. Paparan akan tunjukkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan. 

Ia perlu di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat.

  1. Hantar. Pada paparan ini, pemohon perlu klik butang HANTAR untuk menghantar permohonan bagi tahun 2020.
A picture containing person, child, little, young

Description automatically generated

Cara Buat Rayuan Bantuan Sara Hidup

Di sini, kami akan memberitahu and acara untuk membuat rayuan.

Tarik rayuan BSH bagi 2020 belum dikemaskini dan akan diberitahu sekiranya dapat pengesahan.

Terdapat 2 cara untuk membuat rayuan iaitu secara online atau rayuan di cawangan LHDNM.

  1. Permohonan Rayuan BSH 2020 secara online

Ini adalah cara untuk anda membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup.

Oleh kerana rayuan untuk 2020 tidak keluar lagi, kami akan menggunakan cara 2019 sebagai rujukan untuk anda.

  1. Layari Portal Rasmi BSH di: https://bsh.hasil.gov.my/
  1. Klik pada butang RAYUAN di sini.
  1. Masukkan nombor pengenalan anda dan klik butang cari
  1. Anda akan dibawa ke laman lain dan perlu ikut arahan seterusnya.
HOT  Hidden Gems: Budget-Friendly Destinations for the Thrifty Traveler in Malaysia

Berikut merupakan sebab atas tidak layan untuk BSH pada 2019 (sebagai rujukan).

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  1. Permohonan Rayuan BSH 2020 di Cawangan LDHNM

Untuk pemohonan yang tidak lulus tetapi tidak disenaraikan kod alasan tidak lulus, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan LDHNM semasa tempoh rayuan.

Dokumen yang anda perlu bawa mengikut kod tidak lulus boleh dirujuk di sini Kod dan Dokumen Sokongan.

Syarat Kelayakan BSH

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BSH untuk isi rumah dan juga bantuan sara hidup bujang.

  1. Isi Rumah:
  2. Pemohon
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia.
  • Jumlah pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  1. Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS): atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS)
  1. Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung atau anak angkat yang telah didaftrakan di Jabatan Pendafaran Negara (JPN)
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
  • 17 tahun dan ke bawah
  • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Insitusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
  1. Bujang
  2. Pemohon
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
  • 40 tahun hingga 59 tahun; atau
  • OKU yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Kesimpulannya, jika anda layak, jangan lepaskan peluang ini. Pastikan anda mengikut langkah-langkah yang ditelah deceritakan dalam artikel ini. 

Jika ada sebarang soalan boleh layari lawan rasmi BSH iaitu di https://bsh.hasil.gov.my/


Jika anda ingin membeli minyak wangi, corelle malaysia, jam tangan atau beg tangan secara bayaran ansuran tanpa hutang atau dikenali bayar secara layby. Anda boleh layari www.layby.my