netflix malaysia
Advertisement

Sejak wabak Covid-19 menimpa Malaysia pada Mac tahun lalu, rakyat Malaysia berkesempatan untuk lebih meluangkan masa di rumah. Ada antara mereka yang mula melanggan akaun Netflix Malaysia pada masa itu. 

Lebih-lebih lagi platform hiburan tersebut kini telah membuat beberapa penambah-baikkan seperti alih suara dan sari kata dalam Bahasa Melayu.

Penambahbaikkan ini pastinya dapat menarik perhatian para pelanggan Netflix. Mereka boleh memilih bahasa dan sari kata yang bersesuaian dengan filem atau drama yang mereka tonton.

Namun, menonton filem atau drama di platform tersebut secara kerap akan menimbulkan rasa bosan kepada para penonton.

netflix malaysia

Ini kerana filem atau drama yang ditayangkan di Netflix Malaysia mempunyai jalan cerita yang cliche ataupun hampir mirip dengan filem yang lain.

Apa yang patut mereka, sebagai pelanggan Netflix Malaysia lakukan sekiranya perkara ini terjadi?

Mudah sahaja!

Mereka hanya perlu memilih genre yang lain, seperti dokemuntari, klassik, sci-fi dan lain-lain. Penukaran genre pastinya dapat meningkatkan minat terhadap perkara yang belum diketahui, terutamanya genre dokumentari.

Oleh itu, teruskan membaca untuk mendapatkan rekomendasi filem dokumentari yang menarik di Netflix Malaysia!

Apa Itu Filem Dokumentari? 

netflix malaysia

Filem dokumentari mempunyai prinsip yang berlainan daripada genre yang lain. Ini kerana filem dokumentari berdasarkan kisah benar (real live event).

Filem dokumentari tidak mempunyai unsur penambahan. Ia adalah genre yang memaparkan realiti seperti sejarah pada masa lampau dan biografi orang-orang yang terkenal dalam sesuatu bidang.

Mengapa Perlu Menonton Filem Dokumentari? 

Filem dokumentari bukanlah berasaskan imaginasi dan angan-angan. Ia menceritakan kembali (re-tell) sejarah yang mungkin ramai orang tidak tahu.

Genre ini bertujuan untuk mengupas sejarah secara terperinci tentang sesuatu kejadian.

Contoh yang mudah ialah ramai orang boleh ingat tarikh dan kisah bersejarah. Namun, tidak ramai yang tahu maklumat yang lebih tepat mengenai kejadian bersejarah tersebut.

netflix malaysia

Ia sekaligus dapat menaikkan minat para penonton untuk mengetahui sejarah, biografi, dan kisah sebenar secara mendalam.

Disebabkan itu, filem dokumentari dapat memberi impak yang baik kepada para penonton seperti perkongsian ilmu berdasarkan fakta.

Baiklah, tiba masanya untuk pelanggan-pelanggan Netflix Malaysia menonton filem dokumentari berdasarkan cadangandi bawah. 

Dokumentari Jenayah

netflix malaysia

1. The Trials of Gabriel Fernandez (2020)

Filem ini mengisahkan peristiwa sebenar yang menimpa seorang budak lelaki yang bernama Gabriel Daniel Fernandez. Budak lelaki tersebut dipercayai telah dipukul dan didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya.

Akibat daripada penderaan selama 8 bulan, Gabriel Fernandez telah meninggal dunia pada 24 Mei 2013. Kedua ibu kandung dan teman lelakinya telah dibawa ke mahkamah bagi menjalani siasatan lanjut.

Kematian Gabriel Fernandez menimbulkan spekulasi terhadap pihak berkuasa di Los Angeles mengenai laporan penderaan domestik tersebut.

Antara sebab filem ini perlu ditonton adalah untuk memberi kesedaran kepasa penonton bahawa penderaan domestik makin berleluasa. Penderaan domestik ialah isu yang berat yang perlu dititik-beratkan oleh pihak berkuasa dan orang ramai.

HOT  Perbandingan Kes Covid-19 Antara Malaysia dan Kanada Yang Sama Populasi.

Had umur: 16 tahun ke atas

Bintang: 5/5

2. Who Killed Malcolm X (2020)

netflix malaysia

Filem ini menceritakan seorang aktivis dan sejarawan, Abdur Rahman yang mengendalikan siasatan terhadap kes pembunuhan Malcolm X.

Abdur Rahman mengatakan pihak berkuasa tidak menyiasat kes tersebut secara terperinci. Beliau berpendapat pihak berkuasa tidak menjalani siasatan ke atas semua penjenayah yang terlibat pada hari kejadian.

Pelanggan Netflix Malaysia harus menonton filem dokumentari ini. Filem ini bukan hanya menceritakan Malcolm X sebagai tokoh terulung di Amerika. Ia juga menceritakan kisah perjuangan beliau dalam menegakkan hak orang berkulit hitam yang ditindas.

Dengan berlandaskan ajaran agama Islam, beliau percaya bahawa agama dapat menyatukan perpaduan meskipun penganutnya berlainan bangsa dan kaum.

Had umur: 16 tahun ke atas

Bintang: 5/5

3. How To Become A Tyrant (2021)

How to Become a Tyrant merupakan dokumentari bersiri yang memaparkan kuasa seorang diktator dalam pemerintahan negara.

Setiap episod filem dokumentari ini menceritakan diktaktor yang terkenal seperti Adolf Hitler, Saddam Hussein, Idi Amin dan lain-lain.

Pelanggan Netflix perlu menonton dokumentari filem ini kerana ia berdasarkan kisah sebenar yang pernah terjadi di negara yang terbabit. Penonton boleh mengambil iktibar daripada apa yang diktator ini lakukan pada negara mereka.

Lebih-lebih lagi, setiap episode hanya dalam 30 minit sahaja! Dalam masa yang singkat itu, penonton sekurangnya dapat pendedahan kepada identiti diktator dan cara pemikiran mereka dalam memerintah negara.

Had umur: 16 tahun ke atas

Bintang: 4/5

Dokumentari Sejarah

1. #AnneFrank Parallel Stories (2019)

Anne Frank Parellel Strories menceritakan kembali sejarah hitam Holocaust yang dilalui oleh Anne Frank dan 4 orang gadis.

Dokumentari ini mendapat inspirasi melalui sebuah diari milik Anne Frank. Secara dasarnya, keluarga Frank merupakan penganut agama Yahudi yang menetap di Amsterdam, Netherland.

Pergerakan keluarga Franks terbatas apabila askar-askar German mula menjajah Netherlands. Disebabkan mereka telah hilang kerakyatan, mereka berlindung diri di dalam sebuah bilik tersorok.

Sejak detik itulah, Anne Frank mula menulis dalam diari miliknya. Beliau mencatat segala kejadian yang berlaku sepanjangan mereka berlindung daripada penjajah-penjajah German.

Kisah Anne Frank ini pasti mendapat perhatian daripada pelanggan-pelanggan Netflix. Ia dapat membuka mata para penonton akan kezaliman berdasarkan penjajahan yang telah berlaku pada masa lalu.

Had umur: 13 tahun ke atas

Bintang: 4.5/5

2. Greatest Events of WW2 in Colour (2019)

Sebuah dokumentari yang menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah sewaktu terjadinya tragedi Perang Dunia Kedua. Ia mengandungi 10 episod dan setiap episod berdurasikan 50 minit sahaja.

HOT  Payment Gateway Malaysia: Pilihan Terbaik untuk Perniagaan Anda

Antara peristiwa-peristiwa bersejarah yang menarik ditonton ialah Blitzkreig, Battle of Britain, Pearl Habour dan sebagainya.

Setiap peristiwa bersejarah ini dikupas dengan lebih mendalam oleh para pendidik yang sememangnya mahir dalam bidang sejarah dan ketenteraan.

Had umur: 16 tahun dan ke atas

Bintang: 4/5

3. The Cuba Libre Story (2015)

netflix malaysia

The Cuba Libre Story ini mengisahkan sejarah negara Cuba yang dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Cuba berjaya meraih kemenangan dan memperolehi Hari Kemerdekaan daripada genggaman kuasa penjajah. Namun, kemenangan yang diraih tidak bererti ianya suatu kemenangan bagi rakyat itu sendiri.

Dokumentari ini agak berlainan daripada dokumentari sejarah yang lain. Ia fokus daripada zaman penjajahan Sepanyol, pemberontakan oleh rakyat Cuba dan Perang Dingin.

Had umur: 13 tahun ke atas

Bintang: 5/5

Dokumentari Sukan 

1. Pelé (2021)

netflix malaysia

Pelé atau nama sebenar beliau ialah Edson Arantes do Nascimento, merupakan pemain bola sepak dari negara Brazil. Pelé hanya lah rakyat biasa dan dibesarkan dalam keluarga yang susah.

Seperti kanak-kanak lelaki yang lain, Pelé juga berminat untuk bermain bola sepak. Pada awalnya, itu hanyalah minat Pelé untuk meluangkan masa bersama rakan-rakannya. Tetapi, tidak di mata ayahnya.

Ayah kandung Pele yang dikenali dengan nama samaran Dondinho, yakin bahawa Pelé mempunyai bakat terpendam dalam bermain bola sepak.

Dokumentari ini sangat menarik untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Ia bukan hanya menceritakan kejayaan Pelé dalam dunia bola sepak.

Tetapi filem ini juga menyampaikan mesej bahawa usaha dan dorongan daripada pelbagai pihak merupakah salah satu punca individu meraih kemenangan.

Had umur: 13 tahun dan ke atas

Bintang: 5/5

2. Lift It Like A Girl (2021)

netflix malaysia

Watak utama Lift It Like A Girl iaitu Zebiba ialah seorang gadis muda yang berminat dalam sukan weightlifting. Sejak umurnya 14 tahun, Zebiba telah memulakan latihannya bersama jurulatihnya yang dikenali Kapten Ramadan.

Kapten Ramadan yakin bahawa anak didiknya itu pasti akan mencipta nama dan rekod baharu dalam sukan tradisional lelaki weightlifting.

Filem ini akan memberi impak yang berlainan kepada para penonton. Mesej daripada filem ini bukanlah berdasarkan pada konsep kesamarataan antara dua jantina.

Tetapi filem ini ingin menyampaikan bahawa cita-cita dan impian boleh dicapai dengan adanya dorongan dan usaha daripada kedua belah pihak iaitu guru dan murid. Mereka perlu bertolak-ansur dan bekerjasama dalam merealisasikan cita-cita.

Had umur: 7 tahun dan ke atas

Bintang: 5/5

3. Ladies First (2018)

netflix malaysia

Deepika Kumari bukanlah nama yang asing di India. 

Beliau merupakan pemanah negara yang mewakili India untuk acara sukan Olimpik di Rio pada tahun 2016.

Pada usia 12 tahun, Deepika Kumari bertekad untuk menceburi sukan memanah. Beliau berpendapat bahawa dengan menceburi bidang tersebut, beliau tidak lagi perlu menjalani hidup yang susah di tanah airnya.

HOT  Review GoPro Hero 8 Black Yang Jujur dan Bebas

Kesusahan hidup bukanlah suatu penghalang buatnya untuk mencipta rekod dalam dunia memanah. Ikuti filem dokumentari yang berdurasi 40 minit ini untuk mengetahui kisah hidup pemanah negara, Deepika Kumari.

Had umur: 7 tahun dan ke atas

Bintang: 5/5

Dokumentari Family Friendly 

1. Spelling the Dream (2020)

netflix malaysia

Spelling Bee Contest bukanlah suatu acara yang asing dalam komuniti India Amerika. Dokumentari ini merakamkan kisah 4 peserta India Amerika dalam pertandingan Scripps National pada tahun 2003.

Filem dokumentari ini pastinya dapat mengimbas kembali zaman muda kebanyakkan penonton Netflix Malaysia. Hal ini kerana Malaysia juga pernah mengendalikan pertandingan Spelling Bee pada awal tahun 2000.

Spelling the Dream dapat memberi inspirasi kepada ibu-bapa dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran anak-anak mereka.

Filem ini dapat menarik minat kanak-kanak kecil untuk membaca buku pada usia muda. Perkembangan yang baik ini semestinya menjadi objektif utama ibu-bapa dalam mendidik anak-anak mereka di rumah.

Had umur: Tiada

Bintang: 4.5/5

2. Cat People (2021)

netflix malaysia

Cat People adalah dokumentari yang sangat sesuai ditonton oleh para pencinta kucing! Ia mengisahkan beberapa individuyang membela kucing sebagai tempat untuk bermanja dan menghilangkan tekanan.

Ada sesetengah individu mengubah prinsip dan pandangannya terhadap kucing. Ia menjadi lumrah dalam budaya Barat dimana mereka percaya bahawa kucing ialah haiwan peliharaan ahli sihir.

Persoalannya, masih ada lagikah orang yang berpendapat demikian? Ikuti kisah pencinta-pencinta kucing ini untuk mengetahui pendapat terhadap haiwan comel ini!

Had umur: Tiada 

Bintang: 5/5

3. Asperger’s Are Us (2016)

netflix malaysia

Filem dokumentari yang mengisahkan 4 orang pelawak bersama-sama membuat persembahan komedi terakhir mereka. Yang lebih menarik, 4 orang pelawak ini mengidap salah satu jenis penyakit Autism iaitu sindrom Asperger.

Filem ini membuktikan bahawa sindrom Asperger bukanlah penghalang untuk mereka menikmati hiburan. Seperti orang lain, mereka juga mempunyai bakat terpendam dan azam yang tinggi dalam memastikan hasrat mereka tercapai.

Had umur: 13 tahun dan ke atas

Bintang: 4/5

Kesimpulan

Aktiviti menonton Netflix boleh dikatakan sebagai hobi milik sesiapa sahaja.

Ini tidak dapat disangkal kerana ada sesetengah pelanggan Netflix yang menghabiskan masa dengan menonton filem tanpa henti.

Tidak hairanlah jika ada yang mula naik bosan dengan filem berdasarkan genre yang sama. 

Cadangan kami, tinggalkan dahulu filem genre yang sering ditonton itu!

Tontonlah dokumentari pula.

Cadangani filem-filem dokumentari di atas adalah antara yang terbaik dan bermanfaat untuk tujuan pembelajaran.

Jadi, tunggu apa lagi?

Layari laman rasmi Netflix Malaysia sekarang untuk menonton filem-filem dokumentari menarik yang lain! Oh ya, jangan lupa sediakan kudapan semasa menonton filem.