padi

Selain kelapa sawit dan getah, padi menjadi industri tanaman dan agro makanan yang ketiga terpenting di Malaysia.

Nama saintifik dikenali sebagai Oryza Sativa yang merupakan dalam keluarga Oxalidaceae.

Asal usul tanaman ini dipercayai berasal dari daerah lembah Sungai Gangga, Sungai Brahmaputra dan Sungai Yangtse. 

Di Malayisa, boleh didapati di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan juga Selangor. 

Untuk mengetahui lebih lanjut fakta menarik tentang padi dan manfaat kepada pengguna, ikuti artikel ini. 

Maklumat Ringkas Mengenai Padi 

padi

Sejak awal abad Masihi, tanaman ini dipercayai mula ditanam di Lembah Bujang, Kedah. 

Namun, penanaman yang lebih berstruktur dikatakan bermula pada tahun 1664 dengan menggunakan perairan Sungai Korok.

Penemuan kesan penanaman padi sekitar 6000 tahun di sebuah gua di Thailand membuktikan ia telah lama wujud di negara itu. 

Jadi, tidak hairan di Malaysia lebih tertumpu pada kawasan utara kerana berhampiran negara asal usulnya dikatakan bermula. 

Perluasan padi turut bergerak di beberapa negera termasuk Eropah, Afrika, India, Korea dan Jepun.

Ia memerlukan tanah jenis lempung, lempung berkelodak, lom lempung, dan lempung berpasir serta pH tanah sekitar 5.5 – 6.5.

Selain itu, ia juga merupakan sejenis tanaman paya yang memerlukan air yang banyak sekali untuk pertumbuhan. 

Di Malaysia, ia boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu: 

  • Padi sawah (dikenali padi bendang)
  • Padi huma (dikenali padi bukit)

Jenis-jenisnya pula boleh dilihat kepada dua iaitu:  

  • Tradisional 
  • Varieti 

Hasil pemprosesan padi menghasilkan beras iaitu makanan ruji yang menjadi sumber karbohidrat utama kepada rakyat Malaysia. 

Fakta Menarik Mengenai Padi 

padi
  1. Pemantauan Tanaman

Melalui pemantauan tanaman, para petani dapat memberi hasil pengeluaran yang lebih tinggi. 

HOT  Bina Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri. Baca Ini Dahulu.

Khidmat nasihat dan bantuan akan disalurkan kepada petani kerana tanaman padi yang bermasalah mesti ditiktikberatkan. 

  1. Benih Padi Sah

Untuk memahami apa itu benih padi sah, mari baca ringkasan dibawah.

Pengeluaran benih yang dikawal mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui oleh: 

  • Agensi pengesah (Jabatan Pertanian) 
  • Pengeluar swasta lantikan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ia dapat menjamin kualiti yang terbaik serta mencapai standard kualiti yang ditetapkan.

Selain itu, ia mengandungi daya ketahanan terhadap serangan penyakit serta mengurangkan risiko di luar jangka.

  1. Penggunaan Racun yang Bersesuaian

Tumbesaran larva ulat pengorek batang akan mengancam pertumbuhan padi, maka penggunaan racun diperlukan. 

Oleh itu, gunakan produk bersesuaian seperti keluaran Syngenta yang mengandungi bahan aktif lambda-cyhalothrin.

Rumput pada bahagian petak sawah yang tumbuh perlu ditebas bagi mengelakkan ulat pengorek batang mendiamai kawasan itu.

Selain itu, racun rumpai juga akan disembur untuk mengelakkan pembiakan ulat pengorek batang. 

Manfaat Penanaman Padi Di Malaysia 

padi

Tanaman padi sememangnya membawa pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia. 

  1. Sumber tenaga kepada tubuh

Padi yang menghasilkan keluarga bijiran iaitu beras sudah pasti bertindak sebagai sumber tenaga kepada tubuh badan kita.

Contohnya, beras perang adalah lebih berkhasiat dan memberi lebih banyak tenaga berbanding beras biasa atau beras putih.

Sebab itu, mereka yang mengamalkan diet seimbang dan pesakit diabetis amat menggemari beras perang. 

  1. Sebagai bahan kosmetik

Ia boleh dijadikan bahan kosmetik melalui campuran seperti tepung beras dan madu yang dipercayai boleh mencerahkan kulit.

Bukan sahaja kulit wajah, ia juga dikatakan boleh membuat rambut sihat termasuk melebat dan menghitamkan rambut.

  1. Menjaga kesihatan jantung 

Jenis beras seperti beras hitam kaya dengan kandungan antioksidan berbanding jenis beras merah, coklat, atau lain.

HOT  Review NCIG Pod dan NanoSTIX Pod di Malaysia

Antioksidan boleh membantu mencegah atau mengurangkan penyakit seperti:

  • kardiovaskular 
  • meningkatkan fungsi otak
  • mengurangkan kanser dan keradangan

Bagi menjamin bekalan makanan ruji ini, kemajuan teknologi dan inovasi telah menghasilkan pelbagai varieti padi negara. 

Untuk menjamin pengeluaran hasil terbaik, penggunaan biji benih berkualiti ialah langkah penting dalam pakej penanaman padi. 

Sama seperti tanaman dan pertanian yang lain, para petani pasti memerlukan penjagaan seperti baja untuk kesihatan tanah.

Jika anda mencari pembekal baja organik dan konsultasi tanaman padi, mari pertimbangkan servis daripada Teknoganik Hijau.

Teknoganik Hijau ialah sebuah syarikat berpusat di Alor Gajah yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian.

Produk keluaran Teknoganik Hijau iaitu Baja PowerGRO menggabungkan teknologi bahan organik yang mesra alam dan selamat. 

Ia satu produk yang terbaik di pasaran Malaysia kerana berkesan dalam membantu tumbesaran pokok supaya membesar dan sihat dalam keadaan yang optimum.

Penghasilan produk yang inovatif ini mampu membantu petani yang menghadapi cabaran dalam bidang pertanian, memantapkan prestasi tanaman dan meningkatkan mutu pertanian negara. 

Pelbagai testimoni berjaya dirai untuk hasil tanaman yang memuaskan seperti untuk sawit, durian, padi, bunga, dan buah.

Sebab-sebab lain anda harus memiliki kami:

  • Baja dihasilkan oleh gabungan bahan organik dan teknologi mikro yang memberi impak positif kepada tanaman
  • 100% bebas daripada tinja haiwan
  • 100% ekstrak semulajadi
  • Team yang berpengalaman lebih 10 tahun

Teknoganik Hijau juga menawarkan servis yang terbaik seperti

  • Khidmat penanaman pokok jenis Sacha Inchi
  • Pembuatan dan pembekalan baja jenis foliar
  • Khidmat konsultasi tanaman durian
  • Khidmat pembajaan kebun dan ladang (foliar)

HUBUNGI TEKNOGANIK HIJAU SEKARANG