Advertisement

Netflix merupakan penyedia terbesar rangkaian siri tv dan filem di atas talian dari Amerika Syarikat. Netflix Malaysia telah dilancarkan 4 tahun lepas iaitu pada awal tahun 2016 (Januari). Untuk artikel ini kami akan review tentang harga pakej Netflix Malaysia, kandungan (siri tv & filem) serta pesaingan mereka

1. Pakej & Harga Langganan Netflix Malaysia

Pakej Harga Netflix Malaysia
Pakej Netflix Malaysia

Netflix menawarkan langganan secara bulanan mengikut pakej yang di tawarkan iaitu Pakej Basic RM33/bulan. Pakej Standard RM42/bulan dan Pakej Premium RM51. Bagi penulis, pakej ini sangat berpatutan di mana pelanggan boleh memilih pakej mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap pakej langganan ini mempunyai spefikasi yang berbeza di mana untuk kandungan HD & Ultra HD hanya tersedia untuk Pakej Standard (HD) dan Pakej Premium (HD & Ultra HD) sahaja. Jangan risau, jika anda tidak mempunyai TV Ultra HD (4k TV), anda tidak memerlukan Pakej Premium, cukup sekadar Pakej Standard sahaja yang mana ia menawarkan harga yang lebih rendah.

Setiap pakej juga berbeza dari segi perkongsian skrin dalam satu masa iaitu hanya 1 skrin untuk Pakej Basic, 2 Skrin untuk Pakej Standard dan 4 skrin untuk Pakej Premium. Jika anda memilih Pakej Premium, anda boleh berkongsi akaun bersama kawan-kawan untuk lebih jimat. Namun awas, ada perkhabaran bahawa Netflix tidak akan membenarkan penstriman movie dari IP address yang berbeza. Tetapi saat ni, peraturan ini masih belum dilaksanakan.

2. Kandungan Netflix Malaysia

Kandungan Filem Dan Siri TV

Netflix Malaysia menawarkan dua jenis siaran iaitu siri tv dan filem termasuk siri Neflix Original (siri tv dan filem keluaran Netflix), filem popular dari seluruh dunia (Hollywood, Asia etc..) dan siri popular Inggeris untuk tonton family dan kanak-kanak. Tetapi tidak semua filem ada di Netflix, terhad kepada filem dan siri tv yang menjual hak penyiaran kepada Netflix Malaysia sahaja.

HOT  Google Mengeluarkan Gambar Teaser Google Pixel 4.

Untuk filem terbaru, anda mungkin perlu menunggu 3-4 bulan sebelum filem itu boleh didapati di dalam senarai kandungan filem Netflix. Dari segi kandungan, kami yakin anda akan berpuas hati kerana Netflix sentiasa mengemas kini channel mereka dengan memasukkan filem-filem baru setiap bulan. Antara filem yang popular dan available di Netflix Malaysia buat masa ini ialah Kingsman, Wonder Women, Pacific Rim, Terminator serta siri filem keluaran Marvel seperti Avenger, Thor, Captain America, Spiderman serta banyak lagi filem blockbuster yang popular.

Netflix juga menawarkan siri tv dan filem keluaran mereka sendiri. Antara siri tv dan filem popular keluaran Netlix ialah  stranger things, Orange is the New Black and House of Cards, Red Sea, Triple Fontrier, Bird Box. Tv siri dan filem keluaran Netflix tidak available di tempat lain, anda hanya boleh menonton jika anda melanggan pakej Netflix sahaja.

Untuk filem local – Malaysia pula, terdapat filem-filem popular seperti Paskal, Hantu Kak Limah, Pulang dan macam-macam lagi. Jadi untuk kandungan siri tv dan filem, kami boleh katakan bahawa anda pasti berpuas hati. Jika anda menonton melalui Smartphone, anda boleh memuat turun filem dan siri tv ini kedalam Smartphone anda. Tetapi feature ini tidak available bagi yang menonton melalui Laptop mahu pon Smart Tv.

3. Pesaing Netflix: Iflix, Amazon Prime, Hulu, Disnesy+

Pesaing Netflix
Pesaing Netflix

Untuk tahun 2019 ini, Netflix mempunyai ramai pesaing yang menawarkan pakej penstriman video atas talian seperti Iflix, Amazon Prime, Hulu dan Disney+.  Setiap daripada pesaing mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, bagi kami Netflix mempunyai kelebihan yang ketara berbanding pesaing mereka atas beberapa sebab. Antara sebabnya ialah mereka mempunyai hak cipta penyiaran filem dan siri tv yang lebih besar berbanding pesaing mereka. Ini kerana Netflix, telah lama bertapak dan mempunyai modal yang sangat besar untuk membeli hak penyiaran filem-filem terbaru antarabangsa dan filem tempatan.

Sebab lain mengapa Netflix mempunyai kelebihan berbanding Amazon Prime dan lain-lain pesaing ialah mereka mempunyai siri tv dan filem keluaran mereka sendiri. Kebanyakkan filem mereka seperti bird box, triple frontier, blackmirror mendapat sambutan yang luar biasa dari segi tontonan. Netflix juga mempunyai peminat setia bagi siri tv keluaran mereka seperti  strangers things. Ini membuatkan mereka menjadi keutamaan berbanding pesaing mereka yang lain.

HOT  Tenancy Agreement: Panduan Lengkap Mengenai Perjanjian Penyewaan

Kesimpulan

Secara umum Netflix menawarkan penstriman video (siri tv dan filem) atas talian yang lebih baik berbanding penyedia-penyedia penstriman video yang lain. Mereka menawarkan harga langganan yang mampu milik serta kandungan filem dan siri tv yang lebih besar dan banyak. Mereka juga mempunyai siri Netflix Original keluaran mereka sendiri. Video di Netflix sesuai untuk ditonton setiap lapisan termasuk keluargan dan kanak-kanak. Dari segi pengalaman pengguna (user experience), Netflix Malaysia menawarkan pengalaman pengguna yang sangat baik bermula dari pendaftaran akaun sehingga pemilihan filem.

Psssstttt: Nak bercuti di Cameron Highlands. Sila baca artikel ni 5 Perkara Menarik Tentang Cameron Highlands.